Getah Sintetik

4.3  Getah Sintetik
 
Pengenalan kepada Getah Sintetik
  • Kebanyakan getah sintetik dihasilkan daripada produk sampingan petroleum.
  • Antara contoh getah sintetik ialah neoprena, getah stirena-butadiena (SBR) dan getah silikon.
 
Definisi Getah Sintetik
Sejenis polimer sintetik yang bersifat kenyal atau polimer elastomer.
 
Imej menunjukkan diagram 'CIRI-CIRI GETAH SINTETIK' seperti kenyal, penebat haba, tahan pengoksidaan, tahan bahan kimia, tahan haba, dan keras.
 
Kegunaan Getah Sintetik
  • Dengan ciri-ciri unik yang terdapat pada getah sintetik, pelbagai barangan dapat dihasilkan.
  • Kelebihan untuk dihasilkan secara besar-besaran tanpa bergantung kepada faktor cuaca dan serangan penyakit pada pokok getah menjadikan getah sintetik pilihan utama industri pembuatan.
  • Kegunaan getah sintetik adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
Getah Sintetik Ciri-ciri Kegunaan
Neoprena (polikloroprena) Tahan haba yang tinggi, tahan pengoksidaan dan tidak mudah terbakar. Tali sawat, paip getah petrol dan sarung tangan.
Stirena-butadiena (SBR) Tahan pelelasan dan tahan haba yang tinggi. Tayar dan tapak kasut.
Getah silikon Tahan suhu yang tinggi dan bersifat lengai. Implan perubatan, alatan memasak, komponen automotif dan bahan kedap.
Tiokol Tahan terhadap minyak dan pelarut. Bahan kedap
Getah nitril Tahan terhadap minyak dan pelarut. Sarung tangan.
 
Penggunaan Getah dan Alam Sekitar
  • Penggunaan barangan getah secara tidak lestari akan mengakibatkan pencemaran terhadap alam sekitar.
  • Getah sintetik terutamanya mengambil masa yang sangat lama untuk terurai dan menyukarkan proses pelupusan.
  • Tayar kenderaan adalah antara produk getah sintetik utama yang perlu dilupuskan dalam kuantiti yang banyak.
  • Getah asli sebaliknya mengambil masa yang lebih singkat untuk terurai secara biologi.
  • Namun begitu, penggunaan getah asli lebih terhad disebabkan sifat semula jadi getah asli seperti tidak tahan haba dan pelarut kimia.