Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Penubuhan Parti Politik
Penubuhan Parti Politik
7.5
Penubuhan Parti Politik
Pengenalan Parti Politik
Parti politik banyak ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua kerana perkembangan nasionalisme, iaitu semangat untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajah dan seterusnya mewujudkan negara yang merdeka dan berdaulat.
Kepelbagaian parti politik telah mewujudkan kerjasama antara parti untuk mengukuhkan perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.
Parti Politik yang Muncul pada Tahun 1940-an
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam.
Melahirkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu.
Menekankan perpaduan antara penduduk berbilang kaum.
Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya.
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
Dipimpin oleh Abang Haji Zaini, Abang Haji Openg dan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Sarawak.
Menentang penyerahan Sarawak.
Dinamakan Persatuan Melayu Sarawak (PMS) namun diharamkan semasa pendudukan Jepun.
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Dipimpin oleh Ahmad Boestamam.
Menggumpul tenaga pemuda sebagai penggerak untuk membuat perubahan politik.
Menggunakan slogan “Merdeka dengan Darah” untuk memperjuang kemerdekaan.
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
Dipimpin oleh Mohd Sirat Yaman, Awang Rambli, Rosly Dhoby dan Morshidi Sidek.
Perjuangan menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan Sarawak.
United Malays National Organisation (UMNO)
Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman .
Perjuangan adalah menentang Malayan Union.
Bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan.
Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn.
Perjuangan untuk kemajuan dalam bidang sosioekonomi.
Menuntut agar Sabah dimerdekakan daripada pentadbiran British.
Malayan Indian Congress (MIC)
Dipimpin oleh John Thivy dan K.L Devasar.
Perjuangan adalah menjaga kepentingan orang India dan memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain.
Barisan Pemuda (BARIP)
Dipimpin oleh Mandur Syarif, Imam Suhaili Yaakub dan Pengiran Ahmad.
Perjuangan untuk menyatukan anak negeri dan bekerjasama memperbaik keadaan ekonomi dan politik dan tuntut keadilan dari pentadbiran British.
Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
Dipimpin oleh Abang Mohd. Kassim Taha dan Ahmad Zaidi Adruce.
Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri dan menentang penyerahan Sarawak kepada British.
Malayan Chinese Association (MCA)
Dipimpin oleh Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin dan H.S.Lee.
Perjuangan untuk memelihara kepentingan kaum Cina.
Parti Politik yang Muncul Pada Tahun 1950-an
Independence of Malayan Party (IMP)
Pimpinan oleh Dato’ Onn Jaafar dan Tan Cheng Lock.
Perjuangan untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.
Kerjasama kaum sebagai dasar penting untuk mencapai kemerdekaan.
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
Pimpinan oleh Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr. Burhanuddun al-Helmi.
Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu.
Penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu.
People's Progressive Party (PPP)
Dr. S. Kanapathippilai dan Dr. Seenivasagam sebagai pemimpin.
Memperjuangkan hak sama untuk semua kaum.
Memperjuangkan keadilan sosioekonomi berasaskan demokrasi berparlimen.
Parti Negara
Pimpinan oleh Dato’ Onn Jaafar , Dato’ Hamzah Abdullah, Heah Joo Seang, E.E.C Thuraisingam dan P. Ramani.
Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum.
Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu.
Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan
Pakatan PUTERA-AMCJA
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) bergabung pada Disember 1947.
Pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Tan Cheng Lock.
Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif pembinaan negara bangsa merdeka.
Manifesto ini cadangkan pemerintahan sendiri, pembentukan Dewan Perundangan dan penerimaan satu kewarganegaraan.
Persidangan Kebangsaan
Dato’ Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz sebagai pemimpin.
Membincangkan masalah membentuk gabungan parti politik kebangsaan Tanah Melayu yang bersatu.
Disertai oleh:
Independence of Malayan Parety (IMP)
Malayan Indian Congress (MIC)
Persatuan Ceylonese Malaya
Persatuan Eurasian Malaya
Menuntut agar diadakan pilihan raya Persekutuan.
Konvensyen Kebangsaan
Penganjur, UMNO (Tunku Abdul Rahman) dan MCA (Tan Cheng Lock).
Membincangkan usaha ke arah kemerdekaan dan masa depan Tanah Melayu.
Parti yang hadir
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
Persetiaan Melayu Kelantan
Persatuan Melayu Semenanjung
Meluluskan resolusi mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan.
Pembentukan Parti Perikatan
MIC menyertai UMNO dan MCA membentuk Parti Perikatan.
Menggunakan kapal layar sebagai logo untuk melambangkan kesediaan menempuh cabaran dan rintangan bagi mencapai kemerdekaan negara.

Chapter : Usaha Ke Arah Kemerdekaan
Topic : Penubuhan Parti Politik
Form 4
Sejarah
View all notes for Sejarah Form 4
Related notes
Latar Belakang Idea Negara Merdeka
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Sistem Ahli
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang sebelum kedatangan Barat
Peranan Pemerintah dan Rakyat dalam Pemerintahan sebelum Kedatangan Barat
Maksud Nasionalisme
Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
Report this note
Online Tuition
Live class daily with celebrity tutors
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account