Reka bentuk teknologi pertanian bandar

4.1 Reka bentuk teknologi pertanian bandar
 
  • Menerangkan maksud pertanian bandar
  • Menjelaskan sistem penanaman secara takungan dalam pertanian bandar
  • Memilih peralatan, perkakasan dan medium penanaman untuk menghasilkan reka bentuk sistem penanaman secara takungan
 

1. Pertanian bandar merupakan aktiviti bercucuk tanam bagi menghasilkan tanaman makanan di sekitar rumah yang mempunyai ruang terhad.

2. Pertanian bandar sesuai dengan kediaman berikut:

  • Rumah pangsa
  • Kondominium
  • Kawasan tanah lot
  • Rumah teres

3. Penanaman boleh dijalankan sama ada secara

  • Konvensional 
  • Teknologi moden 

4. Pertanian bandar dijalankan dengan pelbagai cara bagi menyesuaikan kawasan yang ada dan menjimatkan ruang. 

5. Contoh susunan pokok dan bekas tanaman:

  • Secara bertingkat pada dinding
  • Secara menegak
  • Tanaman berpasu di halaman

6. Kebaikan pertanian bandar

  • Menghasilkan sumber makanan sendiri 
  • Memelihara alam sekitar dengan menggunakan bahan guna semula sebagai bekas tanaman
  • Menjadikan sisa buangan dapur sebagai baja kompos
  • Menjanakan pendapatan sampingan jika hasil tanaman dijual

7. Jenis sistem takungan

 
Sistem takungan  Penerangan
Hidroponik 
  • Tidak menggunakan tanah
  • Menggunakan air sebagai medium penanaman
Akuaponik 
  • Menggabungkan ternakan ikan dengan tanaman sayuran 
Bekas pengairan kendiri
  • Mempunyai tiga ruang berasingan, iaitu takung air, ruang partikel kapilari dan ruang penanaman
 
8. Penanaman secara takungan ialah sistem penanaman di dalam bekas atau takungan yang direka khas bagi membekalkan air dan nutrien secara terkawal.
 
9. Kultur air dalam (Tanpa kitaran semula)
 
Larutan nutrien 

Berada dalam takung berkeadaan statik

Membekalkan nutrien kepada tumbuhan 

Akar pokok Mestilah terendam dalam larutann nutrien untuk menyerap nutrien yang dibekalkan 
Raga tanaman Bekas untuk meletakkan pokok yang ditanam
 

10. Kultur air dalam (Dengan kitaran semua)

  • Larutan nutrien dipamkan dalam palung tanaman dan mengalir semula ke dalam takungan nutrien 

11. Alatan, bahan dan meidum penanaman digunakan untuk menghasilkan reka bentuk sistem penanaman secara takungan

 
Alatan Bahan Medium penanaman 

Gunting serba guna

Pisau boleh laras

Sudip tangan 

Gerimit

Pen penanda

Gergaji lengkung halus

Lidi sate

Paip PVC

Botol plastik terpakai

Gabus

Tali mop

Cat sembur

Anak benih

Gambut kelapa 

LECA