Penanda Wacana

  • Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur. Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai kata.
 
17.1  Penanda Wacana

  • Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perenggan yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya.
  • Kita boleh membahagikan penggunaan penanda wacana dalam sesuatu ayat bertujuan untuk menimbulkan lima (5) maksud sebagaimana berikut:
    • Untuk menimbulkan maksud yang menandakan pertentangan maklumat.
    • Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berubah dan persamaan.
    • Untuk menimbulkan maksud yang menunjukkan akibat atau kesimpulan.
    • Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya.
    • Untuk menimbulkan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu.

  • Untuk menimbulkan maksud yang menandakan pertentangan maklumat:
Penanda Wacana Ayat contoh
bagaimanapun  Adik menangis apabila anak patungnya hilang. Bagaimanapun, tangisannya reda apabila dipujuk oleh ibu.
biarpun demikian  Hana gagal mendapat sebarang tempat dalam larian itu. Biarpun demikian, dia tidak pernah berputus asa.
meskipun  Dia tidak berganjak dari tempat duduk itu meskipun hujan turun dengan lebat.
meskipun demikian  Pak Nasrul telah bertemu dengan beberapa orang doktor pakar. Meskipun begitu, penyakitnya masih lagi berulang.
namun  Aiman menjerit dengan sekuat-kuat hati. Namun, tiada siapa yang mendengar.
namun begitu  Afiq memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang kurang faham dalam pelajaran.
namun demikian  Projek itu telah mendapat kritikan daripada sesetengah pihak. Namun demikian, pelaksanaannya tetap diteruskan.
sebaliknya  Azfar menuduh Hakim mencuri. Sebaliknya, dia yang berbuat demikian.
sungguhpun demikian  Fahmi seorang kanak-kanak yang cacat. Sungguhpun demikian, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.
walau bagaimanapun  Kami tidak mahu mengikut laluan itu. Walau bagaimanapun, itulah satu-satu jalannya ke sana.
walaupun demikian  Amirul mengulangkaji pelajarannya siang dan malam. Walaupun demikian, keputusannya tetap tidak memberangsangkan.
walaupun begitu  Zulkhairi sering makan. Walaupun begitu, badannya tetap kurus.

  • Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berubah dan persamaan:
Penanda Wacana Ayat contoh
lagipun  Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya. Lagi pun, harga barangnya murah.
lebih-lebih lagi  Saya tidak dapat melihat dengan jelas. Lebih-lebih lagi, pada waktu malam.
malah  Razak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Malah, dia turut ditawarkan biasiswa oleh kerajaan negeri.
tambahan pula  Rahim kurang gemar melihat pertunjukkan itu. Tambahan pula, diadakan pada waktu malam.

  • Untuk menimbulkan maksud yang menunjukkan akibat atau kesimpulan:
Penanda Wacana Ayat contoh
kesimpulannya  Kesimpulannya, gagasan Satu Malaysia dapat membantu menggembalikan perpaduan sesama kaum.
tuntasnya  Secara tuntasnya, aktiviti bersenam dapat memastikan kesihatan tubuh badan.
oleh itu  Virus Covid-19 mudah untuk merebak. Oleh itu, kita seharusnya mengikuti SOP yang diberikan.
oleh sebab itu  Fauzi seorang pelajar yang cemerlang. Oleh sebab itu, dia dipilih sebagai Tokoh Murid.

  • Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya:
Penanda Wacana Ayat contoh
kemudian  Mula-mula masukkan sebungkus tepung gandum. Kemudian, masukkan pula lima biji telur.
selanjutnya  Datuk Ashraf menyampaikan ucapan. Selanjutnya, beliau merasmikan laman web sekolah itu.
selepas itu  Emak memasukkan adik ke dalam buaian. Selepas itu, adik pun tidur.

  • Untuk menimbulkan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu:
Penanda Wacana Ayat contoh
dalam pada itu  Mak Timah mengambil upah membasuh kain. Dalam pada itu, dia juga menjual kuih pada waktu petang.
di samping itu  Pihak polis telah mengetatkan lagi kawalan di Menara Jati. Di samping itu, beberapa orang pegawai juga telah ditugaskan untuk memerhati pergerakan kenderaan di jalan yang berhampiran.
selain itu  Membaca dapat menambahkan ilmu. Selain itu, membaca juga dapat mengisi masa lapang kta daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
sebelum itu  Hajrah akan ke Kulim sebentar lagi. Sebelum itu, dia memastikan kenderaannya dalam keadaan yang selamat untkuk digunakan.