Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Teknologi Hijau
Kembali
Teknologi Hijau
10.4
Teknologi Hijau
Definisi Teknologi Hijau
Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar serta alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Penggunaan Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam
Teknologi hijau menjadi portfolio Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang ditubuhkan pada 27 Mac 2004 yang mengambil kira kesan jangka panjang dan jangka pendek sebarang aktiviti manusia terhadap alam sekitar.
Dasar Teknologi Hijau Negara (2009) menyatakan bahawa sebarang produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti di bawah dikategorikan sebagai teknologi hijau.
Meminimumkan degradasi alam sekitar.
Mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar.
Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
Menggalakkan penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Dasar Teknologi Hijau Negara
Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) yang dilancarkan pada Julai 2009 menekankan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mampan.
Pembangunan mampan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang.
DTHN adalah berasaskan empat tonggak, iaitu
tenaga
,
alam sekitar
,
ekonomi
dan
sosial
.
Sumber Semula Jadi dan Kegunaannya
Sumber Semula Jadi
Kegunaan
Tenaga solar
Panel solar menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik contohnya untuk pencahayaan di dalam bangunan.
Air
Sistem penadahan air hujan digunakan semasa menyiram pokok dan mencuci tandas.
Bahan pembinaan
Menggalakkan penggunaan bahan kitar semula.
Aplikasi Sains Sosial untuk Menyelesaikan Masalah dan Cabaran Alam Sekitar
Bidang sains sosial menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang Kemanusiaan.
Salah satu cabang dalam bidang sains sosial ialah pendidikan. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga, penekanan terhadap Pendidikan Alam Sekitar diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia.
Pendidikan Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk satu generasi penduduk yang sedar dan mengambil berat terhadap keadaan alam sekitar serta masalah-masalah alam sekitar.
Objektif pendidikan alam sekitar:
Meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap keadaan alam sekitar dan masalahnya.
Memberikan pengetahuan kepada individu dan masyarakat tentang alam sekitar, masalah serta peranan dan tanggungjawab setiap individu.
Memperoleh kemahiran untuk menyelesaikan masalah alam sekitar.
Mengambil berat tentang alam sekitar dan sanggup melindungi dan memajukan alam sekitar.
Komunikasi
juga merupakan cabang dalam bidang Sains Sosial yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah dan cabaran alam sekitar melalui penggunaan media massa, risalah, majalah, poster dan filem.
Pelbagai aktiviti dijalankan untuk menggalakkan orang ramai menjaga alam sekitar.
Sebagai contohnya, kempen menggalakkan penduduk mengurangkan penebangan pokok, kempen kesedaran untuk memelihara sumber air dan tanah, aktiviti gotong-royong secara besar-besaran di kawasan perumahan, sekolah, taman rekreasi dan pantai serta pertandingan kebersihan dan keceriaan taman di sekolah atau di halaman rumah.

Bab : Kelestarian Alam Sekitar
Topik : Teknologi Hijau
Tingkatan 5
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 5
Nota yang berkaitan
Ancaman Alam Sekitar
Pemeliharaan,Pemuliharaan dan Pemulihan Ekosistem
Amalan dalam Melestarikan Alam Sekitar
Organisasi Tisu Tumbuhan
Tisu Meristem dan Pertumbuhan
Lengkung Pertumbuhan
Struktur Daun
Organ Utama Pertukaran Gas
Organ Utama Transpirasi
Organ Utama Fotosintesis
Laporkan nota ini
Kad Laporan
Nilai prestasi akademik anda melalui laporan terperinci
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun