08: Tujuh Golongan yang Mendapat Naungan Allah 

8  Tujuh Golongan yang Mendapat Naungan Allah 
 
Baca Hadis dengan Betul
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : 
 سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري) 
 
Potongan Hadis Maksud

 سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ

Tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah.

 يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ

Pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya.

 اْلإِمَامُ الْعَادِلُ

Pemimpin yang adil.

وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ

Dan pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada Allah SWT.

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ

Dan seseorang yang hatinya ikhlas sentiasa mencintai masjid.

 وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ

Dan dua orang yang saling mengasihani kerana Allah SWT, bertemu & berpisah kerana Allah SWT.

وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ

Dan seseorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan kaya & cantik.

فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ

Lalu dia menolak lalu berlata: " Aku takut pada Allah SWT".

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى

Dan seseorang yang bersedekah secara sembunyi.

حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ

Sehingga tangan kiri tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه

Dan seseorang yang secara bersendirian mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air mata.
 
Amalan
Firman Allah

إِن تُبۡدُواْ ٱلصَّدَقَٰتِ فَنِعِمَّا هِيَۖ وَإِن تُخۡفُوهَا وَتُؤۡتُوهَا ٱلۡفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّـَٔاتِكُمۡۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ
Maksud
: Jika kamu menzahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik dan jika kamu sembunyikan sedekah itu serta diberikan kepada fakir miskin, maka ia adalah baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan. (Surah al-Baqarah, ayat 271)
 
7 Golongan yang Mendapat Naungan Allah
Pemimpin yang Adil
  • Maksud:
    • Pemimpin yang menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang dibawah pemimpin berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis.
  • Contoh:
    • Memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi.
    • Mencegah kemungkaran daripada berleluasa.
Pemuda yang Hidupnya Taat Beribadah kepada Allah SWT
  • Maksud:
    • Pemuda yang memenuhi masa dengan melakukan ibadah kepada Allah sama ada ibadah wajib atau sunat.
  • Contoh:
    • Melaksanakan tuntutan solat lima waktu dan ibadah puasa dengan sempurna.
    • Melazimi qiamullail, membaca Al-Quran dan berzikir.
Seseorang yang Hatinya Sentiasa Mengingati Masjid
  • Maksud:
    • Seseorang yang hatinya sentiasa berasa seronok memakmurkan masjid dengan aktiviti ibadah dan kebajikan.
  • Contoh:
    • Menunaikan solat fardhu secara berjemaah.
    • Menyertai aktiviti di masjid seperti majlis ilmu dan program sukan dan riadah.
Dua Orang yang Saling Mengasihi kerana Allah SWT, Bertemu & Berpisah kerana Allah SWT
  • Maksud:
    • Dua orang yang bersahabat berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
  • Contoh:
    • Saidina Abu Bakar sentiasa mendampingi Rasulullah ketika berhadapan dengan pelbagai ujian semasa berhijrah ke Madinah.
    • Persaudaraan antara kaum Muhajirin dengan Ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga dan tempat tinggal.
Seseorang yang Membenci Perbuatan Maksiat kerana Takut kepada Allah SWT
  • Maksud:
    • Seseorang yang membenci dan menjauhi semua perbuatan yang melanggar suruhan Allah atau meninggalkan laranganNya sama ada dalam bentuk lisan, perbuatan dan hati.
  • Contoh:
    • Menjauhi perbuatan mencuri.
    • Menghindari pergaulan bebas tanpa batas.
Seseorang yang Menyembunyikan Sedekahnya
  • Maksud:
    • Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia.
  • Contoh:
    • Memberikan sumbangan kewangan secara perbankan dalam talian (online banking).
    • Mewaqafkan tanah bagi tujuan pembinaan masjid.
Seseorang yang Mengingati Allah SWT sehingga Menitiskan Air Matanya
  • Maksud:
    • Seseorang yang mengingati Allah sama ada melalui hati atau lisan dengan penuh ikhlas dan rasa takut kepadaNya.
  • Contoh:
    • Beristighfar dengan mengharapkan keampunan Allah sehinga mengalir air mata mengenangkan dosa yang dilakukan.
 
Pengajaran Hadis
  • Kita hendaklah berlaku adil dalam setiap tindakan kerana sikap tersebut merupakan suruhan Allah SWT.
  • Kita hendaklah memanfaatkan usia muda dengan mendekatkan diri kepada Allah.
  • Kita hendaklah berusaha untuk mengimarahkan masjid agar syiar Islam dapat ditegakkan.
  • Kita hendaklah saling mengasihi supaya masyarakat hidup aman damai.
  • Kita hendaklah menjauhi perbuatan maksiat agar selamat daripada kemurkaan Allah SWT.
  • Kita hendaklah berusaha memperbanyak sedekah kerana amalan tersebut dapat menyucikan harta dan jiwa.
  • Kita hendaklah melazimi amalan zikrullah agar jiwa kita tenang.