20: Istinjak Suatu Tuntutan

20 Istinjak Suatu Tuntutan
 
Maksud Istinjak
  • Dari segi bahasa: Selamat daripada penyakit.
  • Istilah: Perbuatan menghilangkan najis yang keluar dari qubul ataupun dubur.
 
Hukum Beristinjak
Wajib.
 
Dalil Naqli

وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِيْنَ
Terjemahan: Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih. (Surah At-Taubah, 9: ayat 108)
 
Alat-Alat Istinjak
Air mutlak Benda-benda kesat seperti tisu, batu, kertas, kulit kayu, kain dan daun kering
 
Alat yang Terbaik untuk Beristinjak
  • Alat yang terbaik untuk beristinjak ialah air kerana air dapat menghilangkan rupa, warna, bau dan rasa najis.
  • Selain itu, batu atau benda kesat juga boleh digunakan untuk beristinjak.
 
Bahan yang Haram Digunakan untuk Beristinjak
  • Kertas atau bahan yang tertulis ayat al-Quran atau hadis, nama-nama Allah SWT dan Rasul.
  • Benda yang dihormati seperti makanan dan tulang.
  • Benda yang berbahaya seperti kaca dan buluh.
  • Benda najis atau benda yang terkena najis seperti tahu binatang yang kering.
  • Benda yang bernilai seperti emas, perak dan sutera.
 
Cara Beristinjak
Guna Batu dan Air (Paling Afdhal)
Bersihkan tempat keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga permukaan, kemudian basuh dengan air mutlak sehingga diyakini bersih.
Guna Air
Basuh tempat keluar najis dengan air mutlak sehingga diyakini bersih.
Guna Batu atau Benda Kesat
Bersihkan tempat keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga permukaan atau benda-benda kesat sehingga diyakini bersih.
 
Adab-Adab Qadha Hajat
  • Tidak membawa masuk ke tandas sesuatu yang dimuliakan seperti ayat Al-Quran atau nama-nama Allah SWT.
  • Membaca doa sebelum masuk ke tandas seperti di bawah:

اللَّهُمَّ إِنّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindunganMu daripada gangguan syaitan jantan dan syaitan betina.

  • Memakai selipar dan menutup kepala.
  • Melangkah masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri.
  • Menjaga aurat hingga sampai ke tempat membuang air, mencangkung dan berhati-hati dengan percikan najis.
  • Tidak menghadap kiblat (bagi tempat tidak berdinding).
  • Tidak melakukan perkara yang dilarang ketika membuang air, seperti: bercakap semasa membuang air, memegang qubul atau dubur dengan tangan kanan.
  • Tidak membuang air ditempat yang dilarang seperti: laluan orang ramai, tempat berteduh, dalam lubang tanah atau dalam air tenang seperti tasik atau kolam renang.
  • Beristinjak sekurang-kurangnya sekali dan sunat ditambah menjadi dua atau tiga kali.
  • Membersihkan tandas agar dapat digunakan oleh orang lain.
  • Melangkah keluar dengan kaki kanan dan membaca doa seperti di bawah:

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذي أَذْهَبَ عَنِّي الأَذَى وَعَافَانِي

Maksud: Dengan mengharapkan keampunanMu, segala puji bagi Allah SWT yang telah menghilangkan penyakit daripada badan dan menyihatkanku.