|
|
Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran
|
|
|
|
Pemasaran |
|
|
|
|
|
Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. |
|
|
|
|
|
Proses atau aktiviti yang dilakukan oleh pihak pengeluar untuk memasar dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. |
|
|
|
|
|
Satu proses sosial dan pengurusan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna menerusi proses pertukaran produk dan nilai antara satu sama lain (Philip Kotler). |
|
|
|
|
|
|
|
Peta alir dalam bidang pemasaran
|
|
Peranan Reka Bentuk Dalam Pemasaran |
|
|
1) Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna |
- Fungsi produk
- Reka bentuk produk
- Kekuatan dan kelemahan produk
- Nilai produk
- Trend
|
2) Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna |
|
3) Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk |
- Rangkaian perkongsian teknologi dan produk
- Rakan strategik perniagaan
|
|
|
1) Keperluan dan Kehendak Pengguna |
|
|
Fungsi produk
- Pengguna akan membeli dan menggunakan sesuatu produk untuk memudahkan sesuatu urusan harian mereka.
- Pengguna akan membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk berdasarkan fungsi produk tersebut.
|
|
Reka bentuk produk
- Reka bentuk produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna akan mudah dipasarkan.
- Produk dengan reka bentuk yang mempunyai nilai tambah seperti menarik, unik dan selesa boleh mempengaruhi pasaran bagi produk tersebut.
|
|
Kekuatan dan kelemahan produk
- Sesuatu produk yang direka seharusnya mempunyai fungsi yang tersendiri.
- Pengguna harus mengetahui produk yang diperlukan sama ada yang mementingkan kekuatan reka bentuk produk berbanding fungsi atau mementingkan kekuatan fungsi berbanding reka bentuk produk.
|
|
Nilai produk
- Nilai produk wujud berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna.
- Nilai terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan akan diperoleh apabila pengguna mendapat faedah daripada penggunaannya.
|
|
Trend
- Trend ditentukan oleh permintaan dan penawaran ke atas sesuatu produk, perkhidmatan, gaya hidup, teknologi dan sebagainya.
- Trend berlaku dalam tempoh tertentu dan berakhir apabila berlakunya perubahan trend yang lain.
|
|
2) Saluran Komunikasi Pengeluar kepada Pengguna |
|
|
|
Komunikasi |
|
|
|
|
|
Proses untuk menyampaikan maklumat dan perihal mengenai produk dan perkhidmatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengenalan diri produk
- Penting untuk menarik minat pengguna baharu dan mengekalkan pelanggan yang sedia ada
|
|
|
|
Penjenamaan (branding)
- Pemberian jenama kepada sesuatu barang yang dihasilkan
- Penjenamaan menyampaikan maklumat berkenaan kualiti keluaran dengan menggunakan simbol yang tertentu
|
|
Jenis Penjenamaan |
Ciri-ciri |
Contoh |
Bentuk nama (Brand name) |
Mengandungi nombor, perkataan atau huruf yang boleh disebut |
|
Bentuk cap dagangan (Trademark) |
Cap dagangan dalam bentuk perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi kesemuanya yang mempunyai simbol TM, atau ® atau © |
|
Bentuk cap (Brand mark) |
Menggunakan bentuk simbol, reka bentuk warna atau huruf yang unik |
|
Bentuk persendirian (Trade character) |
Menonjolkan individu yang merupakan pelopor bagi sesuatu produk tertentu |
|
|
|
Simbol Cap Dagangan |
Penerangan |
|
Tanda untuk trademark dan masih belum didaftarkan. |
|
Jenama yang telah mendapat kelulusan pendaftaran, mengikut undang-undang untuk digunakan oleh penjual secara eksklusif. |
|
Hak cipta sesuatu produk. |
|
|
Kesetiaan
- Kesetiaan pengguna ialah pilihan pengguna untuk terus kekal dengan produk dan jenama tertentu.
- Pengguna akan memilih kredibiliti, kualiti, reka bentuk terkini, selamat dan harga yang kompetitif.
|
|
Boleh ingat
- Reka bentuk dapat menguasai pasaran kerana produk yang mempunyai identiti boleh diingat oleh pengguna.
- Identiti merangkumi fungsi, warna atau bentuk fizikal.
|
|
Dikenali
- Reka bentuk produk dapat menguasai pasaran kerana telah dikenali oleh pengguna.
|
|
Kebolehpercayaan kepada jenama
- Pengguna akan memilih produk yang mempunyai jenama yang boleh dipercayai dan mempunyai ciri-ciri yang terbaik dari segi kualiti, fungsi, jaminan keselamatan dan reka bentuk.
|
|
3) Pengukuhan Penjenamaan Sesuatu Produk |
- Gabungan antara pengeluar produk dan perkhidmatan yang berbeza memberikan kesan kepada pengukuhan jenama dan pengurangan kos.
- Reka bentuk dari segi jenama, pemasaran, sumber luar, perlesenan dan agihan daripada rakan usaha sama dapat digunakan.
- Dua jenis pengukuhan penjenamaan melalui rakan strategik:
- Rakan perkongsian teknologi dan produk
- Rakan strategik perniagaan
|
|
Rakan Perkongsian Teknologi dan Produk |
Rakan Strategik Perniagaan |
- Gabungan teknologi dan produk daripada pengeluar yang berlainan digabungkan untuk menghasilkan reka bentuk produk baharu.
- Memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.
|
- Mewujudkan kerjasama dengan rakan niaga strategik yang berdaya maju, berpengalaman dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.
|
|
|
Contoh Rakan Perkongsian Teknologi dan Produk |
|
- Geely, syarikat pengeluar automotif terbaik di merupakan rakan perkongsian bersama DRB-Hicom Bhd. iaitu syarikat Malaysia yang terlibat dalam industri pembuatan, pemasangan dan pengedaran automotif.
- Proton membuat perkongsian teknologi dan produk dengan menggunakan teknologi daripada jenama Mitsubishi dan menghasilkan reka bentuk Proton Inspira.
- Perkongsian bersama Honda pula menghasilkan reka bentuk Proton Perdana.
|
|
Contoh Rakan Strategik Perniagaan |
|
- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) memperkukuh penjenamaan dengan mengeluarkan enam model terbaharu, iaitu skuter dan streetbike.
- Model tersebut merupakan hasil kerjasama dengan dua rakan strategik perniagaan, iaitu KYMCO dari Korea dan BAJAJ Auto dari India.
- Modus operandi ‘MODENAS’ adalah dengan mengambil model yang sedia ada daripada rakan strategik perniagaan, menjenamakan semula dan memasarkan di negara ini.
|
|
|
|
|
Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan |
|
|
- Promosi penting untuk memperkenalkan sesuatu produk kepada pengguna.
- 4 jenis promosi:
- Pengiklanan
- Promosi jualan
- Jualan langsung
- Publisiti
- Pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai penting bagi memastikan maklumat sampai kepada pengguna.
- Pengiklanan mampu menghasilkan reka bentuk imej baharu yang tersendiri bagi jenama atau produk yang baharu dan boleh dibezakan dengan produk pesaing yang lain.
|
|
Pengiklanan |
|
Sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran. |
|
Tujuan: Mempromosikan, memperkenalkan, meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk, perkhidmatan atau idea penaja yang tertentu. |
|
|
|
|
Reka Bentuk Pengiklanan |
|
Karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk |
|
|
|
|
Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan |
Penerangan |
Matlamat produk |
- Iklan menggunakan maklumat produk yang terperinci dan lengkap.
- Digunakan bagi memperkenalkan ciri-ciri atau keistimewaan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
|
Penyampaian fakta |
- Iklan menyampaikan fakta secara tepat mengenai produk kepada pengguna.
- Fakta yang disampaikan berkaitan fungsi yang memerlukan bantuan teknikal dari segi penggunaan dan pengendalian produk.
|
Demonstrasi |
- Iklan menunjukkan kelebihan dan cara pengendalian produk dalam keadaan yang sebenar.
- Disampaikan melalui rakaman yang ditayangkan di media massa atau secara langsung di hadapan pengguna.
|
Perbandingan |
- Iklan menggunakan perbandingan antara produk baharu dengan produk yang telah lama berada di pasaran.
- Perbandingan boleh dibuat berdasarkan kualiti, masa, reka bentuk, rasa dan fungsi.
|
Kiasan atau ibarat |
- Iklan menggunakan kiasan atau ibarat
- Bertujuan untuk menegaskan kelebihan yang akan diperoleh pengguna sekiranya menggunakan produk mereka.
- Mempengaruhi pengguna secara psikologi.
|
Kenyataan merangsang |
- Iklan menggunakan kenyataan merangsang supaya pelanggan berfikir dan tertarik dengan produk.
- Digunakan untuk memujuk pengguna membeli produk tersebut.
|
Gambar pegun |
- Iklan menggunakan gambar pegun sebagai titik fokus atau tumpuan pada bahagian tertentu produk.
- Dipaparkan dalam media cetak.
|
|
|
|
Media Pengiklanan |
|
|
|
|
|
Saluran, cara, atau perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan iklan kepada pengguna. |
|
|
|
|
|
|
|
1) Media cetak
- Menjadi pilihan pengeluar sebagai saluran pengiklanan kerana sesuai untuk pelbagai jenis produk dan pelbagai peringkat umur
|
|
|
|
2) Media elektronik
- Cara yang paling menarik dan berkesan bagi mempromosikan barang atau perkhidmatan.
- Menggunakan lakonan, gambar, perkataan, suara dan muzik untuk menjadikan iklan tersebut lebih menarik.
|
|
Media Elektronik |
Penerangan |
Televisyen |
- Menyampaikan iklan melalui visual dan audio, dengan unsur-unsur kreativiti yang tinggi, penuh aksi, berwarna-warni dan menarik
|
Radio |
- Menyampaikan iklan menerusi audio.
- Iklan diselitkan ketika rancangan radio ke udara
|
Papan digital |
- Merupakan produk hasil evolusi media elektronik terkini.
- Mampu menyampaikan maklumat penting kepada kumpulan sasaran dari semasa ke semasa.
|
|
|
3) Media sosial
- Kemudahan Internet membolehkan pengeluar menggunakan media sosial sebagai platform untuk memperkenalkan produk mereka di serata dunia.
- Aplikasi media sosial yang sering digunakan ialah Facebook, Instagram, blog dan lain-lain.
|
|
Faktor Pemilihan Media Pengiklanan |
|
1) Jenis dan sifat produk |
Setiap produk yang akan diiklankan perlu sesuai dengan media pengiklanannya.
Contoh:
- Produk yang memerlukan tunjuk cara dan khidmat nasihat tentang cara penggunaan dan penjagaan, sesuai diiklankan melalui media elektronik atau media sosial yang berunsurkan demonstrasi.
- Produk barangan makanan, pakaian atau buku sesuai diiklankan sama ada melalui media cetak, media elektronik atau media sosial
|
|
2) Kos pengiklanan |
Pengeluar perlu mengetahui jumlah keseluruhan kos pengiklanan yang dipilih supaya sesuai dengan kemampuan dan saiz operasi perniagaan mereka.
Contoh:
- Perniagaan yang bersaiz kecil perlu memilih media yang berkos rendah, tetapi boleh memberikan pulangan yang menguntungkan seperti media sosial dan media cetak, iaitu brosur dan helaian edaran.
|
|
3) Luas pasaran |
Luas pasaran sesuatu produk mempengaruhi jenis media yang akan dipilih.
Jika produk bertujuan untuk dipasarkan ke seluruh negara, maka penggunaan media pengiklanan yang mempunyai liputan meluas seperti radio, televisyen, papan digital dan media sosial adalah paling tepat
|
|
4) Sasaran pengguna |
Pengeluar perlu memastikan media pengiklanan yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasarannya.
Contoh:
- Alat solek dan pakaian wanita sesuai diiklankan di media sosial dan media cetak seperti majalah wanita.
- Barangan yang berkaitan dengan sukan, sesuai diiklankan melalui media sosial dan media cetak seperti majalah sukan.
- Barangan permainan yang disasarkan kepada kanak-kanak pula sesuai diiklankan di media sosial dan media elektronik seperti televisyen.
|
|
5) Saiz perniagaan |
Pengeluar yang mempunyai perniagaan bersaiz besar mampu memilih media pengiklanan yang lebih berkesan dan mahal seperti media elektronik, iaitu televisyen dan papan digital, berbanding dengan perniagaan yang bersaiz kecil. |
|
|
|
|
Contoh jadual pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan bagi produk Penggilap Kasut Magik
Kaedah |
Penerangan |
Justifikasi |
Kenyataan merangsang |
Kaedah ini dipilih untuk menarik minat pengguna untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk.
|
Slogan ‘Berkilat Tanpa Penat’ menyebabkan pengguna tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Penggilap Kasut Magik. |
Matlamat produk |
Kaedah ini dipilih untuk memberitahu pengguna matlamat produk yang dihasilkan.
|
Menyatakan fungsi atau matlamat Penggilap Kasut Magik yang boleh membantu pengguna menggilap kasut dengan cepat dan juga membersihkan kasut.
|
Penyampaian fakta |
Kaedah ini dipilih untuk menyampaikan fakta tentang produk dengan tepat kepada pengguna.
|
Maklumat mengenai cara penggunaan dan kelebihan produk Penggilap Kasut Magik dapat disampaikan dengan lebih jelas. |
|
|
Menganalisis Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan yang Dipilih |
|
1) Kreatif |
- Mengaplikasikan prinsip reka bentuk yang berkesan.
- Gabungan ilustrasi dan perkataan menghasilkan daya penarik yang memberikan kesan psikologi kepada pengguna seperti tertarik, teruja, ingin mencuba dan ingin memiliki produk yang diiklankan.
- Contoh: iklan yang menunjukkan kekuatan gigi apabila menggunakan sesuatu produk ubat gigi.
|
|
2) Memberikan impak |
- Mempunyai reka bentuk yang membuat pengguna terpukau dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang diiklankan.
- Contoh: iklan mengenai semburan yang mampu membersihkan kotoran pada pakaian.
|
|
3) Mesej yang jelas |
- Mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna mestilah jelas supaya pengguna sasaran lebih tertarik dengan produk.
- Contoh: iklan produk keluaran ‘Dettol’ yang memberikan perlindungan dan kesegaran yang tahan lama.
|
|
4) Maklumat yang tepat |
- Mempunyai maklumat yang tepat dan telus untuk mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk.
- Contoh: maklumat berkenaan khasiat pengambilan beras perang.
|
|
5) Mudah diingati |
- Gabungan ilustrasi, tema dan slogan yang sesuai akan menghasilkan visual yang menarik, mudah diingati dan dikenali oleh pengguna.
|
|
6) Unsur unik dan tersendiri |
- Identiti sesuatu produk akan lebih terserlah dengan adanya unsur unik dan tersendiri.
- Contoh: logo bagi ‘Malaysia Airlines’ menggunakan bentuk permainan tradisional, iaitu wau.
|
|
|
|
Rumusan Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan yang Sesuai dengan Produk
- Dilakukan agar penambahbaikan dapat dilaksanakan sebelum reka bentuk pengiklanan dihasilkan.
|
|
Contoh Rumusan Pada Reka Bentuk Pengiklanan Bagi Produk Penggilap Kasut Magik |
|
|
|
Contoh Reka Bentuk Pengiklanan Bagi Produk Penggilap Kasut Magik Yang Telah Dihasilkan |
|
|
|