Kata Banyak Makna

  • Kata banyak makna ialah kata yang mempunyai makna yang lebih daripada satu.
 
14.1  Kata Banyak Makna

  • Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan.
  • Contoh kata banyak makna:
Kata Tanya Tujuan Pertanyaan Ayat Contoh
akal
  1. daya fikir
  2. ikhtiar
  1. Gunakanlah akal untuk bertindak.
  2. Mereka mencari akal untuk keluar dari kawasan hutan itu.
alamat
  1. tanda
  2. butir-butir keterangan tempat
  1. Langit mendung alamat hari akan hujan.
  2. Berdasarkan alamat yang diberikan, rumahnya tidak jauh dari sini.
baik
  1. tidak jahat (kelakuan)
  2. sembuh; pulih
  3. bagus; elok
  4. sihat
  5. sesuai dan rapat (persahabatan)
  1. Kami menyukai Laila kerana tingkah lakunya yang baik.
  2. Luka di kakinya sudah baik.
  3. Kerusi rotan ini masih baik walaupun telah lama digunakan.
  4. Kami sekeluarga baik belaka.
  5. Siti berkawan baik dengan Haliza.
berat
  1. tidak ringan
  2. susah; sukar
  3. tenat
  4. tidak sampai hati
  1. Abang tidak mampu mengangkat kotak yang berat itu.
  2. Tanggungjawab ayah sebagai pengurus kilang amat berat.
  3. Haji Lamin telah dimasukkan ke hospital kerana sakit berat.
  4. Emak berasa berat hati untuk melepaskan kakak mencari kerja di bandar.
besar
  1. tidak kecil
  2. berpengaruh; berkuasa; ketua
  3. dewasa
  4. banyak
  1. Bilik tidur Danea sangat besar dan cantik.
  2. Barisan kerusi yang cantik di depan itu adalah untuk orang-orang besar.
  3. Anak-anak Puan Suri sudah besar.
  4. Projek jambatan baru itu menelan belanja yang agak besar.
cerah
  1. terang
  2. jernih
  3. agak putih
  4. berseri; tidak muram (rupa muka)
  5. baik; bahagia
  1. Cuaca diramalkan cerah sepanjang hari ini.
  2. Barangan kristal yang dipamerkan di dalam peti kaca yang cerah itu sungguh cantik.
  3. Kulit Aliya lebih cerah daripada kulit adiknya.
  4. Wajah Puan Chia cerah apabila mendengar berita baik itu.
  5. Kehidupan Mak Jah semakin cerah setelah anak-anaknya bekerja.
dalam
  1. bahagian atau ruang di balik bahagian yang di luar
  2. tidak cetek
  3. luas (pengetahuan)
  4. mengalami; ditimpa
  5. selama
  • Mereka sedang berbincang di dalam bilik mesyuarat itu.
  • Air perigi ini agak dalam.
  • Doktor pakar itu mempunyai pengetahuan yang dalam tentang penyakit itu.
  • Ahli-ahli ekspedisi itu dalam kesusahan kerana tersesat di hutan tebal itu.
dingin
  1. sejuk
  2. tidak meriah
  1. Kami terpaksa memakai baju tebal kerana udara di puncak bukit ini amat dingin.
  2. Pertunjukan pentas itu mendapat sambutan dingin daripada para penonton.
faedah
  1. guna; manfaat
  2. bunga; laba; untung
  1. Membaca buku banyak faedahnya.
  2. Pencarum akan diberi faedah sebanyak sepuluh peratus.
gugur
  1. jatuh
  2. tewas; mati dalam pertempuran
  1. Buah mangga itu gugur walaupun belum masak.
  2. Beberapa orang perajurit telah gugur dalam pertempuran itu.