Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

9.2   Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
 
  • Pada 8 Mac 1956, kerajaan Britihs mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Reid atau dinamakan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Memulakan tugas pada akhir bulan Jun 1956.
  • Antara tugasnya adalah membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
 
Terma rujukan Suruhanjaya Reid
 
  • Memeriksa aturan perlembagaan yang wujud di seluruh Tanah Melayu, mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan Raja-raja Melayu.
  • Memberikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berparlimen.
  • Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mempunyai autonomi tertentu.
  • Melindungi kedudukan Raja²-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan di negeri masing-masing.
  • Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Besar (kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong) untuk Persekutuan Tanah Melayu.
  • Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
  • Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
 
Tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
 
  • Meminta cadangan penduduk secara lisan atau bertulis.
  • Menerima memorandum bertulis.
  • Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri.
  • Bermesyuarat dan melawat negeri Melayu serta Negeri-negeri Selat.
  • Mengadakan persidangan untuk bincangkan pelbagai isu.
  • 188 perjumpaan diadakan dari Jun hingga Oktober 1956.
  • Mengkaji dan membuat laporan dan cadangan membentuk perlembagaan.
  • Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan berunding dengan pelbagai pihak.
  • Mereka menyuarakan idea dan pandangan untuk membentuk negara merdeka yang sejahtera.
 
Imej ini menunjukkan carta alir yang menerangkan anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Di tengah-tengah, terdapat tajuk ‘ANGGOTA SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU’ dengan logo Pandai di atasnya. Terdapat lima kotak bernombor yang mengelilingi tajuk tersebut: 1. Lord Reid (Britain) sebagai pengerusi 2. Sir William Ivor Jennings (Britain) 3. Sir William Mckell (Australia) 4. Hakim B. Malik (India) 5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)