|
1.3 |
Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur |
|
|
|
|
Pengenalan |
Antara kerajaan Alam Melayu yang masyur termasuklah Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara. Kemasyuran kerajaan ini dapat dilihat dalam aspek pemerintahan, ekonomi, agama dan kemunculan pelabuhan.
|
|
|
Kerajaan Funan
|
|
- berpusat di Vyadhapura
- diasaskan oleh seorang Brahmin bernama Kaundinya
- Beliau berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di Sungai Mekong dan membentuk kerajaan Funan
|
|
Kemasyuhuran
- masyhur semasa diperintah oleh Fan Shih-man
- belaiu meluaskan empayar Funan ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh
- menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra
- menguasai jalan perdagangan utama antara timur dan barat
- Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu
- Raja Funan terakhir ialah Rudravarman
- serangan kerajaan Chenla yang terletak di utara Funan telah menyebabkan kemerosotan kerajaan Funan
|
|
Kerajaan Angkor
|
|
- berpusat di Hariharalaya
- diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla
- menyatukan wilayah dia Lembah Sungai Mekong
|
|
Kemasyhuran
- Suryavarman II meluaskan empayar Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar
- beliau berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet
- berjaya mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dan pedagang luar
- Jayavarman II meluaskan empayar Angkor hingga sempadan Annam
- beliau membina Angkor Thom dan mendirikan 102 buah hospital
- selepas kematian Jayavarman VII, Angkor mula lemah
- Serangan Siam pada tahun 1594 melemahkan kerajaan Angkor
|
|
Kerajaan Champa
|
|
- diasaskan oleh Chu-Lien pada tahun 192 Masihi
- pusat kerajaan di Indrapura
- sering berhadapan dengan serangan dar Dai Viet
- Chu-Lien berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China
|
|
Kemasyhuran
- masyhur di bawah pemerintahan Che Bong Nga
- beliau berjaya mengatasi ancaman Dai Viet dan meluaskan empayar Champa ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah
- serangan Champa ke atas Dai Viet berjaya membunuh Raja Tran Due Tong
- pemerintahan beliau mendapat pengiktirafan Dinasti Ming pada tahun 1369
- kemerosotan kerajaan Champa bermula apabila pemerintahnya Indravarman meninggal dunia pada tahun 1441
- Dai Viet menggunakan peluang ini dengan melancarkan serangan ke atas Champa
- pada tahun 1471, Champa ditawan oleh Dai Viet
|
|
Kerajaan Srivijaya
|
|
- diasaskan oleh oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683 masihi di Palembang
- beliau memperkukuhkan kerajaan Srivijaya dengan menakluk kawasan sekitarnya seperti Bangka dan Teruma
|
|
Kemasyhuran
- Srivijaya berjaya menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra semasa era pemerintahan Sangramadhananjaya
- membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa iaitu selat melaka dan selat sunda
- menjadi kuasa perdagangan utama di alam melayu dan pusat pengajian agama Buddha
- seranga tentera Chola dari selatan India pada tahun 1025 telah menyebabkan kerajaan Srivijaya menjadi lemah
|
|
Kerajaan Majapahit
|
|
- diasaskan oleh Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dlam perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1294
- berpusat di Kota Trowulan
|
|
Kemasyhuran
- bermula dengan pelantikan Patih Gajah Mada sebagai perdana menteri
- beliau berjaya menegmbalikan keamanan dan keselamatan kerajaan Majapahit
- meluaskan tanah jajahan hingga ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi dan kepulauan Maluku
- Pusat perdagangan pada abad ke -14
- kematian Patih Gajah Mada dan serangan kerajaan Demak pada tahun 1478 telah menyebabkan kerajaan Majapahit menjadi lemah
|
|
|
Kerajaan Kedah Tua
|
|
- bermula dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang luar di Sungai Mas
- pada peringkat awal, pusat kerajaan ialah di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang
- kewujudan Kerajaan Kedah Tua diperkukuhkan lagi dengan catatan golongan agama dan pedagang dari China, India dan Arab-Parsi
- sumber China menamakan kerajaan Kedah Tua sebagai Chieh Ch'a
- manakala sumber India dan Arab , memasing merujuk kerajaan Kedah Tua sebagai Kataha dan Kalah-bar
|
|
Kemasyhuran
- dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang
- pedagang dari timur dan barat datang untuk menjalankan kegiatan perdagangan dengan penduduk setempat
- menjadi pusat keagamaan agama Buddha
- kemasyhuran ini menyebabkan Srivijaya menguasai Kedah Tua
- namun, serangan tentera Chola dari India melemahkan kegiatan pedagangan di Kedah Tua
- Kerajaan Kedah Tua mula mengalami perubahan pemerintahan pada abad ke-7 apabila munculnya pengasasan Kesultanan Kedah yang memulakan kerajaan baharu di Kedah
|
|
Kerajaan Gangga Nagara
|
|
- muncul pada abad keenam
- berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad kelima
- pengasas kerajaan ini ialah Raja Ganji Sarjuna
- dibuka oleh Raja Khmer dari Kemboja
- pusat kerajaan di Pangkalan
|
|
Kemasyhuran
- kemasyhuran bermula pada abad kesembilan
- sejak abad kelima, Gangga Nagara sering dikunjungi oleh pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah
- berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan kerajaan Srivijaya pada tahun 850 masihi
- mulai lemah apabila diserang oleh tentera Chola dari India pada tahun 1025
- serangan ini memusnahkan pelabuhan Gangga Nagara
|
|