|
Langkah-langkah menghasilkan produk berfungsi
- Mengukur, menanda dan memotong bahan
- Mengukur- dilakukan berdasarkan lukisan unjuran ortografik.
- Menanda- dilakukan pada permukaan yang hendak dipotong.
- Memotong- dilakukan untuk mendapatkan bentuk mengikut reka bentuk yang dikehendaki dengan membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan.
- Membina dan mencantum bahagian-bahagian produk
- Melibatkan kerja-kerja seperti meletakkan glu, memasang skru dan memateri.
- Membuat kemasan
- Menambahkan nilai estetika, nilai komersial dan ketahanan terhadap sesuatu produk.
|
|
Jenis bahan kemasan dan fungsinya
Bahan kemasan |
Fungsi |
Pelarut |
Bahan binaan yang sesuai
|
Cat licau, cat sembur |
Menghasilkan permukaan yang licin, berkilat dan kalis air |
Turpetin |
Kayu, logam, epoxy, akrilik |
Varnish |
Melindungi dan mencantikkan |
Thinner |
Kayu |
Syelek |
Melindungi dan mencantikkan |
Spirit bermetil |
Kayu |
Tona kayu |
Menimbulkan warna asal dan ira kayu |
Turpetin |
Kayu |
Semburan lekar jernih |
Mengilatkan permukaan kayu |
Thinner |
Kayu, logam, epoxy |
Pelekat |
Kemasan dan menutup kecacatan |
- |
Kayu, logam, plastik |
|
|
7) Pengujian/ Penambahbaikan |
|
|
Pengujian dan penilaian
- Proses terakhir untuk mengukur tahap keberkesanan produk yang telah dihasilkan.
- Diukur berdasarkan tiga faktor:
- Mematuhi projek brief
- Memenuhi kehendak pelanggan
- Ketepatan rupa bentuk
|
|
Pengujian |
|
Ujian Makmal |
Pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal atau bengkel dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk. |
|
- Faktor-faktor seperti daya, cahaya, suhu, angin, kelajuan dan lain-lain lagi dikawal oleh peralatan di dalam makmal atau bengkel.
- Contoh: ujian kemuluran, ujian kekuatan dan ujian beban.
|
|
Ujian Parameter |
Pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat dalam situasi dan di lokasi yang sebenar bagi menentukan kefungsian, kesesuaian, keupayaan serta kebolehgunaan produk. |
|
Contoh: Penggilap Kasut Magik digunakan untuk menggilap kasut kulit dan kasut PVC guru-guru lelaki di sebuah sekolah menengah tertentu yang telah dipilih. |
|
|
|
|
Contoh pengujian dengan kaedah ujian parameter terhadap produk Penggilap Kasut Magik
- Merekodkan masa dalam minit yang diambil Penggilap Kasut Magik dan kain lap untuk membersihkan kasut kulit atau kasut PVC.
- Merekodkan masa dalam minit yang diambil Penggilap Kasut Magik dan berus kasut konvensional untuk menggilap kasut kulit atau kasut PVC.
|
|
Penilaian
- Dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperoleh.
- Menggunakan borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan meliputi aspek:
- Kefungsian
- Ergonomik
- Reka bentuk
- Nilai estetika
- Keselamatan produk
|
|
Kesesuaian produk
- Ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah dijalankan terhadap produk.
- Keputusan pengujian dapat membuktikan sama ada produk yang telah dihasilkan menepati keperluan dan kehendak pengguna atau sebaliknya.
|
|
|
Contoh penilaian terhadap keputusan pengujian |
|
|
|
|
|
- Hasil daripada penilaian, produk didapati dapat berfungsi sepenuhnya seperti yang dirancang.
- Produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna untuk membersihkan dan menggilap kasut dengan mudah, berkesan dan cepat.
- Oleh itu, Penggilap Kasut Magik amat sesuai digunakan untuk membersihkan dan menggilap kasut.
|
|
|
|
|
Tahap keselamatan
- Penilaian tahap keselamatan dilakukan bertujuan untuk tidak membahayakan pengguna.
|
|
|
Contoh penilaian tahap keselamatan |
|
|
|
|
|
- Produk mempunyai manual penggunaan.
- Produk selesa dipegang dan boleh dikendalikan dengan sebelah tangan.
- Bahagian elektronik produk terlindung dan ditutup dengan kemas.
- Produk tidak mempunyai bahagian yang tajam.
|
|
|
|
|
Penambahbaikan
- Bertujuan menjadikan produk lebih baik dan sempurna dari segi kefungsian dan mampu mencapai objektif asal penghasilannya.
|
|
Perkara utama dalam membuat penambahbaikan produk |
- Menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau tidak bersesuaian.
- Membuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu supaya produk lebih mantap dan efisien.
- Menambah baik kemasan pada produk seperti susunan komponen dan warna yang digunakan.
- Mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya.
- Memberi perhatian terhadap ciri-ciri ergonomik bagi keselesaan pengguna.
- Memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada produk.
|
|
|
Cadangan penambahbaikan terhadap Penggilap Kasut Magik
Kelemahan yang dikenalpasti |
Cadangan penambahbaikan |
Putaran motor AT menjadi perlahan apabila pad pengilap dtekan agak kuat pada permukaan kasut. |
- Menukar kepada motor AT yang mempunyai daya kilas yang tinggi.
|
Bateri perlu diganti apabila kehabisan kuasa. |
- Menggunakan bateri berkuasa tinggi yang boleh dicas semula menggunakan plag 3 pin atau USB.
- Melengkapkan produk dengan alat pengecas
|
Perumah yang dihasilkan daripada kayu mungkin pecah jika terjatuh. Perumah juga mungkin reput setelah tempoh masa tertentu. |
- Menggunakan bahan seperti plastik atau fiber untuk menghasilkan perumah yang lebih tahan lasak, ringan, moden dan mempunyai ciri-ciri futuristik.
|
|
|
|
|
|
Pendokumentasian |
|
|
|
|
|
Satu laporan bertulis yang menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat daripada peringkat penjanaan idea sehinggalah ke peringkat mock-up atau model produk dihasilkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepentingan pendokumentasian
- Menjadi bukti rekaan seseorang pereka bentuk
- Diperlukan untuk memfailkan permohonan paten
- Memudahkan membuat rujukan dan penyelidikan
|
|
Format laporan penghasilan produk
- Muka hadapan
- Penghargaan
- Abstrak
- Kandungan
- 1.0 Pengenalan
- 2.0 Penentuan gabungan teknologi
- 3.0 Perancangan konsep
- 4.0 Lakaran akhir
- 5.0 Jadual kerja
- 6.0 Pengurusan kewangan
- 7.0 Penghasilan produk
- 8.0 Pengujian dan penilaian
- 9.0 Cadangan penambahbaikan
- 10.0 Penutup
- Bibliografi
- Lampiran
|
|
Persembahan
- Bertujuan memperkenalkan produk kepada umum dari segi kefungsian, reka bentuk dan keistimewaannya.
- Pereka bentuk juga dapat memperoleh cadangan penambahbaikan bagi membaiki kualiti produk yang telah dihasilkan.
|
|