Potongan Ayat |
Maksud |
لَو أَنزَلنا هٰذَا القُرآنَ عَلىٰ جَبَلٍ لَرَأَيتَهُ خاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِن خَشيَةِ اللَّهِ
|
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. |
وَتِلكَ الأَمثالُ نَضرِبُها لِلنّاسِ لَعَلَّهُم يَتَفَكَّرونَ (٢١)
|
Dan contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada manusia supaya mereka memikirkannya. |
هُوَ اللَّهُ الَّذي لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عالِمُ الغَيبِ وَالشَّهادَةِ ۖ هُوَ الرَّحمٰنُ الرَّحيمُ (٢٢)
|
Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
هُوَ اللَّهُ الَّذي لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ المَلِكُ القُدّوسُ السَّلامُ المُؤمِنُ المُهَيمِنُ العَزيزُ الجَبّارُ المُتَكَبِّرُ
|
Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai (seluruh alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Memelihara Keselamatan, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Berkuasa dan Yang Memiliki Segala Keagungan. |
سُبحانَ اللَّهِ عَمّا يُشرِكونَ(٢٣)
|
Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan. |
هُوَ اللَّهُ الخالِقُ البارِئُ المُصَوِّرُ ۖ لَهُ الأَسماءُ الحُسنىٰ
|
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, bagiNya lah nama-nama yang sebaik-baiknya; |
يُسَبِّحُ لَهُ ما فِي السَّماواتِ وَالأَرضِ ۖ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ (٢٤)
|
Bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. |