12: Jihad Dalam Islam

 
12 Jihad Dalam Islam
 
Hadis

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بنِ مَسْعُودٍ قَالَ: سَأَلْتُ النَّبِيَّ أَيُّ الْعَمَلِ 
أَحَبُّ إِلَى اللَّه؟ قَالَ: الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا. قَالَ: ثُمَّ أَىُّ؟ قَالَ: بِرُّ
.الْوَالِدَيْنِ. قَالَ: ثُمَّ أَىُّ؟ قَالَ: الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ

(متفق عيه)

Daripada Abdullah Bin Mas'ud R.A berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? Rasululullah menjawab " Solat pada waktunya." Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah menjawap "berbuat baik kepada kedua ibubapa". Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah menjawap: "Berjihad di jalan Allah". (Muttafaqun Alaih)

 
3 Amalan Yang Diperintahkan 
Solat pada waktu
Berbuat baik kepada kedua ibubapa
Berjihad di jalan Allah
 
Maksud Jihad

Bahasa: Mengorbankan diri di jalan Allah

Istilah: Menggunakan seluruh kemampuan yang dimiliki untuk menegakkan Islam dan mempertahankannya

 
Keutamaan Jihad

Fardhu Ain ke atas setiap Muslim untuk mempertahankan negara dengan harta dan jiwa raga ketika diserang musuh

 

 

 
Imej ini menunjukkan carta yang menggambarkan tujuh kelebihan berjihad di jalan Allah. Carta ini berbentuk bulatan dengan satu bulatan besar di tengah yang mengandungi teks ‘Kelebihan Berjihad di Jalan Allah’. Tujuh bulatan kecil mengelilingi bulatan besar ini, setiap satu mengandungi teks yang menerangkan kelebihan tersebut: 1. Diampunkan dosa 2. Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah 3. Mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda 4. Dianugerahkan mati syahid 5. Mendapat nikmat di alam Barzakh 6. Dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama para Nabi 7.
 
Jenis Jihad
Jihad Am Jihad Khusus
Jihad Ilmu, jihad ekonomi, jihad harta, jihad lisan, jihad nyawa dan lain-lain Jihad memerangi musuh
 
 
Pengajaran Hadis
Kita hendaklah melakukan amalan yang disukai Allah untuk menjadi umat yang cemerlang di dunia dan di akhirat
Umat Islam wajib menunaikan solat pada waktunya supaya menjadi umat yang beradab, berdisiplin, dan sentiasa menghargai masa
Setiap muslim wajib berbakti kepada ibu bapa untuk mendapat kerdhaan Allah dan kebahagiaan hidup
Kita hendaklah mempertahankan negara daripada musuh dan anasir subversif agar negara aman dan damai
Umat Islam dituntut agar beramal mengikut keutamaan supaya dapat memberikan kesan yang maksimum