Hidrokarbon

 

 
5.2  Hidrokarbon
 

1. Penyulingan berperingkat petroleum digunakan kerana pecahan-pecahan petroleum mempunyai takat didih yang berbeza

2. Sebatian hydrocarbon: sebatian karbonorganik yang terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja

  • Hidrokarbon tepu mempunyai ikatan kovalen tunggal di antara atom karbon dengan atom karbon
  • Hidrokarbon tak tepu mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon dengan atom karbon atau ikatan kovalen ganda tiga di antara atom karbon dengan atom karbon

3. Siri homolog terdiri daripada kumpulan sebatian organic tertentu yang mempunyai sifat kimia yang serupa

 
Hidrokarbon Formula am Penjelasan
Alkana \(\text {C}_n \text{H}_{2n+2}\)
  • Sebatian hidrokarbon tepu
  • Mempunyai ikatan kovaleb tunggal dengan atom karbon lain
Alkena \(\text {C}_n \text{H}_{2n}\)
  • Sebatian hidrokarbon tak tepu
  • mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon dengan atom karbon