Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Amalan dalam Melestarikan Alam Sekitar
Kembali
Amalan dalam Melestarikan Alam Sekitar
10.3
Amalan dalam Melestarikan Alam Sekitar
Pengenalan kepada Amalan yang Menyumbang Kelestarian Alam Sekitar
Amalan yang menyumbang kelestarian alam sekitar bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber semula jadi mencukupi buat masa ini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di bumi.
Dalam melestarikan alam sekitar, amalan-amalan yang diambil perlulah berkait dengan langkah mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan.
Amalan yang Menyumbang kepada Kelestarian Alam
Pengangkutan
Mesra
Alam
Menggunakan pengangkutan mesra alam seperti basikal atau kenderaan berkuasa hibrid dan elektrik.
Mengamalkan amalan berkongsi kereta.
Menggunakan kenderaan awam seperti bas, komuter, monorel, Transit Aliran Ringan (LRT), Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KLIA Ekspres/ KLIA Transit.
Penjimatan
Penggunaan
Tenaga
Sumber tenaga elektrik yang utama adalah daripada pembakaran bahan yang tidak boleh diperbaharui, iaitu bahan api fosil seperti petrol dan diesel.
Gunakan tenaga elektrik secara berhemat untuk mengurangkan pembebasan bahan pencemar seperti gas karbon monoksida.
Konsep
5R
Pembuangan bahan buangan dapat dikurangkan jika kita mengamalkan konsep 5R, iaitu:
Rethink
(Fikir semula).
Repair
(Baiki semula).
Reus
e (Guna semula).
Reduc
e (Kurangkan).
Recycle
(Kitar semula)
Penggunaan Tenaga Alternatif yang Boleh Diperbaharui
Tenaga yang boleh diperbaharui bermaksud tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti matahari, angin, ombak, air, geoterma dan biojisim.
Tenaga yang boleh diperbaharui lebih bersih, mudah dan selamat.
Pengurusan Sisa Domestik dan Toksik
Jabatan Alam Sekitar diberikan kuasa untuk:
Menyelaras aktiviti pembuangan sisa buangan.
Menetapkan had maksimum pengeluaran sisa buangan.
Mengawal pelesenan jenis bahan buangan, kandungan, jumlah dan kesan bahayanya.
Menjalankan upcycle bahan sisa dapat mengurangkan sisa buangan ke tempat pelupusan sampah.
Kawalan Biologi
Kawalan biologi ialah cara mengawal populasi haiwan perosak dengan menggunakan musuh semula jadinya.
Cara ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga.
Penjimatan Penggunaan Air
Guna semula air terpakai atau air hujan untuk menyiram pokok dan mencuci kenderaan.
Status Sekuriti Makanan di Malaysia
Definisi Sekuriti Makanan
Sekuriti makanan diterjemahkan sebagai jaminan makanan yang merujuk kepada jaminan ketersediaan makanan, jaminan capaian makanan dan jaminan penggunaan makanan.
Komponen Sekuriti Makanan
Ketersediaan Makanan
Keupayaan untuk mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi dengan kualiti yang baik dalam pasaran domestik mahupun bekalan makanan yang diimport.
Akses Makanan
Makanan mudah diperoleh bagi menampung keperluan diet bernutrisi.
Penggunaan Makanan
Kemampuan untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi melalui pemakanan, air yang bersih serta pemprosesan dan penyediaan makanan.
Kestabilan Makanan
Setiap individu mempunyai akses untuk mendapatkan makanan berkhasiat yang mencukupi pada setiap masa.
Elemen Penting dalam Menentukan Status Sekuriti Makanan
Halal merupakan elemen penting dalam menentukan status sekuriti makanan.
Makanan halal mesti dihasilkan dalam persekitaran yang bersih dengan kaedah yang menitikberatkan kebersihan dan ketertiban dalam proses pembuatannya. Halal merangkumi semua perkara bermula dari ladang sehingga ke produk akhir makanan.
Panduan lain yang dilaksanakan bagi menentukan sekuriti makanan ialah
Good Manufacturing Practice (GMP)
dan
Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP)
.
Kedua-dua panduan ini turut menekankan proses pembuatan makanan yang berkualiti, bersih, sihat dan selamat seperti halal.

Bab : Kelestarian Alam Sekitar
Topik : Amalan dalam Melestarikan Alam Sekitar
Tingkatan 5
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 5
Nota yang berkaitan
Ancaman Alam Sekitar
Pemeliharaan,Pemuliharaan dan Pemulihan Ekosistem
Teknologi Hijau
Organisasi Tisu Tumbuhan
Tisu Meristem dan Pertumbuhan
Lengkung Pertumbuhan
Struktur Daun
Organ Utama Pertukaran Gas
Organ Utama Transpirasi
Organ Utama Fotosintesis
Laporkan nota ini
Tebus eVoucher
Tebus ganjaran untuk meghargai kerja keras anda
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun