Konsep Asas Pemikiran Komputasional

1.1 Asas Pemikiran Komputasional
 
Pemikiran Komputasional
Satu proses pemikiran bagi tujuan menyelesaikan masalah oleh manusia berbantukan mesin dengan menggunakan konsep asas sains komputer.
 
Imej ini menunjukkan proses pemikiran komputasional dalam empat langkah. Langkah pertama ialah ‘Masalah dipecahkan.’ Langkah kedua ialah ‘Kenal pasti corak yang sama.’ Langkah ketiga ialah ‘Perkara yang tidak penting ditinggalkan.’ Langkah keempat ialah ‘Sediakan satu model penyelesaian masalah.’ Terdapat logo ‘Pandai’ di sebelah kanan atas imej.
 
Kemahiran-Kemahiran yang Diperlukan
  • Kemahiran berfikir secara logik
  • Kemahiran membina algoritma
  • Kreativiti
  • Belajar daripada kesalahan
  • Berupaya menjelaskan
  • Dapat bekerja sepasukan
 
Teknik dalam Pemikiran Komputasional
  • Teknik Leraian
  • Teknik Pengecaman Corak
  • Teknik Peniskalaan
  • Teknik Pengitlakan
 
Teknik Leraian
  • Melibatkan pecahan masalah atau sistem kepada bahagian-bahagian kecil.
  • Proses ini memudahkan pemahaman dan penyelesaian bahagian-bahagian  kecil boleh diteliti, diselesaikan atau direka bentuk secara berasingan.
  • Membolehkan masalah yang besar dapat diselesaikan dengan mudah.
 
Teknik Pengecaman Corak
  • Mengenal pasti corak- corak tertentu setelah bahagian-bahagian kecil dipisahkan.
  • Corak-corak dinilai berdasarkan persamaan atau ciri-ciri yang sama.
  • Penelitian pada kesamaan dan corak dapat memudahkan penyelesaian masalah yang kompleks.
 
Teknik Peniskalaan
  • Aspek-aspek kurang penting ditinggalkan.
  • Fokus kepada aspek-aspek yang penting.
 
Teknik Pengitlakan
  • Melibatkan pembinaan model bagi masalah yang diselesaikan.
  • Model boleh dalam bentuk formula, teknik, peraturan atau langkah-langkah.
 
Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib
  • Teknik leraian membantu dalam memahami sesuatu proses kerja dengan lebih mudah dan membantu memberi penerangan yang lebih jelas kepada orang lain atau menyediakan algoritma yang lebih tepat.
 
Pengecaman Corak dalam Sesuatu Situasi
  • Pengecaman corak merupakan satu teknik yang boleh dilakukan antara masalah-masalah yang berlainan atau antara bahagian kecil dalam masalah yang sama.
  • Teknik ini membantu menghasilkan satu idea yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah lain yang mempunyai persamaan.
  • Masalah yang mempunyai corak yang sama menjadi lebih mudah diselesaikan kerana boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang sama.
 
Membuat Keputusan Berdasarkan Aspek Penting
  • Aspek-aspek penting perlu dikenal pasti sebelum membuat keputusan untuk mengambil kira setiap pilihan yang ada.
  • Faktor-faktor yang akan mempengaruhi hasil atau output yang dikehendaki merupakan aspek-aspek penting. 
 
Ciri-Ciri Kesamaan dalam Sesuatu Permasalahan
  • Kebolehan untuk mengenal pasti kesamaan atau perbezaan merupakan kemahiran asas bagi penyelesaian masalah dan mereka bentuk algoritma.
  • Masalah boleh dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil yang lebih mudah diselesaikan apabila ciri-ciri kesamaan atau perbezaan dapat dikesan.
  • Jika banyak corak yang ditemui, maka lebih cepat dan mudah masalah dapat diselesaikan.