Latar Belakang Idea Negara Merdeka

7.1  Latar Belakang Idea Negara Merdeka
 

1938 - Kesatuan Melayu Melaka

  • Pemimpin ialah Ibrahim Haji Yaakob.
  • Antara perjuangan KMM adalah:
    • Perjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya.
    • Penyatuan bangsa dan dunia Melayu berdasarkan daerah, darah, kebudayaan dan bahasa.
    • Diperjuangka oleh Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM).
 

1945 - Parti Kebangsaan Melayu Melaya

  • Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.
  • Matlamat untuk pupuk semangat kebangsaan dan kerjasama dengan kaum lain.
  • Menggunakan slogan "Merdeka".
  • Berhasrat mendaulatkan hak rakyat dalam politik, ekonomi, agama, sosial dan kebudayaan.
 

Tahun 1946:

  • Angkatan Pemuda Insaf
    • Dipimpin oleh Ahmad Boestamam.
    • Perjuangkan idea negara merdekan yang demokrasi dan dasar ekonomi yang utamakan rakyat.
    • Testament Politik API diterbitkan dengan slogan "Merdeka dengan Daerah".
    • Untuk menyeru perjuangan mencapai kemerdekaan bangsa secara lembut.
    • Namun, perjuangan melalui kekerasan akan diteruskan jika terpaksa.
    • Pengharaman oleh British kerana pendekatan dan imej radikal.
  • Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
    • Dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
    • Mahu menjadikan Sarawak negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke.
    • Ingin berkerajaan sendiri seperti dalam Perlembagaan 1941 oleh Raja Brooke.
  • Pergerakan Pemuda Melayu
    • Ditubuhkan kerana kontroversi penyerahan Sarawak kepada British.
    • Pergerakaan PPM untuk memerdekakan Sarawak.
    • Tubuhkan pakatan sulit Rukun 13 yang tekad membunuh gabenor, pegawai British dan Datu Melayu yang sokong penyerahan Sarawak.
    • Rukun 13 bukti kebencian PPM terhadap kolonial.
  • United Malays National Organisation
    • Dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar.
    • Berusaha menyatukan orang Melayu dan pertahankan hak bangsa dan kedudukan Raja-raja Melayu.
    • Menggunakan slogan "Hidup Melayu", UMNO berjuang menentang MU.
    • Memelihara status quo orang Melayu dan Raja-raja Melayu.
    • Slogan diubah kepada "Merdeka" untuk perjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui rundingan.
  • Parti Kebangsaan Melayu Labuan
    • Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn.
    • Menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah.
    • Menuntut Sabah dimerdekakan daripada British.
    • Laungan “Hidup Melayu Merdeka” dalam surat Zakaria Gunn.
  • Malayan Indian Congress
    • Dipimpin oleh John Thivy.
    • Bekerjasama dengan kaum lain dalam usaha kemerdekaan Tanah Melayu.
    • Menegaskan bahawa kewarganegaraan yang tunggal kepada mereka yang menerima Tanah Melayu sebagai tanah air dan sedia taat setia kepada Tanah Melayu.
 

1947 - Hizbul Muslimin

  • Majlis Islam Tertinggi (MATA) ditubuhkan selepas perhimpunan rakyat Maahad al-Ehya Assharif.
  • Diterajui oleh Abu Bakar al-Baqir, Sheikh Fadhlulah Suhaimi dan Sheikh Abdullah Fahim.
  • Matlamat untuk memerdekakan Tanah Melayu sebagai negara Islam.
  • British mengharamkan pertubuhan kerana tidak senang dengan asas perjuangan.
 

1949 - Malayan Chinese Association

  • Tan Cheng Lock sebagai pemimpin.
  • MCA ingin menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang berdemokrasi penuh dan berbilang kaum.
  • Berusaha menyatukan masyarakat cina dan bekerjasama dengan semua kaum.
 

Tahun 1951:

  1. Parti Islam Se-Tanah Melayu
    • Dr. Burhanuddin al-Helmi sebagai Yang DiPertua PAS.
    • Matlamat untuk membina satu negara dan bangsa yang teguh dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menjalankan hukum Islam.
  2. Independence of Malayan Party (IMP)
    • Dato' Onn Jaafar sebagai pengasas.
    • Melaksanakan idea "Tanah Melayu untuk Malayan".
    • Beliau berpendapat tuntutan kemerdekaan tidak dapat dilakukan tanpa kerjasama kaum lain.
    • Beliau mahu orang Melayu sebagai pemimpin dan orang bukan Melayu mempunyai hak dalam politik dan ekonomi.