Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
 
Pengenalan Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
  • Berlaku pada tahun 1941 hingga 1945.
  • Juga dikenali sebagai Perang Pasifik.
  • Berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.
  • Berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan imperialisme di Asia Pasifik.
 
Peluasan Kuasa Jepun
  • Pembaharuan Meiji membawa pemodenan Jepun sebagai kuasa industri dan memiliki tentera setaraf Barat.
 
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik, yang juga dikenali sebagai Perang Pasifik, berlaku pada tahun 1941 hingga 1945. Ketahui lebih lanjut mengenai peristiwa bersejarah ini dalam nota Pandai - Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik.
 
Dasar Peluasan Kuasa Jepun
Keperluan Perindustrian
  • Jepun ingin mengurangkan kebergantungan kepada Barat.
  • Perlukan wilayah yang dapat bekalkan bahan mentah dan pasaran.
Pengaruh Golongan Tentera
  • Jepun mempunyai angkatan tentera paling moden pada abad ke-20.
  • Jepun lebih agresif apabila golongan tentera menguasai politik.
  • Berpendapat masalah ekonomi Jepun boleh diselesaikan dengan penaklukan kawasan yang kaya bahan mentah.
  • Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun dan heret Jepun dalam perang.
Orde Baharu Asia
  • Bermaksud rancangan Jepun untuk singkirkan imperialis Barat di Asia dan anjurkan perkongsian kuasa serta kekayaan lebih adil dalam kalangan negara di Asia.
  • Jepun wujudkan orde baharu di Asia Timur (Korea, Jepun, China dan Manchuria).
  • Menjadikan Asia Timur sebagai satu blok ekonomi.
 
Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun
  • Jepun menguasai kawasan strategik di Laut China Selatan termasuk Pulau Hainan dan Indochina.
  • Mendapat reaksi daripada pihak Bersekutu, Amerika Syarikat, British dan Belanda.
  • Pihak Bersekutu membuat sekatan ekonomi - halang Jepun daripada mendapat bahan mentah untuk industri dan operasi perang.
 
Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan
  • Jepun merancang untuk menguasai wilayah di selatan merangkumi Asia Tenggara
  • Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah, getah, bauksit dan petroleum
  • Pakatan dalam Kuasa Paksi membolehkan kerajaan Jerman menghantar pakarnya ke Jepun
  • Pakar adalah untuk:
    • mengkaji serangan terhadap wilayah selatan
    • membantu perkembangan industri pembuatan kapal terbang Jepun
Pakatan Tiga Negara
  • Jepun menandatangani perjanjian Pakatan Tiga Negara dengan Jerman dan Itali.
  • Jepun terikat dengan Kuasa Paksi.
 
Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
  • Bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour, Hawaii (pangkalan tentera laut Amerika Syarikat).
  • Serangan terhadap Pearl Harbour untuk melumpuhkan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik.
  • Lakukan serangan di wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda (Filipina, Hong Kong, Pulau Guam dan Pulau Wake).
  • Amerika Syarikat isytihar perang terhadap Jepun.
  • Jepun berjaya membentuk empayar luas di Asia Pasifik dengan strategi yang berkesan dan penguasaan serangan laut, darat dan udara.