Makanan Kesihatan dan Suplemen Kesihatan

 
 
2.6  Makanan Kesihatan dan Suplemen Kesihatan
 

1. Makanan kesihatan: bahan makanan semula jadi yang terkandung dalam gizi normal yang mengekalkan kesihatan dan tidak mempunyai bahan kimia 

2. Suplemen kesihatan: bahan nutrien yang diambil dalam bentuk kapsul, pil, cecair dan serbuk dalam dos yang tertentu

3. Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan 

  • dikuatkuasakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Dasar ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada
    • risiko pengambilan makanan dan minuman yang mengancam kesihatan
    • makanan kesihatan dan suplemen kesihatan tiruan
  • Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)
    • untuk mendaftarkan dan memantau suplemen kesihatan dan ubat tradisional sebelum dipasarkan
  • Kerajaan Malaysia mengawal mutu makanan melalui
    • Akta Makanan 1983
    • Peraturan-peraturan Makanan 1985

4. Akta Makanan 1983

  • untuk melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan berkaitan dengan penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, serta mengenai perkara yang berkaitan dengannya 

5. Peraturan-peraturan Makanan 1985

  • untuk membantu orang ramai untuk memperoleh makanan yang selamat, berkualiti, bersih dan bebas daripada sebarang bahan pencemar yang beracun

6. Label makanan 

 
Nama sebutan sebenar makanan Nama yang jelas, tepat dan tidak mengelirukan
Akuan pemakanan Menunjukkan kualiti pemakanan produk tersebut
Senarai ramuan Ramuan yang digunakan dalam produk yang disusun mengikut berat dalam susunan menurun
Pelabelan pemakanan Maklumat mengenai kandungan pemakanan sesuatu produk
Penyataan aditif makanan Perlu menyatakan semua aditif makanan yang dibenarkan, iaitu bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambah perisa, antioksidan dan kondisioner makanan

Arahan penyimpanan

Ikut arahan penyimpanan yang disarankan
Penyataan mengenai kuantiti/ berat/ isi padu Penyataan mengenai berat bersih atau isi padu atau bilangan minimum isi bungkusan makanan tersebut
Maklumat pengeluaran

Nama dan alamat pengilang/ pembungkusan/ ejen (termasuk produk import)

Penandaan tarik Pastikan bahawa makanan yang dipilih tidak melepasi tarikj luput