Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Latar Belakang Perang Dunia
Latar Belakang Perang Dunia
3.2
Latar Belakang Perang Dunia
Pengenalan Perang Dunia
Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah.
Perang Dunia Pertama tercetus pada 1914 hingga 1918.
Perang Dunia Kedua pula pada 1939-1945.
Perang Dunia Pertama
Berlaku di kalangan negara termasuk empayar Uthmaniyah.
Faktor yang Mencetuskan Perang Dunia Pertama
Persaingan Kuasa Imperialis
Perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan imperialis Eropah bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah seperti arang batu, petroleum, bijih timah serta pasaran hasil industri.
Membawa permusuhan antara imperialis di Eropah seperti Perancis dan Jerman.
Pakatan Ketenteraan
Pembentukan ketenteraan seperti pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
Menyebabkan ketidakstabilan politik di Eropah.
Bersaing mendapatkan tanah jajahan dan menghasilkan senjata moden dan sedia berperang.
Krisis Rantau Balkan
Akibat permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia.
Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria yang berketurunan Serb supaya berjuang membebaskan diri daripada Austria-Hungary.
Kemuncak krisis apabila pembunuhan Archduke Ferdinand (Putera Mahkota Austria-Hungary) dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia.
Menyebabkan Eropah terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
Peristiwa Perang Dunia Pertama
Pihak yang terlibat
Kuasa Tengah (Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria dan Uthmaniyah).
Pakatan Bertiga (Britain, Perancis, Rusia), disokong oleh Serbia, Itali, Romania, Portugal dan Greece.
28 Julai 1914
Austria-Hungary dengan sokongan Jerman isytihar perang terhadap Serbia.
30 Julai 1914
Rusia beri bantuan ketenteraan untuk pertahankan Serbia.
1 Ogos 1914
Jerman isytihar perang terhadap Rusia
3 Ogos 1914
Jerman serang Perancis manakala Rusia menyokong Perancis.
Jerman ceroboh Belgium untuk menyerang Perancis.
4 Ogos 1914
Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jerman yang ceroboh Belgium.
Oktober 1914
Uthmaniyah sertai perang dengan memihak kepada Kuasa Tengah.
Mac 1915
Itali sertai Perancis, Britain, Rusia dalam Pakatan Bertiga.
April 1917
Amerika Syarikat sertai perang dengan memihak kepada Pakatan Bertiga.
Berakhir Perang Dunia Pertama
Penglibatan Amerika Syarikat dalam Pakatan Bertiga membawa kejayaan pada tahun 1918.
Jerman dipaksa menandatangani gencatan senjata.
Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia.
Beberapa siri persidangan dan perjanjian damai diadakan.
Persidangan Damai Paris
18 Januari 1919.
Membincangkan syarat perdamaian selepas perang.
Memastikan Jerman tidak menjadi ancaman di Eropah.
Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, cadangan asas perdamaian oleh Presiden Amerika Syarikat.
Merangkumi dua prinsip:
Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
Sempadan negara berasaskan bangsa.
Persidangan Versailles
28 Jun 1919.
Negara yang terlibat ialah Pakatan bertiga dan Jerman.
Kesan terhadap Jerman
Bertanggungjawab terhadap kemusnahan.
Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.
Mengehadkan saiz angkatan tentera.
Menyerahkan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.
Penubuhan Liga Bangsa-bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.
Kesan Perang Dunia Pertama
Perang Dunia Pertama memberikan kesan besar terhadap negara Eropah.
Negara kita turut terkesan akibat perang tersebut.
Antara kesan perang dunia pertama adalah seperti berikut:
Keruntuhan Pemerintahan Beraja
Menamatkan sistem pemerintahan beraja di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan empayar Uthmaniyah.
Jerman: Kaiser Wilhem II turun takhta dan kerajaan Republik Jerman didirikan.
Austria-Hungary: Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan di wilayah yang dikuasai.
Rusia: Revolusi di Rusia menumbangkan pemerintahan Tsar Nicholas dan kerajaan komunis pertama dunia terbentuk di bawah pimpinan Vladimir Lenin.
Empayar Uthmaniyah:
Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan.
Kerajaan bercorak republik diketuai Mustafa Kemal Atartuk terbentuk.
Kemunculan Negara Baharu
Keruntuhan empayar Austria-Hungary melahirkan negara
Austria.
Hungary.
Czechoslovakia.
Yugoslavia.
Empayar Rusia:
Poland.
Estonia.
Latvia.
Lithuania.
Empayar Uthmaniyah:
Lebanon.
Syria.
Iraq.
Kesan Terhadap Negara Kita
Raja-raja Melayu diminta menandatangani pengisytiharan perang yang memberi taat setia kepada kerajaan British - untuk menyekat kebangkitan orang Melayu.
Undang-undang berkaitan dengan perang diluluskan seperti memperuntukkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri Melayu dibawah undang-undang tentera jika keadaan perlu.
Antara undang-undang perang yang diluluskan:
To Vest in the High Commissioner Exceptional Power in Time of Public Emergency Enactment 1914.
The Trading With Enemy Enactment 1914.
The Naval and Military News (Emergency) Enactment 1914.
Wang hasil bijih timah dan getah digunakan oleh British untuk membiayai operasi dalam Perang Dunia Pertama.
Perang Dunia Pertama memberikan iktibar kepada kita tentang kepentingan keamanan dunia.
Namun begitu, perdamaian yang dicapai hanya bersifat sementara.
Dua puluh tahun selepas itu, Perang Dunia Kedua pula meletus.

Chapter : Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Topic : Latar Belakang Perang Dunia
Form 4
Sejarah
View all notes for Sejarah Form 4
Related notes
Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
Faktor kedatangan Jepun ke Negara Kita
Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun
Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Report this note
Online Tuition
Live class daily with celebrity tutors
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account