Indeks Gubahan

 
10.2

Indeks Gubahan

 
\(\blacksquare\) Pemberat yang diberikan pada suatu item mewakili kepentingan item tersebut berbanding dengan item-item lain yang terlibat.
 
\(\blacksquare\) Pemberat boleh diwakili oleh bilangan, nisbah, peratusan, bacaan pada carta palang atau carta pai, dan sebagainya.
 
\(\blacksquare\) Indeks gubahan, \(\bar{I}\), ialah nilai purata bagi semua nombor indeks dengan kepentingan setiap item diambil kira.
 

\(\bar{I}=\dfrac{\sum I_iw_i}{\sum w_i}\)

 
dengan keadaan
 

\(I_i=\)nombor indeks bagi item ke-\(i\)

\(w_i=\)pemberat bagi item ke-\(i\)

 
\(\blacksquare\) Bagi indeks gubahan tanpa pemberat, nilai pemberat setiap nombor indeks yang terlibat dianggap sama.
 
 

Contoh:

Hitung indeks gubahan bagi kes berikut.

 
Barang Indeks harga
\(\boldsymbol {A}\) \(130\)
\(\boldsymbol {B}\) \(120\)
\(\boldsymbol {C}\) \(125\)
 

Berdasarkan soalan, pemberat bagi setiap barang ialah \(1\) kerana indeks gubahan tidak mempunyai pemberat.

 

\( \begin{aligned} \bar{I}&=\dfrac{\sum I_iw_i}{\sum w_i} \\\\ &=\dfrac{130(1)+120(1)+125(1)}{3} \\\\ &=\dfrac{375}{3} \\\\ &=125. \end{aligned}\)