Mekanisme Pembekuan Darah

10.4 Mekanisme Pembekuan Darah
 
Keperluan Mekanisme Pembekuan Darah
  • Pembekuan darah menghentikan atau meminimumkan kehilangan darah pada bahagian salur darah yang terluka.
  • Pembekuan darah juga mencegah kemasukan mikroorganisma seperti bakteria ke dalam darah melalui salur darah yang terluka.
  • Tekanan darah juga dapat dikekalkan kerana kehilangan darah yang terlalu banyak boleh menurunkan tekanan darah ke paras yang berbahaya.
 
Mekanisme Pembekuan Darah
  • Pembekuan darah melibatkan satu siri tindak balas kimia yang berlaku dalam darah apabila seseorang terluka bagi menghalang pendarahan berlebihan.
  • Platlet yang tergumpal, sel yang rosak dan faktor pembeku dalam plasma darah membentuk bahan pengaktif (trombokinase).
  • Trombokinase dengan bantuan ion kalsium dan vitamin K menukarkan protrombin kepada trombin.
  • Trombin (protein plasma aktif yang bertindak sebagai enzim).
  • Trombin seterusnya memangkinkan penukaran fibrinogen kepada fibrin.
  • Fibri ialah sejenis gentian protrin berupa bebenang yang membentuk jaringan pada permukaan luka untuk menjerat eritrosit dan menutup luka bagi menghalang kehilangan darah.
 
Isu Kesihatan yang Berkaitan Pembekuan Darah
Hemofilia
  • Hemofilia ialah satu contoh penyakit yang menghalang darah membeku.
  • Hemofilia ialah penyakit keturunan yang disebabkan oleh kekurangan faktor pembeku tertentu dalam darah.
  • Pendarahan secara berlebihan akibat luka kecil atau lebam boleh menyebabkan kematian.
Trombosis
  • Pembentukan darah beku (trombus).
  • Trombosis berlaku akibat kerosakan dalam salur darah atau pengaliran darah terlalu perlahan sehingga menyebabkan faktor pembeku terkumpul.
 Embolisme
  • Apabila darah beku diangkut oleh aliran darah, darah beku ini dikenali sebagai embolus.
  • Sekiranya embolus tersekat di dalam salur darah yang terlalu kecil, aliran darah akan terhenti.