Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

7.2  Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
 
  • British mengatakan kemerdekaan hanya akan diberi apabila kerjasama antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India diwujudkan.
  • Perundingan antara pemimpin kaum dilakukan untuk wujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
 
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
 
Juga dikenali sebagai Communities Liaison Committee (CLC) yang menghimpunkan pemimpin utama.
 
Gambar ini menunjukkan satu rajah atau carta minda dalam Bahasa Melayu yang menerangkan objektif penubuhan Cukup Layanan Cerun (CLC) Pandai.  Pada bahagian atas, terdapat satu bulatan besar yang menyatakan
 
Moto CLC ialah "Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Tanah Melayu".
 

 

 

Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
 
CLC berperanan untuk selesaikan isu yang pelbagai.
 
  • Politik
    • Persediaan ke arah berkerajaan sendiri.
      • Dilakukan dengan beri pengalaman pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk.
      • Pilihan raya diadakan pada peringkat majlis bandaran, majlis negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan

  •  
 
  • Kedudukan Istimewa Orang Melayu
    • Orang Melayu menuntut diperakui kedudukan istimewa sebagai penduduk asal rantau Alam Melayu.
    • Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain diiktiraf.

  •  
 
  • Kedudukan Ekonomi Orang Melayu
    • Orang Melayu tidak dapat peluang yang sama dengan kaum bukan melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan.
      • Cadangan tubuhkan agensi untuk tingkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.
      • Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) - tuntutan Dato' Onn Jaafar.
      • Sebagai persetujuan orang Melayu melonggarkan kewarganegaraan kaum bukan Melayu.
 
  • Kewarganegaraan Bukan Melayu
    • Orang Melayu tegas terhadap pemberian syarat kewarganegaraan.
      • Syarat kewarganegaraan dilonggarkan untuk beri kedudukan politik kepada kaum bukan Melayu dan lahirkan semangat patriotik.
 
  • Pendidikan
    • Sistem persekolahan berbeza-beza mengikut kaum, guna bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran berlainan.
      • Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam.
      • Penubuhan jawatankuasa pendidikan untuk kaji sistem pendidikan bagi melahirkan pendidikan yang seragam dan diterima oleh semua kaum.