Sistem Pendidikan Kebangsaan

7.4  Sistem Pendidikan Kebangsaan
 
  • Sistem persekolahan mengikut kaum.
  • Terdapat sekolah vernakular (sekolah yang gunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar) Melayu, Cina dan Tamil disamping sekolah aliran agama dan sekolah Inggeris.
  • Persekolahan di Sarawak dan Sabah juga terbahagi mengikut kaum seperti sekolah vernakular Melayu, Cina dan sekolah mubaligh Kristian.
  • Namun, setiap sekolah menggunakan bahasa penggantar yang membeza - menimbulkan jurang antara rakyat.
 

Usaha ke Arah Pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan Melalui Penubuhan Jawatankuasa Pelajaran di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

  • Laporan Barnes 1951
    • Jawatankuasa Pelajaran Melayu dipengerusikan oleh L.J. Barnes.
    • Tekankan kepentingan sekolah rendah.
    • Kandungan Laporan Barnes:
      • Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
      • Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Laporan Fenn-Wu 1951
    • Diterbitkan kerana bantahan daripada masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes.
    • Kaji pendidikan Cina.
    • Mencadangkan sekolah Cina sebagai institusi yang beri faedah kepada penduduk Tanah Melayu.
    • Kandungan Laporan Fenn-Wu:
      • Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan.
      • Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu.
  • Ordinan Pelajaran 1952
    • Diluluskan selepas Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.
    • Bertujuan membentuk sistem pendidikan yang gunakan bahasa rasmi Persekutuan.
    • Semua murid dari pelbagai bangsa disatukan.
    • Antara perkara didalam Ordinan Pelajaran 1952:
      • Mempunyai dua jenis sekolah rendah, iaitu sekolah yang gunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
      • Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah.
      • Sekolah menengah gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
    • Ordinan Pelajaran 1952 ialah undang-undang pertama menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • Laporan Woodhead di Sarawak dan Sabah 1955
    • Antara cadangan Laporan Woodhead:
      • Memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah.
      • Titik beratkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
      • Wujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur.
    • Pendidikan Kebangsaan di Sarawak
      • Antara cadangan pembentukan sistem pendidikan kebangsaan di Sarawak adalah:
        • Mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum dan gunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar.
        • Seragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan.
        • Memperkenalkan buku teks yang berlatar belakangkan unsur tempatan.
        • Memastikan pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah.
      • Matlamat pendidikan kebangsaan bertujuan untuk bentuk perasaan kekitaan dan taat setia.
    • Pendidikan Kebangsaan di Sabah
      • Pertingkatkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina.
      • Bahasa Inggeris diajar di sekolah Melayu dan Bahasa Melayu diajar di sekolah Inggeris.
      • Menetapkan peperiksaan di sekolah menengah dikendalikan dalam Bahasa Inggeris.
    • Ordinan Pelajaran Koloni 1956 diperkenalkan untuk teruskan rancangan Woodhead.
    • Matlamatnya adalah:
      • Menyeragamkan kurikulum dan peperiksaan yang meliputi peringkat rendah dan menengah.
      • Melahirkan perasaan kebersamaan dalam kalangan kaum di Sabah.
  • Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
    • Dato' Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran.
    • Ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada.
    • Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 kemukakan teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan melalui:
    • Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak daripada semua bangsa.
    • Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
    • Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan.
    • Antara cadangan lain adalah:
      • Sekolah Umum (rendah) menggunakan Bahasa Melayu.
      • Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan sama ada Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.
      • Bahahsa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib.
      • Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar, manakala Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran.