16: Solatlah Sebelum Kamu Disolatkan

16   Solatlah Sebelum Kamu Disolatkan
 
Dalil

Hadis Rasulullah SAW: 

صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ

(Riwayat Al-Bukhari Wa Muslim)

Maksudnya: Sembahyanglah jenazah sahabat kamu.

Pengertian Solat Jenazah
Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup terhadap orang Islam yang telah meninggal dunia.
 
Hukum Melakukan Solat Jenazah
Fardu kifayah.
 
Cara Melaksanakan Solat Jenazah
Sunat dilakukan secara berjemaah dan sah dilakukan secara bersendirian.
 
Gambar ini menunjukkan panduan niat solat jenazah. Di tengah-tengah, terdapat teks ‘Niat Solat Jenazah’. Di sekelilingnya, terdapat empat kotak yang mengandungi teks berikut: 1. ‘Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki’ 2. ‘Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan’ 3. ‘Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak lelaki’ 4. ‘Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan’ Di bahagian atas gambar, terdapat logo ‘Pandai’. Latar belakang gambar berwarna putih dengan beberapa corak berwarna biru
 
Lafaz Niat Solat Jenazah 
Jenazah Lelaki
  • Niat: أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
  • Maksud: “Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Jenazah Perempuan
  • Niat: أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
  • Maksud: ““Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Jenazah Kanak-Kanak Lelaki
  • Niat: أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
  • Maksud: “Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Jenazah Kanak-Kanak Perempuan
  • Niat: أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
  • Maksud: “Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
 
Kaifiat Melaksanakan Solat Jenazah
  1. Berdiri bagi yang mampu.
  2. Berniat dalam hati ketika melafazkan takbiratul ihram.
  3. Membaca Al-Fatihah.
  4. Takbir yang ke-2.
  5. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W:
    • ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

      Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad S.A.W. (dan tambahkanlah kemuliannya) dan (limpahkanlah rahmat) kepada keluarga junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W.
  6. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W:
  7. Takbir yang ke-3.
  8. Berdoa untuk jenazah:
    • Jenazah lelaki.
      • أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

        Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.
      • Jenazah perempuan.
        • اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

  9. Takbir yang ke-4
  10. Berdoa untuk jenazah:
    • Jenazah lelaki.
      • للَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ 

        Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati.
    • Jenazah perempuan.
      • اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهَا

  11. Memberi salam.
 
Info
  • Kedudukan imam dan jenazah ketika solat jenazah:
    • Jenazah lelaki: Letakkan kepala di sebelah kiri imam dengan bahagian badannya di sebelah kanan imam, manakala imam berdiri di bahagian kepala.
  • Jenazah perempuan dan khunsa:
    • Letakkan di sebelah kanan imam, manakala imam berdiri di bahagian punggungnya.
 
Rumusan
  • Umat Islam dituntut melaksanakan solat jenazah kerana solat inin merupakan tanggungjawab muslim yang hidup terhadap muslim yang meninggal dunia.
  • Amalan ini dapat melahirkan rasa keinsafan dalam diri.