8.2 |
Proses Pilihan Raya Umum Pertama |
|
|
- Diadakan untuk merintis jalan ke arah kemerdekaan.
- Pengisytiharan dibuat oleh Sri Donald MacGillivray.
- Proses bermula bila tetapan bilangan ahli MPP, penentuan sempadan, pendaftaran pengundi, penamaan calon, mengadakan kempen, mengundi, kiraan undi dan umumkan keputusan.
|
|
Rundingan Sebelum pilihan Raya Umum |
- Dua bentuk penyata susunan MPP dikeluarkan:
- Bentuk A dan Bentuk B
- Kedua-dua bentuk mempunyai:
- Seorang Speaker.
- 3 orang ahli dilantik.
- 11 orang wakil negeri.
- 20 orang yang dilantik mewakili kepentingan tertentu.
- 3 orang dilantik mewakili golongan minoriti.
- 2 orang ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi).
- Bentuk A memilih 60 orang melalui pilihan raya manakala Bentuk B memilih 44 orang dan 8 orang tambahan lantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi.
- Tempoh pilihan raya Persekutuan bagi Bentuk A adalah tidak lewat daripada bulan November 1954.
- Bentuk B tidak tetapkan tarikh atau masa tertentu.
- Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan memilih Bentuk A.
- Jawatankuasa Pilihan Raya memilih Bentuk B.
- Tunku Abdul Rahman bersama Tan Cheng Lock, T.H Tan dan Dato' Abdul Razak Hussein berangkat ke London.
- Tujuannya untuk menentukan tiga perlima bilangan anggota MPP.
- Hendaklah dipilih melalui pilihan raya.
- Di London, dengan pertolongan Lord Ogmore, Tunku berjaya bertemu dengan ahli Parti Konservatif dan Parti Liberal.
- Pada 14 Mei 1954, Tunku Abdul Rahman berjaya mengadakan rundingan dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan British.
- Namun gagal mendapatkan rundingan tiga perlima ahli.
- Akhirnya ahli MPP seramai 52 orang dipilih melalui pilihan raya.
- Perkara ini dipersetujui oleh British dan Parti Perikatan.
|
|
Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 |
- 26 April 1954,
- Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan.
- Berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya.
- Ogos 1954,
- Rang Undang-Undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
- Oktober 1954,
- Pendaftaran pengundi mulai 18 Oktober di seluruh Tanah Melayu.
- Manakala di Terengganu bermula 29 Okt 1954.
- Syarat Pengundi
- Warganegara PTM
- Berumur 21 tahun ke atas
- Individu yg tinggal di PTM dalam tempoh 6 bulan terdahulu (dari tarikh 17 Okt 1954 / 28 Okt 1954 bg Terengganu) layak untuk memohon sebagai pengundi.
- 15 Jun 1955,
- Penamaan calon.
- Syarat untuk jadi calon
- Warganegara PTM.
- Umur 21 tahun ke atas.
- Telah tinggal di PTM dan tinggal dalam tempoh 12 bulan sebelum hari penamaan calon.
- Berpengetahuan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
- Kempen pilihan raya selama 45 hari.
- 27 Juali 1955, Mengundi.
- Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi dan proses pengiraan undi dilakukan.
- Keputusan.
Laporan Pilihan Raya MPP Tanah Melayu 1955
- Mengandungi maklumat tentang urusan pemilihan, peraturan dan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi pilihan raya.
- Laporan ini menggariskan langkah bagi mentadbir perjalanan pilihan raya, pembahagian kawasan, pendaftaran calon dan pengundi serta nama-nama calon dan parti yang bertanding.
|
|
Pilihan Raya awal di Sabah |
- 16 Disember 1962
- Dibawah Local Goverment Elections Ordinance.
- Untuk 118 kawasan (ward) di pihak berkuasa tempatan.
- Setiausaha Kolonial bagi kerajaan tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya tersebut.
- Seramai 202 calon bertanding bagi 118 kawasan.
- Calon di 53 kawasan menang tanpa bertanding.
|
|
Pilihan Raya Awal di Sarawak |
- 1956, diadakan sebagai persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri.
- Kawasan pilihanraya
- Kuching Municipal Council (KMC)
- Dibahagikan 9 kawasan
- William Tan dipilih Pengerusi pertama KMC
- Ong Kee Hui sbg Timbalan
- Sibu Urban District Council (SUDC) (1957)
- Sibu dibahagikan 9 kawasan
- Ting Chew Huat sbg pengerusi
- John Loo Ling Chong Timbalan
- Tindakan mengadakan pilihan raya mendapat sambutan baik dari rakyat pelbagai kaum kerana mereka boleh memilih wakil dalam kerajaan.
|
|
Pilihan raya umum dan pilihan raya kecil melibatkan enam peringkat |
- Pengeluaran Writ (Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan writ / surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya
- Penamaan calon
- Kempen pilihan raya
- Pengundian
- Penjumlahan Rasmi Undi
- Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
|
|