14 |
Beriman kepada Qada' dan Qadar |
|
|
|
|
|
1. Pengertian Qada' dan Qadar |
|
Qada' |
Qadar |
Bahasa |
Menyempurnakan sesuatu |
Menjelaskan sesuatu |
Istilah |
Ketentuan Allah SWT yang azali terhadap semua makhlukNya |
Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah SWT sejak azali |
Contoh |
Allah SWT menentukan penciptaan manusia di bumi, sejak azali |
Allah SWT menciptakan manusia yang telah mendiami bumi |
|
|
2. Maksud Beriman Kepada Qada' dan Qadar |
1. |
Allah SWT yang menentukan setiap perkara yang berlaku kepada makhluk |
dengan ilmu dan kehendakNya (iradah). |
2. |
Allah SWT melaksanakan ketentuan tersebut |
mengikut ketetapanNya. |
3. |
Semua perkara tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah |
sama ada yang baik ataupun buruk. |
4. |
Semua ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah |
terhadap hambaNya. |
|
|
3. Dalil Naqli Kewajiban Beriman kepada Qada' dan Qadar |
Surah Al-Imran, ayat 47 |
...apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka DIa hanyalah berfirman kepadaNya "Jadilah engkau!" lalu jadilah ia. |
...
اِذَا قَضٰٓى اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهٗ كُنْ فَيَكُوْنُ
|
Surah Al-Qamar, ayat 49 |
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (ketentuan) yang telah ditentukan. |
اِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنٰهُ بِقَدَرٍ |
Hadis Rasulullah SAW |
Bahawa kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan kamu beriman kepada qadar Allah terhadap perkara baik dan buruk. |
أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
|
|
|
4. Jenis Qada' |
Jenis |
Qada' Mubram |
Qada' Mu'allaq |
Maksud |
- Ketentuan Allah SWT yang tidak berubah
- Dilaksanakan mengikut kehendak dan kekuasaanNya
|
- Ketentuan Allah yang berubah kepada ketentuan yang lain
- Bersesuaian dengan usaha yang dilakukan oleh hamba
Qada' asal -> asbab -> qada' yang berubah
|
Contoh |
Bangsa dan jantina seseorang
- Sudah ditentukan
- Tidak akan berubah
|
Qada' asal |
Qada' yang berubah |
Asbab |
Seseorang yang sakit |
Diberikan kesembuhan |
Kerana berdoa |
Seseorang yang sakit |
Diberikan kesembuhan |
Kerana bersedekah kepada fakir miskin |
Pencapaian murid yang sederhana dalam peperiksaan |
Menjadi cemerlang |
Kerana belajar bersungguh-sungguh |
|
Dalil |
Surah Qaf, ayat 29:
- Keputusan Allah SWT tidak akan berubah
- Dan tidak akan sekali-kali zalim kepada hambaNya
|
Surah Ar-Ra'ad, ayat 38-39:
- Allah SWT boleh menghapuskan dan menetapkan apa-apa yang dikehendakiNya
|
|
|
5. Konsep Usaha dan Tawakkal |
|
Allah SWT menyuruh manusia berusaha dan tawakkal kepadaNya
Surah Al-Imran, ayat 159:
- Allah SWT mengasihi orang yang bertawakkal kepadaNya
|
|
Usaha |
Tawakkal |
Berusaha menggunakan seluruh kesempurnaan yang diberikan Allah SWT
- Untuk mencapai sesuatu maksud
|
Menyerahkan sesuaru perkara kepada Allah SWT
- Yakin bahawa hanya Allah SWT yang menentukan keberhasilan perkara tersebut
- Setelah berusaha bersungguh-sungguh
|
|
|
6. Kesan Beriman Kepada Qada' dan Qadar |
|
Kesan Beriman kepada Qada' dan Qadar |
Aqidah |
1. |
Mengelakkan diri daripada perbuatan syirik kepada Allah SWT |
kerana yakin bahawa setiap perkara adalah daripada Allah SWT. |
Ibadah |
1. |
Tekun melaksanakan ibadah kepada Allah SWT |
kerana mengharapkan rahmat dan keampunan Allah SWT. |
Akhlak Islamiah |
1. |
Bersabar dan redha ketika ditimpa musibah |
kerana yakin adanya hikmah pada setiap perkara. |
2. |
Bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWT |
kerana menyakini bahawa apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT adalah terbaik untuknya. |
3. |
Berusaha mencapai kecemerlangan dalam segala bidang |
kerana yakin Allah SWT mengurniakan kejayaan bagi orang yang berusaha. |
|
|