|
7.3
|
Analisis Titik Pulang Modal
|
|
|
|
Titik Pulang Modal (TPM) |
|
|
Satu paras pengeluaran di mana perniagaan tidak mendapat keuntungan atau tidak mengalami kerugian
Jumlah hasil sama dengan jumlah kos.
|
|
|
|
|
|
|
|
Andaian TPM |
- Jumlah kos terdiri daripada Kos Tetap dan Kos Berubah
- Perubahan hasil dan kos hanya berlaku disebabkan perubahan dalam bilangan produk untuk dijual
- Harga Jualan Seunit, Kos Berubah Seunit dan Kos Tetap adalah malar
- Hanya sejenis produk dikeluarkan dan kesemuanya dijual
|
|
Kegunaan TPM |
- Menunjukkan jumlah keuntungan/kerugian pada setiap peringkat jualan
- Menentukan tahap volum jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan kerugian
- Membantu pihak pengurusan membuat perancangan dan kawalan
|
|
Dua jenis Kos Pengeluaran |
- Kos Tetap
- Kos yang dibayar untuk penggunaan faktor pengeluaran tetap
- Tidak berubah walaupun pengeluaran berubah
- Perlu dibelanjakan walaupun tiada pengeluaran
- Cth: Sewa kilang, gaji pengurus kilang dan insurans kilang
- Kos Berubah
- Kos yang dibayar untuk penggunaan faktor pengeluaran berubah
- Berubah mengikut tingkat pengeluaran
- Tidak perlu dibelanjakan sekiranya tiada pengeluaran
- Cth: Kos bahan langsung dan kos buruh langsung
|
|
Dua kaedah TPM
- Kaedah Margin Caruman
- Kaedah Graf
|
|
Margin Caruman |
- Bermaksud Lebihan Hasil Jualan berbanding Kos Berubah
- Margin Caruman Seunit = Harga Jualan Seunit - Kos Berubah Seunit
- TPM (Dalam unit keluaran)
\(=\dfrac{\text{Jumlah Kos Tetap}}{\text{Margin Caruman Seunit}}\)
- TPM (Dalam RM)
\(=\dfrac{\text{Jumlah Kos Tetap}}{\text{Margin Caruman Seunit}}\times\text{Harga Jualan Seunit}\)
|
|
- Perubahan dalam komponen kos ataupun harga jualan akan memberi kesan kepada TPM
- Perubahan Komponen Kos
- Perubahan Kos Berubah seunit
- Perubahan Kos Tetap
- Perubahan Harga Jualan seunit
|
|
Rumus menentukan keuntungan menggunakan Kaedah Margin Caruman
- Keuntungan = Jumlah Hasil - Jumlah Kos
- Keuntungan = (Unit Keluaran X Margin Caruman Seunit) - Kos Tetap
|
|
Rumus jumlah pengeluaran
\(\text{Jumlah Pengeluaran}=\dfrac{\text{Kos Tetap + Untung Sasaran}}{\text{Margin Caruman Seunit}}\)
|
|
Graf TPM |
- Paksi y - Jumlah Kos/Hasil
- Paksi x - Unit pengeluaran
- Kos Tetap malar bagi setiap tingkat pengeluaran
- Garisan Jumlah hasil ialah garisan bermula daripada titik asalan (0)
- Garisan Jumlah Kos (Kos Berubah + Kos Tetap) ialah garisan yang bermula daripada jumlah Kos Tetap
|
|
|
Rumusan
- TPM ditentukan apabila garisan Jumlah Kos bersilang dengan garisan Jumlah Hasil
- Jumlah Pengeluaran < TPM : Kerugian
- Jumlah Pengeluaran > TPM : Keuntungan
|
|