Penubuhan Parti Politik

7.5  Penubuhan Parti Politik
 

Kemunculan Parti Politik Selepas Perang Dunia Kedua

  • Tahun 1940-an
    • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
      • Pemimpin adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam
      • Perjuangankan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu.
      • Menekankan perpaduan antara penduduk berbilang kaum.
      • Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya.
    • Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
      • Pemimpinan adalah Abang Haji Zaini, Abang Haji Openg dan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
      • Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Sarawak
      • Menentang penyerahan Sarawak.
      • Dinamakan Persatuan Melayu Sarawak (PMS) namun diharamkan semasa pendudukan Jepun.
    • Angkatan Pemuda Insaf (API)
      • Pemimpinan oleh Ahmad Boestamam.
      • Menggumpul tenaga pemuda sebagai penggerak untuk membuat perubahan politik.
      • Menggunakan slogan “Merdeka dengan Darah” untuk memperjuang kemerdekaan.
    • Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
      • Pimpinan oleh Mohd Sirat Yaman, Awang Rambli, Rosly Dhoby dan Morshidi Sidek
      • Perjuangan Menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan Sarawak.
    • United Malays National Organisation (UMNO)
      • Pemimpin adalah Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman .
      • Perjuangan adalah menentang Malayan Union.
      • Bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan.
    • Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
      • Pimpinan oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn.
      • Perjuangan untuk kemajuan dalam bidang sosioekonomi.
      • Menuntut agar Sabah dimerdekakan daripada pentadbiran Britih.
    • Malayan Indian Congress (MIC)
      • Pemimpin ialah John Thivy dan K.L Devasar.
      • Perjuangan adalah menjaga kepentingan orang India dan memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain.
    • Barisan Pemuda (BARIP)
      • Pemimpin ialah Mandur Syarif, Imam Suhaili Yaakub dan Pengiran Ahmad.
      • Perjuangan untuk menyatukan anak negeri dan bekerjasama memperbaik keadaan ekonomi dan politik dan tuntut keadilan dari pentadbiran British.
    • Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
      • Pemimpin ialah Abang Mohd. Kassim Taha dan Ahmad Zaidi Adruce.
      • Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri dan menentang penyerahan Sarawak kepada British.
    • Malayan Chinese Association (MCA)
      • Pemimpin ialah Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin dan H.S.Lee.
      • Perjuangan untuk memelihara kepentingan kaum Cina.
  • Tahun 1950-an
    • Independence of Malayan Party (IMP)
      • Pimpinan oleh Dato’ Onn Jaafar dan Tan Cheng Lock.
      • Perjuangan untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.
      • Kerjasama kaum sebagai dasar penting untuk mencapai kemerdekaan.
    • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
      • Pimpinan oleh Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr. Burhanuddun al-Helmi.
      • Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu.
      • Penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu.
    • People's Progressive Party (PPP)
      • Dr. S. Kanapathippilai dan Dr. Seenivasagam sebagai pemimpin.
      • Memperjuangkan hak sama untuk semua kaum.
      • Memperjuangkan keadilan sosioekonomi berasaskan demokrasi berparlimen.
    • Parti Negara
      • Pimpinan oleh Dato’ Onn Jaafar , Dato’ Hamzah Abdullah, Heah Joo Seang, E.E.C Thuraisingam dan P. Ramani.
      • Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum.
      • Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu.
 

Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan

  • Pakatan PUTERA-AMCJA
    • Pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Tan Cheng Lock
    • Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif pembinaan negara bangsa merdeka.
    • Manifesto ini cadangkan pemerintahan sendiri, pembentukan Dewan Perundangan dan penerimaan satu kewarganegaraan.
  • Persidangan Kebangsaan
    • Dato’ Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz sebagai pemimpin.
    • Membincangkan masalah membentuk gabungan parti politik kebangsaan Tanah Melayu yang bersatu.
    • Disertai oleh:
      • Independence of Malayan Parety (IMP)
      • Malayan Indian Congress (MIC)
      • Persatuan Ceylonese Malaya
      • Persatuan Eurasian Malaya
    • Menuntut agar diadakan pilihan raya Persekutuan.
  • Konvensyen Kebangsaan
    • Penganjur, UMNO (Tunku Abdul Rahman) - MCA (Tan Cheng Lock).
    • Membincangkan usaha ke arah kemerdekaan dan masa depan Tanah Melayu.
    • Parti yang hadir
      • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
      • Persetiaan Melayu Kelantan
      • Persatuan Melayu Semenanjung
    • Meluluskan resolusi mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan.
  • Pembentukan Parti Perikatan
    • MIC menyertai UMNO dan MCA membentuk Perikatan.
    • Menggunakan kapal layar sebagai logo untuk melambangkan kesediaan menempuh cabaran dan rintangan bagi mencapai kemerdekaan negara.