Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Ummah

4.2 Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Ummah
 
Pengertian Solat Berjemaah

Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai dengan diketuai oleh seorang imam.

Lafaz dan Niat sebagai Imam

أُصَلِّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: "Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai sebagai imam kerana Allah Taala."

Lafaz dan Niat sebagai Makmum 

أُصَلِّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya:"Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai sebagai makmum kerana Allah Taala."

Hukum Menunaikan Solat Berjemaah
  • Fardu kifayah bagi solat fardu.
  • Fardu ain bagi solat Jumaat.
 
Gambar ini menunjukkan sebuah poster dengan tajuk ‘Kelebihan solat ber jemaah’. Terdapat lima kelebihan yang disenaraikan dalam bentuk poin berwarna hijau dengan latar belakang biru muda. Kelebihan tersebut adalah: - Menambah khusyuk dalam solat - Beroleh pahala 27 kali ganda - Dicintai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW - Mengukuhkan ukhuwah sesama umat Islam - Mendapatkan keberkatan di dunia dan di akhirat Di sebelah kanan bawah, terdapat ilustrasi tiga orang lelaki sedang solat berjemaah. Di bahagian bawah kiri, terdapat logo ‘Pandai’.
 
Kepentingan Solat Berjemaah
  • Meningkatkan semangat berpasukan dan kerjasama.
  • Membentuk diri berdisiplin dan mematuhi ketua.
  • Melatih diri menepati masa.
  • Menambah rasa kasih sayang dan hormat-menghormati tanpa mengira darjat.
 
Syarat-Syarat Sah Solat Berjemaah
  • Perbuatan zahir imam dan makmum sama.
  • Makmum mengikut imam:
    • Takbir: Mesti terkemudian daripada takbir imam.
    • Perbuatan lain: Tidak mendahului imam melebihi dua rukun tanpa keuzuran.
  • Makmum mengetahui pergerakan imam.
  • Makmum dan imam berhimpun dalam satu tempat tanpa berpisah.
  • Makmum tidak tertinggal daripada mengikut pergerakan imam sebanyak dua rukun tanpa keuzuran atau tiga rukun panjang dengan keuzuran.
  • Perbuatan sunat makmum dan imam tidak bercanggah secara ketara kecuali qunut.
  • Makmum berniat mengikut imam.
  • Makmum yakin solat imam sah.
  • Solat imam bukan dalam kategori solat yang wajib diulang.
  • Martabat imam dari sudut jantina tidak kurang daripada makmum.
  • Imam tidak ammi (buta huruf) sedangkan makmum pula baik bacaannya.
  • Imam yang diikuti tidak mengikut imam lain.
 
Kesan Solat Berjemaah
  • Dapat melahirkan masyarakat yang mulia serta membuang sifat mementingkan diri sendiri kerana semasa berjemaah semua manusia adalah sama di sisI Allah SWT.
 
Makmum Muafik 
Pengertian
  • Makmum yang sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya.
Tindakan yang perlu Dilakukan oleh Makmum Muafik yang tidak Sempat MenyempurnakanBacaan Al-Fatihah
  • Jika makmum tidak sempat menyempurnakannya disebabkan halangan tertentu seperti bacaan makmum terlalu lambat, makmum tidak boleh rukuk bersama-sama imam. Sebaliknya, makmum hendaklah menyempurnakaan bacaan Al-Fatihah terlebih dahulu sebelum rukuk.
  • Namun, jika makmum terlalu lambat sehingga imam sudah berdiri semula untuk rakaat seterusnya, makmum hendaklah terus menyempurnakan bacaan Al-Fatihah. Walau bagaimanapun, rakaat tersebut masih dikira sebagai rakaat pertama baginya.
Contoh
  • Makmum bertakbiratul ihram, sejurus selepas imam bertakbiratul ihram, maka makmum hendaklah membaca Al-Fatihah sehingga sempurna.
 
Makmum Masbuk
Pengertian
  • Makmum yang tidak sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya.
Tindakan yang perlu Dilakukan oleh Makmum Masbuk yang tidak Sempat MenyempurnakanBacaan Al-Fatihah
  • Makmum terus bertakbir sambil berniat, berdiri sekejap dan terus rukuk bersama-sama dengan imam
  • Jika makmum sempat rukuk serta tamakninah bersama-sama dengan imam, makmum memperoleh rakaat tersebut. Bacaan Al-Fatihah makmum dianggap selesai dengan bacaan imam
  • Jika makmum tidak sempat melakukannya, makmum tidak memperoleh rakaat tersebut
Contoh
  • Semasa makmum bertakbiratul ihram, imam sudah sempurna membaca surah atau sedang rukuk.