14: Beriman kepada Qada' dan Qadar

14 Beriman kepada Qada' dan Qadar
 
Pengertian Qada' dan Qadar
  Qada' Qadar
Bahasa Menyempurnakan sesuatu. Menjelaskan sesuatu.
Istilah Ketentuan Allah SWT yang azali terhadap semua makhlukNya. Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah SWT sejak azali.
Contoh Allah SWT menentukan penciptaan manusia di bumi, sejak azali. Allah SWT menciptakan manusia yang telah mendiami bumi.
 
Maksud Beriman Kepada Qada' dan Qadar
  • Allah SWT yang menentukan setiap perkara yang berlaku kepada makhluk dengan ilmu dan kehendakNya (iradah).
  • Allah SWT melaksanakan ketentuan tersebut mengikut ketetapanNya.
  • Semua perkara tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah sama ada yang baik ataupun buruk.
  • Semua ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah terhadap hambaNya.
 
Dalil Naqli Kewajiban Beriman kepada Qada' dan Qadar
Potongan Ayat Maksud

... اِذَا قَضٰٓى اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهٗ كُنْ فَيَكُوْنُ 

...apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka DIa hanyalah berfirman kepadaNya "Jadilah engkau!" lalu jadilah ia. (Surah Al-Imran, ayat 47)
اِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنٰهُ بِقَدَرٍ   Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (ketentuan) yang telah ditentukan. (Surah Al-Qamar, ayat 49)

أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ

Bahawa kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan kamu beriman kepada qadar Allah terhadap perkara baik dan buruk. (Hadis Rasulullah SAW)
 
Jenis Qada'
Jenis Qada' Mubram Qada' Mu'allaq
Maksud
  • Ketentuan Allah SWT yang tidak berubah.
  • Dilaksanakan mengikut kehendak dan kekuasaanNya.
  • Ketentuan Allah yang berubah kepada ketentuan yang lain.
  • Bersesuaian dengan usaha yang dilakukan oleh hamba.
  • Qada' asal -> asbab -> qada' yang berubah.
Contoh
  • Bangsa dan jantina seseorang
    • Sudah ditentukan.
    • Tidak akan berubah.
Qada' asal Qada' yang berubah Asbab
Seseorang yang sakit Diberikan kesembuhan Kerana berdoa
Seseorang yang sakit Diberikan kesembuhan Kerana bersedekah kepada fakir miskin
Pencapaian murid yang sederhana dalam peperiksaan Menjadi cemerlang Kerana belajar bersungguh-sungguh
Dalil
  • Surah Qaf, ayat 29:
    • Keputusan Allah SWT tidak akan berubah.
    • Dan tidak akan sekali-kali zalim kepada hambaNya.
  • Surah Ar-Ra'ad, ayat 38-39:
    • Allah SWT boleh menghapuskan dan menetapkan apa-apa yang dikehendakiNya.
 
Konsep Usaha dan Tawakkal
  • Allah SWT menyuruh manusia berusaha dan tawakkal kepadaNya.
  • Allah SWT berfirman:

(١٥٩) ٱلْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ

(Surah Al-Imran, 3: ayat 159)

Maksud: ...Maka apabila engkau telah berazam bertawakallah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya.

Usaha Tawakkal
  • Berusaha menggunakan seluruh kesempurnaan yang diberikan. Allah SWT
    • Untuk mencapai sesuatu maksud.
  • Menyerahkan sesuaru perkara kepada Allah SWT.
    • Yakin bahawa hanya Allah SWT yang menentukan keberhasilan perkara tersebut.
    • Setelah berusaha bersungguh-sungguh.
 
Kesan Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Aqidah
Mengelakkan diri daripada perbuatan syirik kepada Allah SWT kerana yakin bahawa setiap perkara adalah daripada Allah SWT.
Ibadah
Tekun melaksanakan ibadah kepada Allah SWT kerana mengharapkan rahmat dan keampunan Allah SWT.
Akhlak Islamiah
  • Bersabar dan redha ketika ditimpa musibah kerana yakin adanya hikmah pada setiap perkara.
  • Bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWTkerana menyakini bahawa apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT adalah terbaik untuknya.
  • Berusaha mencapai kecemerlangan dalam segala bidang kerana yakin Allah SWT mengurniakan kejayaan bagi orang yang berusaha.