Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Konsep Asas Pemikiran Komputasional
Konsep Asas Pemikiran Komputasional
1.1
Asas Pemikiran Komputasional
Pemikiran Komputasional
Satu proses pemikiran bagi tujuan menyelesaikan masalah oleh manusia berbantukan mesin dengan menggunakan konsep asas sains komputer.
Pemikiran komputasional memecahkan sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.
Proses seterusnya ialah mengesan dan menggunakan pengecaman corak bagi menyelesaikan masalah
Perkara-perkara yang tidak penting ditinggalkan.
Akhir sekali ialah proses membentuk satu model penyelesaian masalah berdasarkan ciri-ciri kesamaan.
Kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk Melaksanakan Pemikiran Komputasional
Kemahiran berfikir secara logik.
Kemahiran membina algoritma.
Kreativiti.
Belajar daripada kesalahan.
Berupaya menjelaskan.
Dapat bekerja sepasukan.
Teknik dalam Pemikiran Komputasional
Teknik Leraian (
Decomposition
)
Melibatkan pecahan masalah atau sistem kepada bahagian-bahagian kecil.
Proses ini memudahkan pemahaman dan penyelesaian bahagian-bahagian kecil boleh diteliti, diselesaikan atau direka bentuk secara berasingan.
Membolehkan masalah yang besar dapat diselesaikan dengan mudah.
Teknik Pengecaman Corak
(Pattern Recognition)
Mengenal pasti corak- corak tertentu setelah bahagian-bahagian kecil dipisahkan.
Corak-corak dinilai berdasarkan persamaan atau ciri-ciri yang sama.
Penelitian pada kesamaan dan corak dapat memudahkan penyelesaian masalah yang kompleks.
Teknik Peniskalaan (
Abstraction
)
Aspek-aspek kurang penting ditinggalkan.
Fokus kepada aspek-aspek yang penting.
Teknik Pengitlakan (
Generalisation
)
Melibatkan pembinaan model bagi masalah yang diselesaikan.
Model boleh dalam bentuk formula, teknik, peraturan atau langkah-langkah.
Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib
Teknik leraian
membantu dalam memahami sesuatu proses kerja dengan lebih mudah dan membantu memberi penerangan yang lebih jelas kepada orang lain atau menyediakan algoritma yang lebih tepat.
Pengecaman Corak dalam Sesuatu Situasi
Pengecaman corak
merupakan satu teknik yang boleh dilakukan antara masalah-masalah yang berlainan atau antara bahagian kecil dalam masalah yang sama.
Teknik ini membantu menghasilkan satu idea yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah lain yang mempunyai persamaan.
Masalah yang mempunyai corak yang sama menjadi lebih mudah diselesaikan kerana boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang sama.
Membuat Keputusan Berdasarkan Aspek Penting
Aspek-aspek penting perlu dikenal pasti sebelum membuat keputusan untuk mengambil kira setiap pilihan yang ada.
Faktor-faktor yang akan mempengaruhi hasil atau output yang dikehendaki merupakan aspek-aspek penting.
Ciri-ciri Kesamaan dalam Sesuatu Permasalahan
Kebolehan untuk mengenal pasti kesamaan atau perbezaan merupakan kemahiran asas bagi penyelesaian masalah dan mereka bentuk algoritma.
Masalah boleh dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil yang lebih mudah diselesaikan apabila ciri-ciri kesamaan atau perbezaan dapat dikesan.
Jika banyak corak yang ditemui, maka lebih cepat dan mudah masalah dapat diselesaikan.

Chapter : Konsep Asas Pemikiran Komputasional
Topic : Konsep Asas Pemikiran Komputasional
Form 1
Asas Sains Komputer
View all notes for Asas Sains Komputer Form 1
Related notes
Sistem Nombor Perduaan
Ukuran Data
Pembangunan Algoritma
Kod Arahan
Kod Arahan HTML
Report this note
Report Card
Evaluate your academic performance through detailed report
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account