Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
 
Permulaan Sambutan Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
  • Permulaan sambutan diraikan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.
  • Tengah malam 30 Ogos 1957, jalan sekitar bandar Kuala Lumpur dipenuhi kenderaan.
  • Suasana malam penuh meriah diterangi lampu hiasan dan kedai dibuka sehingga larut malam.
 
Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
  • 10.00 malam
    • Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk.
  • 10.30 malam
    • Seramai 300 orang pemuda membentuk barisan kehormat mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raja (menara jam).
    • Perbarisan diketuai Ismail Bontak.
  • 11.58 malam
    • Semua lampu di padang dan sekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan gelap gelita.
  • 12.00 tengah malam
    • Lampu dipasang semula sejurus jam besar menunjukkan detik 12:00 tengah malam.
    • Diikuti dengan laungan "Merdeka".
    • Tunku Abdul Rahman kehadapan menghadap ketiga-tiga tiang bendera.
    • Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid diiringi lagu God Save The Queen.
      • Dimainkan sebagai tanda penamat pentadbiran British di Tanah Melayu.
    • Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi lagu Negaraku yang diperdengar buat kali pertama kepada umum pada malam bersejarah.
    • Sorakan “Merdeka” sebanyak 7 kali.
    • Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.
    • Pertunjukan bunga api pada malam merdeka dihadiahkan oleh kerajaan Jepun.
  • 12.10 tengah malam
    • Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negeri.
    • Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai Abdul Majid Othman tampil membawa dulang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebutir Pingat Emas.
    • Pingat ini berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku di dalam peta itu.
    • Di tepi bulatan peta, ditulis perkataan “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” gelaran kepada Tunku.
    • Rantai emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher Tunku diikuti laungan “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” sebanyak 3 kali.
  • 12.25 tengah malam
    • Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh semangat.
  • 12.55 tengah malam
    • Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.
 
Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka
  • 8.15 pagi
    • Di atas pentas kelihatan Raja-raja Melayu dan wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester serta pegawai tinggi British dipayungi biduanda.
    • Bunyi nafiri dimainkan setiap kali pembesar negara tiba.
    • Duke of Gluocester memberi ucapan dan penyerahan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepada Tunku Abdul Rahman.
    • Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan untuk isytiharkan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
    • Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.
    • Disusuli laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari sebagai tanda kesyukuran.
    • Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan diiringi dengan lagu Negaraku
    • Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu sebuah negara yang merdeka.
  • 11.00 pagi
    • Istiadat angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong diadakan di Balairong Seri, Istana Negara.
    • Pelantikan jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar dan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka.
  • 1.30 tengah hari
    • Majlis Jamuan di Residensi diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivray.
  • 5.25 petang
    • Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke England.
    • Beliau diberikan penghormatan dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batalion Keempat Askar Melayu.