04: Ciri-Ciri Mukmin Berjaya: Surah Al-Mukminun, Ayat 1-11

4  Ciri-ciri Mukmin Berjaya
 
Baca dengan Betul, Lancar, Bertajwid dan Fasih: Surah Al-Mukminun, Ayat 1-11
قَد أَفلَحَ المُؤمِنونَ (١) الَّذينَ هُم في صَلاتِهِم خاشِعونَ (٢) وَالَّذينَ هُم عَنِ اللَّغوِ مُعرِضونَ (٣) وَالَّذينَ هُم لِلزَّكاةِ فاعِلونَ (٤) وَالَّذينَ هُم لِفُروجِهِم حافِظونَ (٥) إِلّا عَلىٰ أَزواجِهِم أَو ما مَلَكَت أَيمانُهُم فَإِنَّهُم غَيرُ مَلومينَ (٦) فَمَنِ ابتَغىٰ وَراءَ ذٰلِكَ فَأُولٰئِكَ هُمُ العادونَ(٧ ) وَالَّذينَ هُم لِأَماناتِهِم وَعَهدِهِم راعونَ (٨) وَالَّذينَ هُم عَلىٰ صَلَواتِهِم يُحافِظونَ (٩) أُولٰئِكَ هُمُ الوارِثونَ (١٠) الَّذينَ يَرِثونَ الفِردَوسَ هُم فيها خالِدونَ (١١)
 
Kefahaman Surah Al-Mukminun Ayat 1-11
Potongan Ayat Maksud

قَد أَفلَحَ المُؤمِنونَ (١)

 Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman.

الَّذينَ هُم في صَلاتِهِم خاشِعونَ(٢)

 Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat.

وَالَّذينَ هُم عَنِ اللَّغوِ مُعرِضونَ(٣) 

 Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan & perkataan yang sia-sia.

وَالَّذينَ هُم لِلزَّكاةِ فاعِلونَ(٤) 

 Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu.

وَالَّذينَ هُم لِفُروجِهِم حافِظونَ(٥)

 Dan mereka yang menjaga kehormatannya.

إِلّا عَلىٰ أَزواجِهِم أَو ما مَلَكَت أَيمانُهُم فَإِنَّهُم غَيرُ مَلومينَ(٦)

 Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

فَمَنِ ابتَغىٰ وَراءَ ذٰلِكَ فَأُولٰئِكَ هُمُ العادونَ(٧)

 Kemudian, siapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas.

وَالَّذينَ هُم لِأَماناتِهِم وَعَهدِهِم راعونَ(٨)

 Dan mereka yang menjaga amanah & janjinya.

وَالَّذينَ هُم عَلىٰ صَلَواتِهِم يُحافِظونَ(٩) 

 Dan mereka yang tetap memelihara solatnya.

أُولٰئِكَ هُمُ الوارِثونَ(١٠)

 Mereka itulah orang yang berhak mewarisi.

الَّذينَ يَرِثونَ الفِردَوسَ هُم فيها خالِدونَ(١١)

 Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.
 
Ciri-ciri Mukmin Berjaya
Beriman kepada Allah SWT
  • Orang yang sentiasa meyakini bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah dengan melakukan segala suruhannya & meninggalkan larangannya.
Khusyuk dalam Solat
  • Menumpukan sepenuh hati & penghayatan dengan cara menetapkan anggota, memahami bacaan & perbuatan ketika mendirikan solat.
Menjauhi Perbuatan & Perkataan yang Sia-sia
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak mendatangkan faedah atau perkara yang merosakkan akhlak.
Menunaikan Zakat
  • Mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara'.
  • Zakat yang diwajibkan oleh syara' ialah zakat fitrah & zakat harta.
Menjaga Kehormatan Diri
  • Menjaga & mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh syara' seperti riak, sumbang mahram & hubungan seks luar tabi'i.
Menjaga Amanah & Janji
  • Menjaga tanggungjawab dalam setiap urusan contohnya dalam urusan pekerjaan, harta benda & kerahsiaan.
Sentiasa Memelihara Solat
  • Menunaikan solat pada waktunya dengan menyempurnakan segala syarat & rukunnya.
 
Salah Laku Seksual dan Akibat
Perbuatan Maksud & Contoh Akibat
Zina
  •  Melakukan persetubuhan haram tanpa akad nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
  •  Contoh: Persetubuhan haram antara pasangan kekasih.
  • Lahirnya anak tidak sah taraf.
  • Hilang kelayakan dalam mewarisi harta pusaka bagi anak tidak sah taraf.
Sumbang Mahram
  • Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan yang diharamkan berkahwin kerana faktor keturunan, penyusuan & persemendaan.
  • Contoh: Persetubuhan haram dengan bapa kandung, bapa tiri, adik-beradik kandung atau adik-beradik tiri.
  • Menyebabkan keruntuhan institusi keluarga.
  • Menyebabkan gangguan emosi & mental.
 Hubungan Seks Luar Tabi'i
  • Melakukan persetubuhan haram dengan cara yang bertentangan dengan tabi'at semula jadi manusia.
  • Contoh: Liwat, musahaqah (lesbian), onani & persetubuhan dengan haiwan.
  • Terdedah kepada penyakit fizikal seperti AIDS & sifilis.
  • Mencetuskan pelbagai perbuatan jenayah.
 
Faktor Manusia Melakukan Perbuatan yang Melanggar Perintah Allah SWT Langkah Mencegah Salah Laku Sosial
  • Iman yang kurang mantap atau lemah kerana kurang beribadat kepada Allah SWT.
  • Jahil atau kurang pengetahuan agama kerana tidak dididik sejak dari kecil.
  • Terpengaruh dengan hasutan syaitan dan rakan yang cenderung kepada dosa.
  • Tidak yakin dengan azab Allah SWT di hari akhirat terhadap orang yang ingkar perintahNya.
  • Mendalami ilmu agama agar dapat membezakan antara yang hak dan batil.
  • Mengadakan program bimbingan hidup bersyariat sejak kecil agar dapat dijadikan panduan hidup.
  • Mengadakan kempen kesedaran bahaya pergaulan bebas agar umat Islam menjauhinya.
  • Melaksanakan undang-undang berlandaskan syariat Islam agar rakyat takut melakukan dosa.
 
Pengajaran Ayat
  • Kita hendaklah meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan & meninggalkan larangannya.
  • Kita hendaklah menunaikan solat dengan khusyuknya agar menjadi hamba yang bertaqwa.
  • Kita hendaklah menjauhkan diri daripada perbuatan & perkataan yang sia-sia agar dapat meningkatkan kualiti kerja.
  • Kita hendaklah berusaha untuk menunaikan zakat agar dapat membantu perkembangan ekonomi umat islam.
  • Kita hendaklah menjaga kehormatan diri supaya diri & keluarga terpelihara daripada penyakit berbahaya.
  • Kita hendaklah menjaga amanah dan janji agar integriti muslim terpelihara.
  • Kita hendaklah sentiasa memelihara solat untuk melahirkan individu yang berdisiplin.