04-02: Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Melayu

4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Melayu
 
Pengenalan

Keunikan warisan bermaksud legasi kebijaksanaan dan keunggulan yang ditinggalkan oleh pemerintah terdahulu untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.

Sistem Pemeritahan Beraja

  • Raja menjadi tonggak utama kerajaan. Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pemerintahan yang dibantu oleh para pembesar dan memperoleh ketaatan daripada rakyatnya.

1. Pemilihan Raja

  • Pemilihan raja berasaskan keturunan dan pembesar mengesahkannya.
  • Keturunan diraja dianggap suci dan berdaulat.
 
2. Kedudukan Raja

  • Semasa pengaruh Hindu dan Buddha berkembang, raja dianggap sebagai titisan dewa dan mesti dihormati.
  • Raja-raja sentiasa ditaati. Mengingkari raja dianggap mengingkari tuhan dan perbuatan tersebut adalah menderhaka.
 
3. Gelaran Pemerintah

  • Pengaruh Hindu dan Buddha memasyhurkan gelaran Raja dan Maharaja. Gelaran Sultan digunakan setelah kedatangan Islam.

  • Raja juga digelar bagi menggambarkan kebesaran kuasa seperti Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.

Kebijaksanaan Pemerintah

1. Memilih dan Membangunkan Pusat Pemerintahan

Pemerintah memilih lokasi yang strategik sebagai pusat pemerintahan, petempatan dan pelabuhan, iaitu di pesisiran pantai atau lembah sungai. Contohnya :

• memperkembangkan kegiatan pertanian di kawasan subur seperti lembah sungai, contohnya di Angkor dan Majapahit. Sungai juga berfungsi sebagai laluan pengangkutan utama.

• memilih tempat yang menjadi laluan antarabangsa, timur dan barat seperti pelabuhan Oc Eo di Funan dan Palembang di Srivijaya.

2. Menjalinkan Hubungan Diplomatik

Pemerintah menjalinkan hubungan diplomatik yang berterusan bagi menjamin kemakmuran kerajaan. Contohnya :

Bantuan ketenteraan atau senjata: Maharaja Chola dari India menghantar bantuan tentera ke Srivijaya untuk membantu menyelesaikan pemberontakan pada abad ke-11.

Perkahwinan: Perkahwinan pemerintah Majapahit, Raden Wijaya dengan puteri kerajaan Singhasari pada abad ke-13.

Hubungan diplomatik penting untuk memelihara kedaulatan kerajaan, mendapatkan perlindungan, meluaskan jaringan perdagangan dan memperkukuh agama dan budaya.

Kegiatan Ekonomi

1. Memanfaatkan Kesuburan Tanah
  • Tanah digunakan untuk menjalankan kegiatan pertanian.Kawasan lembah Sungai Mekong dan Sungai Brantas menjadi tapak pertanian yang penting dan diwarisi dari zaman ke zaman.
 
2. Mencipta Sistem Pengairan
  • Masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki kemahiran mencipta sistem pengairan seperti baray dan sistem saliran untuk memastikan bekalan air mencukupi di kawasan pertanian. Dengan usaha ini, tanaman utama seperti padi dan rempah-ratus serta tanaman sampingan dapat diusahakan sepanjang tahun
 
3. Membina Pelabuhan
  • Pelabuhan pembekal: pelabuhan persinggahan untuk membekalkan bahan dagangan dan bekalan makanan kepada pedagang.
  • Pelabuhan kerajaan: pelabuhan pembekal yang berkembang apabila wujudnya pusat pentadbiran atau kerajaan di pelabuhan tersebut.
  • Pelabuhan entrepot: pelabuhan ini menjadi tumpuan pedagang dan berperanan sebagai pengumpul, pengendali dan pengedar barang dagangan daripada para pedagang serantau dan antarabangsa.
 
Perkembangan Sosiobudaya

1. Sistem Tulisan dan Bahasa
  • Contohnya, Tulisan Palava dan Kawi yang berasal dari India digunakan sebagai medium tulisan bahasa tempatan dan Sanskrit. Huruf-huruf Arab disesuaikan sehingga terbentuknya tulisan Jawi.
 
2. Persuratan
  • Kegiatan ini berkembang dalam bentuk batu bersurat sehinggalah lahir karya-karya dalam bentuk manuskrip. Keunikan intelektual ini diwarisi dan diteruskan oleh kerajaan-kerajaan Melayu.
 
3. Seni Bina
  • Seni bina dihasilkan bagi memudahkan perkembangan kegiatan pertanian, pelayaran, perdagangan dan keagamaan. Kehidupan di persisiran pantai dan lembah sungai melahirkan petukang-petukang kapal yang handal.
 
Amalan Beragama

  • Agama memainkan peranan penting dalam membina corak kehidupan dan memperkaya kebudayaan tempatan.
 
Keunikan Warisan dalam Amalan Beragama
  1. Sifat toleransi. Penganut agama Hindu membina Candi Prambanan berdekatan dengan Candi Borobudur tempat ibadat penganut agama Buddha di Jawa Tengah.
  2. Apabila agama Islam tersebar, masjid pula dibina sebagai pusat ibadat, pendidikan dan kebajikan. Keunikan sistem pendidikan Islam melalui institusi pondok atau madrasah merupakan warisan yang diteruskan hingga hari ini.