Tayamum

4.1 Tayamum
 
Pengertian

Tayamum bermaksud menyapu debu tanah yang suci ke muka serta kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat dan syarat-syarat tertentu.

Dalil Naqli

Firman Allah SWT

..فَلَمْ تَجِدُواْ مَآءً فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدًا طَيِّبًا..

(Surah Al-Maidah 6: 5)

Maksud: "..Sedangkan kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah (debu) yang bersih.." 

Rukun Tayamum
  • Berniatنَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لِاسْتِبَاحَةِ فَرْضِ الصَّلَاةِ لِلَّهِ تَعَالَى
    • Maksudnya: "Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala."
  • Menyapu debu tanah yang suci ke seluruh muka.
  • Menyapu debu tanah yang suci pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku.
  • Tertib.
 
Sunat Tayamum
  • Membaca basmallah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ.
  • Menyapu muka dari atas ke bawah.
  • Menipiskan debu pada tapak tangan.
  • Merenggangkan jari ketika menepuk debu.
  • Mendahulukan anggota kanan dari kiri.
  • Menghadap kiblat.
  • Membaca doa wuduk setelah selesai bertayamum.
 
Sebab-Sebab yang Mengharuskan Tayamum
  • Tiada air setelah berusaha mencarinya
  • Ada air tetapi hanya mencukupi keperluan diri dan ternakan
  • Jarak tempat ada air terlalu jauh
  • Terhalang daripada menggunakan air disebabkan sakit atau ada musuh berdekatan tempat air
  • Cuaca terlalu sejuk sehingga memudaratkan
 
Syarat-Syarat Tayamum
  • Mencari air selepas masuk waktu solat.
  • Masuk waktu solat.
  • Menggunakan debu tanah yang suci.
  • Menghilangkan najis terlebih dahulu.
 
Perkara yang Membatalkan Tayamum
  • Melakukan semua perkara yang membatalkan wuduk.
  • Ada air selepas bertayamum sebelum solat.
  • Sembuh daripada sakit dan boleh menggunakan air.
  • Telah luput waktu solat.
  • Murtad.
 
Tatacara Bertayamum
  1. Tekap kedua-dua tapak tangan pada debu tanah yang suci.
  2. Nipiskan debu pada kedua-dua tangan.
  3. Sapukan debu suci ke muka sambil berniat.
  4. Ulang tekap kedua-dua tapak tangan pada debu tanah yang suci dan nipiskannya.
  5. Sapukan debu yang suci pada tapak tangan kiri ke bahagian bawah tapak tangan kanan hingga ke siku.
  6. Ulang menyapukan debu yang suci pada tapak tangan kanan ke bahagian bawah tapak tangan kiri hingga selesai.
 
Imej ini menunjukkan carta alir yang menerangkan kepentingan tayamum. Terdapat lima kotak bernombor dari 1 hingga 5 yang disambungkan dengan garis. Setiap kotak mengandungi teks yang menerangkan manfaat tayamum: 1. Kemudahan kepada umat Islam untuk menggantikan wuduk dan mandi wajib dalam keadaan tertentu. 2. Memastikan umat Islam tidak sewenang-wenangnya meninggalkan ibadah dengan sengaja. 3. Menghilangkan kepayahan dan kesulitan. 4. Menyucikan jiwa manusia. 5. Umat Islam diseru sentiasa berada dalam keadaan suci. Di sebelah kiri carta, terdapat logo ‘Pandai’ dan teks ‘
 
Info Tambahan
  • Tayammum adalah merupakan ibadat penting bagi menggantikan wudhu dan mandi wajib.
  • Kelonggaran ini membuktikan kasih sayang Allah SWT kepada hambanya supaya tidak meninggalkan ibadat dengan sengaja.