Aplikasi Pengetahuan Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi dalam Satu Perniagaan yang Mampan

2.5 Aplikasi Pengetahuan Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi dalam Satu Perniagaan yang Mampan
 
Imej ini menunjukkan rajah aliran dengan tujuh komponen utama yang mengelilingi satu bulatan di tengah. Di tengah bulatan, terdapat teks yang menyatakan 'Aplikasi Pengetahuan Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi dalam Satu Perniagaan yang Mampan'. Tujuh komponen yang mengelilingi bulatan tersebut adalah: 1. Sumber fizikal 2. Bangunan dan kemudahan 3. Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi 4. Kilang dan mesin 5. Produk siap 6. Stok 7. Kemahiran dan pengalaman. Setiap komponen diwakili oleh bentuk heksagon yang dihubungkan dengan bulatan tengah.
 
PERODUA
1. Sumber fizikal PERODUA
  • Bangunan Dan Kemudahan
  • Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Kilang Dan Mesin
  • Produk Siap
  • Stok
2. Bangunan dan kemudahan
  • Sebagai sebuah syarikat yang besar, PERODUA telah mengambil langkah dengan mendirikan bangunan sendiri yang terletak di Rawang, Selangor bagi memudahkan urusan pentadbirannya.
  • PERODUA telah menyediakan makmal ujian penyelidikan dan pembangunan, trek ujian kenderaan dan pusat pembelajaran bagi tujuan meningkatkan mutu produk yang dihasilkan.
  • Selain itu, PERODUA juga telah menyewa ruang bangunan untuk dijadikan sebagai bilik pameran kereta-kereta yang dihasilkan di setiap cawangannya.
3. Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
  • Bagi mempercepatkan pengeluaran kereta sejajar dengan era globalisasi, PERODUA telah menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) seperti komputer, telefon pintar serta perisiannya dalam bangunan pejabat serta kilang dan bilik pameran.
  • Perisian yang ada memudahkan pekerja menjalankan proses kawalan mutu terhadap produk iaitu kereta yang telah siap pasang dan mengesan kecacatan.
  • Semua pekerja didedahkan dengan kemahiran menggunakan kemudahan ini untuk memudahkan pengurusan dan urus niaga dengan pelanggan.
4. Kilang dan mesin
  • Pengeluaran kereta memerlukan kawasan yang luas.
  • Kilang perodua telah dilengkapi dengan pelbagai mesin pemprosesan untuk menghasilkan kereta.
  • Mesin-mesin yang digunakan sentiasa diselenggara oleh jurutera dan juruteknik yang bertauliah secara berkala mengikut jadual bagi mengelakkan kerosakan mesin yang mungkin boleh menjejaskan pengeluaran.
5. Produk siap
  • Hasil daripada kaji selidik, PERODUA telah mengeluarkan pelbagai jenis kereta seperti Myvi, Alza, Axia dan Bezza bagi memenuhi pelbagai cita rasa pengguna.
  • PERODUA juga berusaha mendapat maklum balas daripada pelanggan tentang kekurangan produk mereka.
  • Maklumat tersebut akan dimaklumkan kepada pihak jurutera yang mencipta kereta bagi memperbaiki mutu dan kualiti produk.
6. Stok
  • Pihak pengurusan jualan PERODUA akan memastikan stoknya sentiasa sedia ada bagi memenuhi tempahan pelanggan.
  • Stok PERODUA seperti Myvi dan Bezza disimpan dalam gudang dan ada juga yang disimpan di pusat jualan dan pameran.
7. Sumber teknologi PERODUA
  • Harta intelek.
  • Kemahiran dan pengalaman.
8. Kemahiran dan pengalaman
  • PERODUA telah bekerjasama dengan syarikat Jepun seperti Daihatsu untuk meningkatkan kemahiran terkini dan pengalaman pekerja.