Contoh-contoh Ancaman Alam Sekitar |
Perubahan Iklim dan Pemanasan Global |
- Perubahan iklim merujuk kepada perubahan suhu bumi, taburan hujan dan perubahan angin secara drastik.
- Perubahan ini dapat dilihat daripada fenomena kesan rumah hijau.
- Apabila pancaran cahaya matahari memasuki atmosfera bumi, sebahagian daripada pancaran itu dipantulkan semula ke atmosfera bumi dalam bentuk sinar inframerah.
- Semasa pembebasan tenaga haba, kebanyakan daripadanya akan diserap oleh gas rumah hijau seperti gas karbon dioksida, gas metana, gas nitrogen oksida dan gas klorofluorokarbon (CFC) yang terdapat dalam atmosfera bumi dan mengelakkannya dipantulkan kembali ke ruang angkasa.
- Tenaga haba yang tidak dipantulkan ini memastikan suhu bumi tidak terlalu sejuk untuk kemandirian organisma.
- Kebanyakan gas contohnya gas karbon dioksida terbentuk secara semula jadi.
- Walau bagaimanapun, aktiviti manusia telah menyebabkan kepekatan gas-gas ini meningkat dan lebih banyak tenaga haba terperangkap, seterusnya meningkatkan suhu bumi.
- Keadaan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.
- Jadual di bawah menunjukkan faktor yang menyebabkan kesan rumah hijau dan gas rumah hijau yang terlibat.
Faktor yang Menyebabkan Kesan Rumah Hijau |
Gas Rumah Hijau yang Terlibat |
Pembakaran bahan fosil. |
Karbon dioksida dan nitrogen dioksida. |
Aktiviti penyahhutanan. |
Karbon dioksida. |
Aktiviti penternakan. |
Metana. |
Aktiviti pertanian (baja nitrogen). |
Nitrogen dioksida. |
Penggunaan bahan penyejuk. |
Klorofluorokarbon (CFC). |
- Fenomena El Nino menyebabkan cuaca panas dan kering melampau sehingga menyebabkan kemarau.
- Fenomena La Nina menyebabkan hujan lebat yang luar biasa sehingga mengakibatkan banjir yang serius.
|
Penyahhutanan dan Kehilangan Biodiversiti |
- Penyahhutanan ialah penebangan pokok secara besar-besaran. Penyahhutanan merupakan penyebab utama kepada kehilangan biodiversiti.
- Kehilangan habitat akibat penyahhutanan bagi aktiviti pembangunan dan pertanian telah menyebabkan kepupusan banyak spesies flora dan fauna.


- Perubahan global yang disebabkan oleh pencemaran menjadi penyumbang kepada kehilangan biodiversiti.
- Pemburuan hidupan liar secara haram bagi tujuan industri makanan, perubatan dan kraf tangan mengakibatkan pengurangan populasi spesies haiwan yang membawa kepada kepupusan spesies.
- Selain itu, kejadian hujan asid menyebabkan pH air menjadi rendah, kebanyakan telur ikan tidak dapat menetas dan sebilangan ikan dewasa mati.
|
- Peningkatan pertumbuhan alga, kematian hidupan akuatik dan kemerosotan kualiti air merupakan kesan daripada proses eutrofikasi.
- Eutrofikasi merupakan proses sesuatu ekosistem air menjadi kaya dengan nutrien yang menyebabkan perubahan struktur ekosistem tersebut.
- Penggunaan baja nitrat dan fosfat secara berlebihan dalam aktiviti pertanian dan faktor lain turut menyebabkan eutrofikasi.
- Lebihan sisa nitrat dan fostat dialirkan oleh air hujan ke dalam tasik dan sungai. Peningkatan nitrat dan fosfat merangsang pertumbuhan alga dengan pesat sehingga menutup permukaan air.
- Keadaan ini disebut sebagai eutrofikasi. Keadaan ini mengurangkan penembusan cahaya matahari ke dalam air.
- Kadar fotosintesis oleh tumbuhan akuatik menjadi rendah dan kandungan oksigen terlarut di dalam air menjadi rendah. Hal ini menyebabkan tumbuhan dan haiwan akuatik mati. Semakin banyak alga dan organisma akuatik mati, semakin tinggi populasi bakteria pengurai.
- Bakteria pengurai akan mengurai tumbuhan dan haiwan akuatik yang mati dengan kehadiran oksigen, menyebabkan pengurangan oksigen yang melampau di dalam air. Hal ini meningkatkan tahap keperluan oksigen biokimia atau biochemical oxygen demand (BOD).
- Keperluan oksigen biokimia (BOD) ialah jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat untuk menguraikan bahan organik di dalam air.
- Tahap BOD yang tinggi menunjukkan bahawa kualiti sumber air tersebut rendah dan menandakan terdapat banyak bahan organik serta mikroorganisma pengurai di dalam air.
- Tahap BOD yang rendah pula menunjukkan kualiti air yang baik. Hal ini berlaku kerana kandungan oksigen terlarut adalah tinggi dan air tidak tercemar.
|
- Terdapat tiga jenis pencemaran iaitu:
- Pencemaran udara.
- Pencemaran terma.
- Pencemaran bunyi.
- Pencemaran udara:
- Pencemaran udara terjadi apabila terdapat peningkatan bahan pencemar seperti gas, asap, debu dan habuk di dalam atmosfera sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan.
- Bahan pencemar meningkat dengan pelepasan gas dari ekzos kenderaan bermotor yang semakin meningkat.
- Pencemaran udara juga berlaku akibat peningkatan pembebasan asap dari kilang perindustrian dan pembakaran terbuka.
- Pembakaran bahan api fosil oleh loji pembakaran arang batu, kilang perindustrian dan kenderaan membebaskan gas karbon monoksida, gas nitrogen oksida serta gas sulfur dioksida ke atmosfera.
- Gas-gas ini bergabung dengan wap air di dalam atmosfera untuk membentuk asid nitrik dan asid sulfurik, kemudian turun sebagai hujan asid.
- Hujan asid menjadikan tanah kurang subur kerana nilai pH kurang daripada 5.
- Hujan asid juga merosakkan tisu daun dan akar tanaman.
- Peningkatan keasidan air akan mengurangkan populasi plankton yang merupakan sumber makanan ikan
- Ini mengganggu rantai makanan dan boleh menyebabkan kematian organisma.
- Hujan asid juga menyebabkan penyakit kulit dan kerosakan pada tisu manusia.
- Jadual di bawah menunjukkan sumber pencemaran udara dan bahan pencemarnya.
Sumber Pencemaaran |
Bahan Pencemaran |
Gas dari ekzos kenderaan bermotor |
- Gas nitrogen oksida.
- Gas karbon monoksida.
- Plumbum.
- Asap dan jelaga (zarah karbon yang kecil).
- Gas karbon dioksida.
- Gas hidrokarbon (contoh: benzena).
|
Asap dari kilang perindustrian |
- Gas sulfur dioksida.
- Gas nitrogen oksida.
- Debu.
- Gas karbon monoksida.
|
Pembakaran terbuka |
- Gas karbon dioksida.
- Asap dan jelaga.
|
- Pencemaran terma:
- Pencemaran terma merujuk kepada kemerosotan kualiti air akibat penyingkiran haba yang berlebihan ke dalam air disebabkan oleh proses yang mengubah suhu air.
- Air digunakan sebagai agen penyejuk untuk menyejukkan generator di dalam kilang industri dan stesen jana kuasa elektrik.
- Air panas yang terhasil kemudiannya disalurkan kembali ke sungai atau ke tasik dan ini menyebabkan pencemaran terma.
- Peningkatan suhu air sungai tidak sesuai dijadikan sebagai habitat akuatik.
- Apabila suhu air meningkat, kandungan oksigen terlarut di dalam air berkurang dan menyukarkan kemandirian hidupan akuatik.
- Pencemaran terma akan mengganggu dan membahayakan kehidupan organisma dan alam sekitar.
- Peningkatan suhu air mengganggu proses biokimia di dalam organisma akuatik kerana biasanya ikan dan haiwan akuatik yang lain hanya boleh hidup dalam julat suhu tertentu.
- Sebagai contohnya, peningkatan suhu air dapat menyebabkan telur ikan berkemungkinan menetas lebih awal atau gagal menetas.
- Bagi sesetengah spesies, peningkatan suhu air secara mendadak dapat menyebabkan kematian serta-merta
- Bagi organisma seperti alga, suhu yang lebih tinggi akan menggalakkan pertumbuhannya.
- Pertumbuhan alga seterusnya meningkatkan tahap BOD air.
- Pencemaran bunyi:
- Pencemaran bunyi ialah bunyi yang mengganggu serta mendatangkan keburukan kepada kesihatan manusia dan haiwan.
- Pencemaran bunyi yang mengganggu serta mendatangkan keburukan kepada kesihatan manusia dan haiwan.
- Bunyi kenderaan, aktiviti pembinaan, mesin pertanian dan industri serta bunyi muzik yang kuat dari majlis keraian merupakan satu bentuk pencemaran bunyi.
- Pendedahan kepada bunyi bising secara berterusan dapat menyebabkan masalah kesihatan berkaitan tekanan seperti tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, kemurungan dan sakit kepala.
|
Ledakan Pertumbuhan Populasi Manusia |
- Oleh sebab pertumbuhan populasi bertambah dengan pesat, pengurangan sumber alam sekitar juga berlaku dengan cepat, yang membawa kepada penyahhutanan, kehilangan biodiversiti dan pemanasan global.
- Kawasan hutan ditebang bagi menyediakan penempatan, pembangunan, pertanian dan kemudahan kepada jumlah penduduk yang semakin meningkat.
- Akibat daripada aktiviti ini, organisma terdedah kepada pelbagai ancaman seperti masalah sumber air mentah dan bekalan air bersih, peningkatan pencemaran serta penyakit, seterusnya kepupusan kepelbagaian hidupan.
- Permintaan air dan sumber daripada penduduk setempat tidak dapat diuruskan sepenuhnya dengan sumber alam sekitar yang ada di kawasan tersebut.
- Hal ini menyebabkan pemindahan sumber dari lokasi yang jauh ke kawasan permintaan.
- Selain itu, sisa kumbahan juga akan menimbulkan ancaman pencemaran kepada alam sekitar.
- Bagi mengatasi masalah ini, teknologi rawatan air digunakan tetapi akan menyebabkan peningkatan kos sumber air terawat.
|
|