Cara sambutan perayaan dahulu dan kini

6.3 Cara Sambutan Perayaan Dahulu dan Kini
 
Dahulu - Kad ucapan dihantar melalui pos atau serahan tangan

Kini  - Ucapan dihantar menggunakan media elektronik

Dahulu - Mengambil foto keluarga di kedai gambar

Kini - Swafoto bersama keluarga dan memuat naiknya di media sosial

  Swafoto bersama  
  Gambar dua orang atau lebih yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital.  
     
Dahulu - Tradisi membuat "kolam" daripada tepung ketika perayaan Deepavali

Kini - "Kolam" dihasilkan daripada beras atau hampas kelapa yang berwarna warni

Dahulu - Tradisi makan besar di rumah dengan berkumpul bersama-sama keluarga pada malam Tahun Baharu Cina

Kini - Tradisi tersebut masih diraikan, namun terdapat keluarga yang memilih untuk menikmatinya di restoran atau hotel.

Dahulu - Penyediaan kuih-muih dengan menggunakan bahan dan kaedah tradisional serta dilakukan secara gotong-royong.

Kini - Penggunaan peralatan moden memudahkan penyediaan kuih. Selain itu, kuih raya juga mudah dibeli.

Dahulu - Hari Gawai diraikan oleh golongan petani daripada kaum Dayak dengan mengadakan pelbagai upacara ritual.

Kini - Hari Gawai diraikan oleh pelbagai kaum tanpa mengira bidang pekerjaan.

Dahulu - Semasa Pesta Kaamatan, upacara Unduk Ngadau (ratu cantik) diadakan. Pemenang pertandingan Unduk Ngadau dipilih berdasarkan semangat Huminodun, iaitu kesanggupan berkorban untuk menyelamatkan generasinya.

Kini - Pada masa ini, pemenang Unduk Ngadau juga dipilih berdasarkan sesi soal jawab tentang sejarah dan kehidupan masyarakat lampau.

Walaupun terdapat banyak perubahan dalam cara sambutan perayaan dahulu dan kini, masih terdapat beberapa amalan yang terus kekal dalam masyarakat:

  1. Tradisi balik ke kampung dalam masyarakat setiap kali menjelang perayaan di Malaysia.
  2. Pemberian duit raya dan angpau kekal sehingga kini.
  3. Amalan kunjung- mengunjungi kekal menjadi amalan budaya masyarakat kita.