Sistem Penggajian Bagi Sesebuah Organisasi

1.7 Sistem Penggajian Bagi Sesebuah Organisasi
 
Gaji

Bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada pekerja yang menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi.

Tujuan gaji adalah untuk menarik pekerja berkhidmat dalam organisasi, mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan memotivasikan pekerja.

Gaji Asas

Gaji yang diterima oleh pekerja tanpa melibatkan sebarang pembayaran tambahan seperti elaun, bonus, komisen dan lain-lain.

Gaji asas dibayar mengikut perjanjian pekerjaan yang dibuat antara majikan dan pekerja.

Upah
Bayaran yang akan dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja atau hari bekerja.
 
Elaun
Bayaran tambahan yang akan dibayar oleh majikan kepada pekerja. Pemberian elaun bergantung kepada jenis jawatan yang disandang.
 
Contoh Faedah
Caruman KWSP, caruman PERKESO, komisen, biasiswa pendidikan, kemudahan cuti, kemudahan perubatan, insurans berkelompok.
 
Faktor Penentu Sistem Penggajian
  • Kemampuan organisasi untuk kedudukan kewangan yang kukuh akan memberi banyak gajaran kepada pekerja.
  • Bentuk dan jenis tugas iaitu pekerja yang bertanggungjawab besar diberi ganjaran lebih tinggi.
  • Undang-undang dan Peraturan Kerajaan dengan kadar ganjaran minimum.
  • Ganjaran yang dibayar oleh pesaing dengan majikan beri ganjaran setara atau lebih tinggi berbanding pesaing, ganjaran menarik memotivasi dan mengekalkan pekerja untuk berkhidmat, mengelak pusing ganti pekerja.
  • Permintaan dan dan penawaran buruh dengan menentukan upah dipasaran.
  • Faktor lokasi iaitu kedudukan geografi kawasan, risiko lokasi dan kemudahan infrasktruktur.