Unjuran Ortogon

7.1  Unjuran Ortogon
 
Definisi Satah
 
Satah ialah permukaan rata pada suatu objek.

Jenis-jenis satah:
 
  • Satah mengufuk
  • Satah mencancang
  • Satah condong
 
Definisi Normal kepada suatu Satah
 
Garis lurus yang berserenjang atau bersudut tegak dengan sebarang garis pada satah tersebut.

Definisi Unjuran Ortogon
 
Imej yang terbentuk pada suatu satah apabila unjuran garis dari objek berserenjang dengan satah tersebut.

Contoh
 
Gambar rajah di atas menunjukkan unjuran suatu objek pada satah mencancang.

Unjuran yang terhasil ialah unjuran ortogon kerana garis yang diunjurkan dari objek kepada satah ialah normal.

Langkah-langkah melukis unjuran ortogon:
 
  1. Kenal pasti jenis satah dan arah objek yang perlu diunjurkan.
  2. Lukiskan garis normal daripada semua bucu objek tersebut kepada satah. Pastikan garis normal tersebut lurus dan tegak agar panjang sisi unjuran sama seperti panjang sisi objek.
  3. Sambungkan titik-titik persilangan normal dengan satah untuk melukis bentuk unjuran ortogon.
  4. Lukiskan semula unjuran ortogon dengan ukuran yang sebenar. Labelkan semua bucu dan panjang sisi.
 
Contoh
 
Gambar rajah berikut menunjukkan objek berbentuk silinder yang terletak pada satah mengufuk.

Diberi bahawa diameter silinder ialah \(4 \text{ cm}\) dan tingginya ialah \(6 \text{ cm}\).

a) Lukiskan unjuran ortogon objek silinder tersebut pada satah mengufuk sebagaimana dilihat dari arah \(Z\).

Arah pandangan               Unjuran Ortogon           

b) Lukiskan unjuran ortogon objek silinder tersebut pada satah mencancang sebagaimana dilihat dari arah \(Y\).

Arah pandangan Unjuran ortogon

  • Panjang sisi dan saiz sudut pada unjuran ortogon suatu objek berbeza mengikut arah pandangan.