Sel - Struktur, Fungsi dan Organisasi

2.1  Sel - Struktur, Fungsi dan Organisasi
 
Definisi
Sel ialah benda hidup yang terdiri daripada unit asas
 
  • Fungsi sel: Menjalankan semua fungsi hidup (pertumbuhan, respirasi dan perkumuhan)
  • Sel menjalani proses pembahagian untuk membentuk sel-sel baharu dan menggantikan sel-sel yang rosak
 
Sel Tumbuhan
 
Sel haiwan
 
Perbandingan sel haiwan dan sel tumbuhan

Sel haiwan Sel tumbuhan
Nuckelus

Membran sel

Sitoplasma
Mitokondria
Tiada dinding sel Mempunyai dinding sel
Tiada kloroplas Mempunyai kloroplas
Tiada vakuol Mempunyai vakuol
Tiada bentuk tetap Mempunyai bentuk tetap

Unisel
Mempunyai satu sel sahaja

Unisel dalam alam haiwan:

  • Amoeba
  • Paramecium
 
Unisel dalam alam tumbuhan:

  • Chlamydomonas
 
Unisel yang mempunyai kedua-dua ciri-ciri haiwan dan tumbuhan:

  • Euglena
 
Multisel
Terdiri lebih daripada satu sel

Contoh organisma multisel:

  • Manusia
  • Haiwan
  • Tumbuhan
  • Mucor
  • Spirogyra

Jenis dan fungsi sel haiwan
Sel saraf
  • Mempunyai gentian panjang yang berperanan untuk membawa maklumat dalam bentuk impuls ke seluruh badan
Sel darah merah
  • Tiada nukleus.
  • Berbentuk cakera dwicekung untuk menambahkan luas permukaannya.
  • Mengandungi hemoglobin yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.
  • Mengangkut karbon dioksida dari sel di seluruh badan balik ke peparu.
Sel darah putih
  • Berubah bentuknya untuk mengelilingi partikel asing dan memusnahkannya
Sel pembiakan
  • Sel sperma membawa bahan genetik lelaki dan sel ovum membawa bahan genetik perempuan
Sel otot
  • Sel otot yang mengecut dan mengendur dapat menyebabkan pergerakan
Sel epitelium
  • Membentuk lapisan yang melindungi organ badan. Sel ini juga merembeskan mukus.

Jenis dan fungsi sel tumbuhan

Sel epidermis

  • Berfungsi untuk mengurangkan kehilangan air, membolehkan pertukaran gas, dan penyerapan air dan nutrien.

Sel palisad

  • Mengandungi klorofil untuk menyerap cahaya dan menjalankan proses fotosintesis

Sel pengawal

  • Stoma merupakan liang seni di antara sepasang sel yang disebut sel pengawal. Stoma biasanya terbuka pada siang hari untuk menjalankan proses fotosintesis. Stoma tertutup pada malam hari atau semasa tumbuhan kehilangan banyak air pada hari yang panas. Sel pengawal mengawal pembukaan atau penutupan stoma

Sel rerambut akar

  • Sel rerambut akar yang banyak meningkatkan luas permukaan untuk menyerap lebih banyak air dan nutrien dari tanah

Urutan organisasi sel dalam organisma
Sel \(\rightarrow\) Tissu \(\rightarrow\) Organ \(\rightarrow\) Sistem \(\rightarrow\) Organisma
 
Organisasi sel dalam haiwan dan tumbuhan
 
Haiwan Tumbuhan
Sel epitelium Sel epidermis
Tisu epitelium Tisu epidermis
Perut Daun
Sistem pencernaan Sistem pengangkutan
Organisma Organisma
 
Sistem dalam badan manusia
 
Sistem Penjelasan
Sistem perkumuhan Menyingkirkan bahan buangan yang berlebihan daripada badan
Sistem rangka Menyokong badan dan melindungi organ dalaman seperti peparu dan hati
Sistem limfa Mengalirkan bendalir limfa ke dalam saluran darah untuk mempertahankan badan daripada jangkitan bakteria, virus dan lain-lain
Sistem pencernaan Memecahkan bahan makanan kompleks kepada yang lebih ringkas untuk membolehkan penyerapan oleh badan
Sistem otot Membantu pergerakan badan dan organ dalaman
Sistem integumen Melindungi badan daripada kekeringan dan mengawal suhu badan
Sistem saraf Membawa maklumat dari otak ke seluruh badan dalam bentuk impuls.
Sistem peredaran darah Mengangkut oksigen, nutrien dan hormon yang diperlukan ke semua bahagian badan
Sistem respirasi Mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dari sel dalam badan
Sistem endokrin Menghasilkan hormon untuk menyelaraskan tindak balas dalam badan
Sistem pembiakan Menghasilkan sperma dan ovum untuk pembentukan zuriat