Kesantunan Dakwah Rasulullah S.A.W

1.7 Kesantunan Dakwah Rasulullah SAW
 
Surah Al-Imran Ayat 159
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّٰهِ لِنْتَ لَهُمْ ۚ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوْا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الْاَمْرِۚ فَاِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِيْنَ
 
Potongan Ayat Maksud
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّٰهِ Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad).
لِنْتَ لَهُمْ Engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (para sahabat dan pengikutmu).
وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ Dan kalau Engkau bersikap kasar lagi keras hati.
لَانْفَضُّوْا مِنْ حَوْلِكَ Tentulah mereka lari dari kelilingmu.
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ Oleh itu, maafkan mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapnya) dan pohonlah ampun bagi mereka.
وَشَاوِرْهُمْ فِى الْاَمْرِۚ Serta bermesyuaratlah dengan mereka dalam dalam urusan (peperangan dan keduniaan) itu.
فَاِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah.
اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِيْنَ Kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.
 
SIfat Rasulullah SAW Contoh Peristiwa
Lemah lembut Baginda sentiasa menggunakan tutur kata yang baik dan intonasi suara yang sesuai walaupun ketika berada di pasar.
Pemaaf Baginda memaafkan perbuatan penduduk Mekah yang prnah mencaci dan menghina baginda.
Memohon keampunan untuk orang lain Baginda telah tercedera dalam Perang Uhud. Walaupun begitu, baginda tetap berdoa memohon keampunan untuk kaumnya
Bermesyuarat Baginda menerima cadangan Salman Al-Farisi  untuk menggali parit semasa Perang Khandaq
Berazam dan bertawakal kepada Allah SWT Baginda bertegas untuk menuju ke medan Uhud setelah bermesyuarat dengan para sahabat.
 
Spektrum Ilmu
  • Amalan memohon keampunan untuk orang lain merupakan amalan para Nabi yang dirakam oleh Allah SWT dalam Al-Quran ialah:
    • Doa Nabi Musa A.S
      • Surah Al-A'raf, ayat 151.
    • Doa Nabi Ibrahim A.S
      • Surah Ibrahim, ayat 35-41.
    • Doa Nabi Nuh A.S
      • Surah Nuh, ayat 28.
 
Pengajaran Ayat
  • Bersifat lemah lembut agar dapat menarik orang lain mendekati Islam.
  • Memupuk sifat pemaaf kerana sifat ini dapat mengelakkan perpecahan.
  • Memohon keampunan untuk orang lain sebagaimana mereka mahu didoakan sedemikian.
  • Mengamalkan mesyuarat dalam organisasi agar keputusan terbaik dapat dicapai.
  • Berazam untuk melaksanakan segala keputusan mesyuarat yang telah disepakati.
  • Bertawakal kepada Allah SWT  kerana hanya kepada Allah SWT diserahkan hasil daripada segala usaha yang telah dilakukan.