5.1 |
Kenali Harga Kos, Harga Jual, Untung dan Rugi |
- Harga kos bermaksud harga barang yang diperoleh peniaga sebelum dijual.
- Harga jual bermaksud harga sesuatu barang yang dijual kepada pembeli.
|
Situasi 1
Harga jual kamera model A = RM 8,200,
Harga jual kamera model B = RM 2,130.
Harga kos sebuah kamera model A ialah RM7,650. Berapakah untung jualan kamera itu?
- Untung = Harga jual - Harga kos
- = RM 8,200 - RM 7,650
- = RM 550
- Untung jualan kamera itu ialah RM 550
Untung Jualan kamera model B ialah RM250. Berapakah harga kosnya ?
- Untung = Harga jual - Harga kos
- Harga kos = Harga jual - Untung
- = RM 2,130 - RM250
- = RM 1,980
Situasi 2
Modal cendol ialah RM129 manakala hasil jualan ialah RM85. Hitung rugi yang ditanggung oleh penjual cendol itu.
- Rugi = Harga kos - Harga jual
- = RM129 - RM 85
- = RM44
Situasi 3
Seorang penjual kereta mengalami kerugian sebanyak RM 8,950 apabila menjual kereta terpakai kerana dia membelinya dengan harga RM 42,436.
- Rugi = Harga kos - Harga jual
- RM 8,950 = RM 42,436 - Harga jual
- Harga jual = RM 42,436 - RM 8,950
- = RM 33,486
|
|
5.2 |
Selesaikan Masalah Harga Kos, Harga Jual, Untung dan Rugi |
Situasi 1
Seorang peniaga makanan mengalami kerugian sebanyak 15% apabila makanan yang disediakan kurang laris pada hari tersebut. Kos penyediaan makanan termasuk upah pekerja ialah RM 2,560. Hitung nilai kerugiannya dan hasil jualan yang diperoleh pada hari tersebut.
Penyelesaian:
\(\begin{aligned}\dfrac{15}{10\cancel0}\times\ RM2\ 56\cancel0=\dfrac{RM3\ 84\cancel0}{1\cancel0}\\ =RM384\quad\\ \end{aligned}\\\)
Nilai kerugian ialah RM384.
Hasil jualan = Harga kos - Rugi
= RM2 560 - RM384
\(\begin{aligned}\small{\color{red}{15}}\\ \small{\color{red}{4\ \cancel5\ 10}}\\ RM2\space\space\space \cancel5\space \cancel6\space \cancel0\\ \underline{-RM\space\space\space\space3\space8\space4}\\ \underline{\space\space\space RM2 \space\space1\space7\space6}\\ \end{aligned}\)
Hasil jualan yang diperoleh ialah RM2 176.
Situasi 2
Jadual yang tidak lengkap di bawah menunjukkan harga kos dan harga jual bagi dua jenis barang eletrik. Keuntungan bagi sebuah pengadun kek ialah RM46 lebih daripada keuntungan sebuah ketuhar. Berapakah harga jual bagi sebuah pengadun kek?
Barang |
Harga kos |
Harga jual |
Ketuhar |
RM1 450 |
RM1 608 |
Pengadun kek |
RM695 |
|
Penyelesaian:
Untung Ketuhar |
\(\begin{aligned}\\ \small{\color{red}5}\space\small{\color{red}{10}}\space\space\\ \space\space RM1\space\space \cancel6\space \cancel0 \space8\\ \underline{-RM1\space\space4\space5\space0}\\ \underline{\space\space RM \space\space\space\space\space1\space5\space8}\\ \\\end{aligned}\\\) |
Untung Pengadun Kek |
\(\begin{aligned}\small{\color{red}1}\space\space\small{\color{red}1}\space\space\space\space\\ \space\space\space RM\space1\space\space5\space\space8\\ \underline{+\space RM\space\space\space\space\space\space4\space\space6}\\ \underline{\space\space\space\space RM\space\space2\space\space0\space\space4}\\ \\\end{aligned}\\\) |
Harga Jual Pengadun Kek |
\(\begin{aligned} \space\space\space RM\space6\space\space9\space\space5\\ \underline{+\space RM\space2\space\space0\space\space4}\\ \underline{\space\space\space\space RM\space\space8\space\space9\space\space9}\\ \\\end{aligned}\\\) |
|
|
5.3 |
Kenali Diskaun, Bil, Rebat dan Invois |
Diskaun
- Diskaun ialah potongan harga daripada harga asal.
|
Bil dan Rebat
- Bil ialah penyata bertulis tentang pembelian sesuatu barang atau perkhidmatan yang diterima.
- Rebat ialah potongan daripada sejumlah bayaran atau pemulangan sebahagian wang selepas pembelian barangan.
|
Invois
- Invois ialah maklumat barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada pelanggan dan jumlah yang perlu dibayar oleh pelanggan dicatatkan secara terperinci.
|
|
5.4 |
Selesaikan Masalah Diskaun, Bil, Rebat dan Invois |
Situasi 1
Di sebuah kedai jam, setiap pelanggan akan menikmati diskaun sebanyak 20% bagi setiap pembelian jam tangan. Encik Asyraf hendak membeli jam tangan model P. Kira wang yang dapat dijimatkan oleh Encik Asyraf. Berapakah harga jual jam itu selepas diskaun ? 
Nikmati 20% diskaun untuk setiap item.
Model P: RM450
Model Q: RM800
Penyelesaian:
Diskaun:
20% daripada RM450
\(=\dfrac{2\cancel0}{1\cancel0\cancel0}\times RM45\cancel0\\ =RM90\)
\(\begin{aligned}\\ \small{\color{red}3}\space\space\small{\color{red}{15}}\space\space\space\\ \space\space\space\space RM\cancel4\space\cancel5\space0\\ \underline{-RM\space\space9\space0}\\ \underline{\space \space RM3\space6\space0}\\ \end{aligned}\\\)
Situasi 2
Encik Din membuat pesanan kepada Syarikat Murni seperti yang tercatat dalam invois yang ditunjukkan. Jika pada bulan Jun, beliau memesan 2 kali bilangan kamera yang sama jenis dan 2 buah mesin pencetak yang sama, berapakah jumlah bayaran invois bagi bulan itu ?

|
Penyelesaian:
Butiran |
Kamera |
Mesin pencetak |
Bilangan |
2 x 2 = 4 |
2 |
Harga seunit (RM) |
2 380 |
365 |
Jumlah (RM) |
4 x 2 380 = 9 5 20 |
2 x 365 = 730 |
Jumlah bayaran invois pada bulan Jun
= RM9 520 + RM730
= RM10 250
|
|
5.5 |
Kenali Aset dan Liabiliti, Faedah dan Cukai Perkhidmatan |
Aset dan Liabiliti
- Aset ialah apa yang dimiliki seperti wang tunai dan harta benda.
- Liabiliti ialah tanggungan kewangan atau hutang.
|
Faedah
- Faedah ialah sejumlah wang yang diperoleh atas simpanan wang di bank.
- Bonus atau dividen ialah nama lain bagi faedah yang diberikan oleh institusi kewangan tertentu.
|
Cukai Perkhidmatan
- Cukai perkhidmatan ialah cukai yang perlu dibayar ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tertentu seperti hotel dan restoran makanan segera.
|
|
5.6 |
Selesaikan Masalah Aset dan Liabiliti, Faedah dan Cukai Perkhidmatan |
Situasi 1
Jadual di bawah menunjukkan jumlah aset adan liabiliti Puan Chua dan Puan Wong. Siapakah yang lebih kaya ?
|
Puan Chua |
Puan Wong |
Aset |
RM120 163 |
RM249 618 |
Liabiliti |
RM39 509 |
RM181 325 |
Penyelesaian:
Puan Chua
Aset - Liabiliti
= RM120 163 - RM39 509
= RM80 654
Puan Wong
Aset - Liabiliti
= RM249 618 - RM181 325
= RM68 293
|