Ukuran Data

2.2 Ukuran Data
 
Imej Digital
  • Ialah gambar yang dirakam dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit.
  • Kamera digital secara automatik merakam dan menyimpan gambar foto sebagai imej digital.
  • Pengimbas juga mengimbas gambar bercetak dan merakamnya dalam bentuk digital.
  • Imej digital boleh digunakan dengan pelbagai cara.
  • Ia boleh dipaparkan pada skrin komputer, dicetak, dihantar secara elektronik melalui e-mel dan telefon bimbit, dan disuntingkan dengan perisian komputer yang sesuai.
  • Imej digital disimpan secara elektronik dalam media seperti:
    • Cakera keras, pemacu kilat, CD, DVD dan pita magnetik.
 
Audio Digital
  • Isyarat bunyi yang telah ditukar kepada nombor perduaan dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit.
  • Audio digital juga boleh dihantar secara elektronik melalui e-mel dan telefon bimbit, dan boleh disunting dengan perisian penyuntingan audio.
 
Unit Ukuran bagi Imej Digital dan Audio Digital
Unit Ukuran bagi Imej Digital
  • Resolusi
    • Bilangan piksel yang terdapat pada imej tersebut yang menerangkan ketajaman dan kejelasan sesuatu imej.
    • Piksel merupakan elemen yang terkecil untuk paparan imej pada skrin atau dalam bentuk cetakan.
    • Resolusi diukur berdasarkan bilangan piksel dalam unit dpi (dots per inch).
    • Gambar di bawah menunjukkan contoh imej yang sama dalam resolusi yang berlainan.

Imej ini menunjukkan enam gambar bunga berwarna merah jambu dengan resolusi yang berbeza. Setiap gambar ditandakan dengan dpi (dots per inch) yang berlainan: (a) 3 dpi: Gambar sangat kabur dan piksel besar kelihatan. (b) 9 dpi: Gambar masih kabur tetapi piksel sedikit lebih kecil. (c) 24 dpi: Gambar mula menunjukkan bentuk bunga dengan lebih jelas. (d) 72 dpi: Gambar bunga kelihatan lebih jelas dengan butiran yang lebih baik. (e) 100 dpi: Gambar bunga hampir jelas sepenuhnya dengan butiran yang baik. (f) 300 dpi: Gambar bunga sangat jelas dengan butiran yang sangat baik.

  • Dimensi
    • Merujuk kepada ukuran panjang dan lebar imej dalam unit piksel.
    • Dinyatakan dalam bentuk bilangan piksel panjang darab bilangan piksel lebar.
  • Kedalaman bit warna
    • Bilangan bit \(0\) dan \(1\) yang digunakan untuk menandakan satu warna yang tertentu dalam sesuatu imej digital.
    • Lebih banyak bit yang digunakan, maka lebih tinggi kedalaman bit warna.
    • Jadual di bawah menunjukkan perbezaan kualiti imej berdasarkan kedalaman bit warna yang berlainan.
 
Gambar Penerangan
Gambar foto ini dengan kedalaman warna 1 bit.
  • Gambar foto ini dengan kedalaman warna 1 bit.
  • Gambar foto ini menggunakan dua warna.
  • Setiap piksel menggunakan satu bit untuk mewakili warna.
Kod binari : 0 Warna Putih
Kod binari : 1 Warna hitam
Gambar foto ini menunjukkan gambar foto dengan kedalaman warna 2 bit.
  • Gambar foto ini menunjukkan gambar foto dengan kedalaman warna 2 bit.
  • Gambar foto ini menggunakan empat warna.
  • Setiap piksel menggunakan dua bit untuk mewakili warna.
Kod binari : 00 Warna Putih
Kod binari : 01  Warna Kelabu cerah
Kod binari : 10 Warna Kelabu gelap
Kod binari : 11 Warna Hitam
Gambar foto ini menunjukkan gambar foto dengan kedalaman warna 3 bit.
  • Gambar foto ini menunjukkan gambar foto dengan kedalaman warna 3 bit.
  • Gambar foto ini menggunakan lapan warna.
  • Setiap piksel menggunakan tiga bit untuk mewakili warna.
  • Gambar foto ini menggunakan lapan kod binari iaitu 000, 001, 010, 011, 100, 101, 110 dan 111.
Gambar foto ini menunjukkan gambar foto dengan kedalaman warna 8 bit.
  • Gambar foto ini menunjukkan gambar foto dengan kedalaman warna 8 bit.
  • Gambar foto ini menggunakan 256 warna. Setiap piksel menggunakan lapan bit untuk mewakili warna.
  • Gambar foto ini menggunakan 256 kod binari daripada 00000000 hingga 11111111.
Gambar foto ini menunjukkan gambar foto dengan kedalaman warna 24 bit.
  • Gambar foto ini menunjukkan gambar foto dengan kedalaman warna 24 bit.
  • Gambar foto ini menggunakan 16 777 216 warna. Setiap piksel menggunakan 24 bit untuk mewakili warna.
  • Gambar foto ini menggunakan 16 777 216 kod binari daripada 000000000000000000000000 hingga 111111111111111111111111.
Unit Ukuran bagi Audio Digital
  • Kadar sampel
    • Bilangan sampel sesaat yang diambil oleh alat analog-to-digital converter (ADC) semasa melakukan pendigitalan sesuatu audio analog.
    • Unit bagi kadar sampel ialah hertz (Hz).
    • Semakin banyak bilangan sampel yang diambil dan direkodkan dalam satu saat, semakin tepat dan berkualiti suatu audio digital yang dihasilkan.
    • Gambar di bawah menunjukkan kadar sampel mempengaruhi audio digital.

Bentuk gelombang audio digital yang kurang tepat apabila kadar sampel untuk audio analog adalah rendah

(a) Bentuk gelombang audio digital yang kurang tepat apabila kadar sampel untuk audio analog adalah rendah

Bentuk gelombang audio digital yang hampir tepat apabila kadar sampel untuk audio analog adalah tinggi

(b) Bentuk gelombang audio digital yang hampir tepat apabila kadar sampel untuk audio analog adalah tinggi

(c) Bentuk gelombang audio digital yang hampir sempurna apabila kadar sampel untuk audio analog adalah sangat tinggi

  • Kedalaman bit
    • Bilangan bit yang digunakan untuk mewakili aras rakaman setiap sampel audio (bit per sample).
    • Gambar di bawah menunjukkan kedalaman bit dan kualiti audio digital.

Imej ini menunjukkan lima graf yang menggambarkan pelbagai tahap penukaran audio analog kepada audio digital dengan bit yang berbeza. 1. **Audio analog asal**: Graf gelombang sinus yang licin. 2. **Audio 1 bit (2 nilai perduaan)**: Gelombang kotak dengan dua tahap nilai. 3. **Audio 2 bit (4 nilai perduaan)**: Gelombang kotak dengan empat tahap nilai. 4. **Audio 4 bit (16 nilai perduaan)**: Gelombang kotak dengan enam belas tahap nilai, lebih menyerupai gelombang asal. 5. **Audio 16 bit (65 536 nilai perduaan)**: Gelombang yang sangat lic

Imej ini menunjukkan rajah yang menerangkan jenis-jenis fail imej. Di tengah-tengah rajah terdapat bulatan besar berwarna biru gelap dengan teks ‘Jenis Fail’. Terdapat empat bulatan yang lebih kecil di sekeliling bulatan besar tersebut, masing-masing dihubungkan dengan garis putus-putus. Bulatan-bulatan kecil ini mengandungi teks berikut: 1. ‘Joint Photographic Experts Group (JPEG)’ 2.’Bitmap (BMP)’ 3. ‘Graphics Interchange Format (GIF)’ 4. ‘Tagged Image File Format (TIFF)’ Di bahagian bawah bulatan besar, terdapat logo ‘Pandai’.
 
Perkaitan Saiz Fail Imej dengan Format Fail
Jenis Fail Kegunaan
Joint Photographic Experts Group (JPEG)
  • Data imej dimampatkan untuk mengurangkan saiz fail.
  • Saiz fail yang lebih kecil membolehkan muat turun dari Internet dengan cepat.
  • Pemampatan mengurangkan kualiti imej.
Graphics Interchange Format (GIF)
  • Digunakan untuk lukisan dan kartun yang mudah.
  • GIF juga merupakan satu format mampatan.
  • GIF menyokong animasi dengan membenarkan beberapa imej disimpan dalam satu fail.
Bitmap (BMP)
  • Data imej tidak boleh dimampatkan.
  • Saiz fail adalah besar.
  • Imej dalam format ini adalah berkualiti tinggi.
Tagged Image File Format (TIFF)
  • Fail imej boleh dimampatkan tanpa menjejaskan kualiti.
 
Perkaitan antara Kualiti, Saiz, Kedalaman Warna (Colour Depth) dan Resolusi Imej
  • Kualiti dan saiz imej dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kedalaman warna, resolusi dan dimensi imej.
  • Lebih tinggi resolusi, dimensi dan kedalaman bit warna maka lebih tinggi keperincian sesuatu imej.
  • Lebih tinggi resolusi dan dimensi maka lebih banyak piksel digunakan untuk membentuk imej dan memerlukan lebih banyak bit dan bait untuk menyimpan maklumat menyebabkan saiz imej menjadi besar.
  • Lebih tinggi kedalaman bit warna sesuatu imej juga, semakin tinggi piksel per bit (ppb) imej tersebut menyebabkan lebih banyak bit dan bait untuk menyimpan maklumat piksel-piksel imej maka saiz imej akan menjadi besar.
 
Perhubungan antara Saiz Audio dengan Kadar Kedalaman Bit (bit depth)
  • Kadar kedalaman bit bagi sesuatu audio digital bermaksud jumlah bilangan bit (\(0\) dan \(1\)) yang digunakan untuk mewakili setiap saat masa main balik (play back time) audio itu.
  • Kadar kedalaman bit menunjukkan jumlah bilangan bit yang diproseskan bagi setiap saat audio itu dimain balik.
  • Kadar kedalaman bit biasanya diukur dalam bit per saat (bps).
  • Kadar bit: Kadar bit \(=\) Kadar sampel \(\times\) Kedalaman bit  \(\times\) Saluran
  • Saluran audio terdiri daripada dua jenis:
    1. Audio mono - audio dikeluarkan melalui satu saluran audio sahaja.
    2. Audio stereo - audio dikeluarkan melalui dua saluran audio.
 
Saiz Fail dan Kualiti untuk Audio yang Sama dalam Pelbagai Format Fail
  • Format-format fail audio yang berbeza ini menggunakan teknik yang berlainan untuk menyimpan data audio.
  • Teknik yang digunakan untuk pemampatan akan mempengaruhi kualiti audio dan saiz fail audio.
 
Format-Format Fail Audio

WAVE (Waveform Audio File Format)

  • Data audio adalah dalam bentuk tidak mampat (uncompressed).
  • Digunakan untuk menyimpan audio digital yang dirakam dengan kualiti yang tinggi, iaitu pada kadar sampel yang tinggi dan kedalaman bit yang tinggi.
  • Saiz fail adalah besar.
  • Berkualiti tinggi.

MP3 (MPEG Layer III)

  • Memampatkan data audio dengan membuangkan data yang dianggap tidak boleh didengar atau tidak kritikal untuk pendengaran.
  • Bersaiz lebih kecil.
  • Kualiti audio yang lebih rendah.

MIDI (Musical Instrument Digital Interface)

  • MIDI ialah format merekod dan mengawal nota bagi setiap peralatan muzik.
  • Format MIDI tidak menyimpan bunyi dalam bentuk pola-pola bit \(0\) dan \(1\).
  • Menyimpan satu set arahan dan data yang berkaitan seperti not muzik, lagu muzik, bunyi peralatan muzik dan sebagainya yang mengarah kad bunyi dan perisian menghasilkan muzik pada komputer.
  • Fail sangat kecil kerana tidak memerlukan bit dan bait yang banyak untuk menyimpannya.
  • Kualiti audio adalah tinggi.
 
Penukaran Saiz Data dari Bit ke Bait, Kilobait, Megabait, Gigabait dan Terabait bagi Fail Audio dan Imej
  • Bit: Unit data terkecil bagi komputer.
  • Unit ukuran data komputer: \(1\) bait \(=\) \(8\) bit.
  • Unit storan data: bit, bait, kilobait (KB), megabait (MB), gigabait (GB) dan terabait (TB).
  • \(1\) kilobait \(=\) \(1024 \) bait.
 
Saiz Fail Audio Digital
  • Faktor saiz sesuatu audio digital bergantung kepada pelbagai seperti kadar sampel, kedalaman bit, bilangan saluran (mono atau stereo) dan durasi.
  • Saiz fail audio: Kadar sampel (Hz) x  Kedalaman bit (bait) x Bilangan saluran (mono = 1, stereo = 2) x Durasi audio (saat).