Kevin menyimpan \(\text{RM }1\ 000\) di bank. Bank memberi faedah bagi simpanan sebanyak \(0.5\%\). Kira nilai faedah bagi simpanan itu dan jumlah wangnya selepas menerima faedah.
PENYELESAIAN: Nilai faedah simpanan: \(\text{RM }1\ 000\times0.5\%=\\ \text{RM }1\ \space0\cancel{00}\times\dfrac{0.5}{1\cancel{\space00}}=\text{RM }5\)
Jumlah wang selepas menerima faedah: \(\text{RM }1\space000+\text{RM }5=\text{RM }1\space005\)
Pada bulan Januari, Encik Raihan menerima cek bayaran sewa kedainya sebanyak \(\text{RM } 2\ 500\). Dia menyimpan wang tersebut ke dalam akaun bank dan mendapat faedah \(0.8\%\) sebulan. Kira jumlah wang pada akhir bulan itu.
PENYELESAIAN:
Dalam satu ujian, Vasanti mendapat markah \(85\%\). Terdapat \(60\) soalan di dalam ujian itu. Berapa soalankah yang dijawab salah oleh Vasanti ?
Bilangan soalan yang dijawab betul:
\(\begin{aligned}\ \dfrac{85}{100}\times60=51\end{aligned}\\\)
Bilangan soalan yang dijawab salah:
\(60-51=9\)
Pada tahun 2014, bilangan pelancong yang datang ke Malaysia ialah \(25.6\) juta. Pada tahun 2015 pula, bilangan itu dijangka bertambah sebanyak \(4\%\). Jika sasaran bilangan pelancong yang mengunjungi Malaysia pada tahun 2016 ialah 30 juta orang, berapa peratuskah peningkatannya berbanding tahun 2015?
PENYELESAIAN: Bilangan pelancongan pada tahun 2015: \(\space\space\space\space25.6\text{ juta}+4\%\times25.6\ \text{juta}\\=25.6\text{ juta}+\dfrac{4}{100}\times25.6\ \text{ juta}\\ =25.6\ \text{ juta}+1.024 \text { juta}\\ =26.624\ \text{ juta}\)
Peningkatan bilangan pelancong pada tahun 2016: \(30\text{ juta}-26.624\text{ juta}=3.376\text{ juta}\)
Peratus peningkatan: \(\dfrac{3.376}{26.624}\times100\%=12.68\%\)
Uji diri anda dengan latihan bertahap
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.