15: Solat Sunat Aidilfitri dan Solat Sunat Aidiladha

15   Solat Sunat Aidilfitri dan Solat Sunat Aidiladha
 
Maksud
Solat Sunat Aidilfitri Solat Sunat Aidiladha
  • Solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada 1 Syawal  bermula daripada terbit matahari dan berakhir apabila gelincir matahari.
  • Solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada 10 Zulhijjah bermula pada terbit matahari dan berakhir apabila gelincir matahari.
 
Hukum Melakukan Solat Sunat Aidilfitri dan Solat Sunat Aidiladha
Sunat muakkad ( Sunat yang dituntut)
 
Cara Melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri dan Solat Sunat Aidiladha
Sunat dilakukan secara berjemaah dan sah dilakukan secara bersendirian.
 
Waktu Afdal Melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri dan Solat Sunat Aidiladha
Ketika matahari naik pada kadar segalah.
 
 Panduan Solat Sunat Aidilfitri dan Aidiladha
Lafaz Niat Solat Sunat Aidilfitri
  • صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

  • Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini makmuman lilla’hi ta’ala.
  • Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala.
Lafaz Niat Solat Sunat Aidiladha

  • اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

  • Bahasa rumi: Usalli sunnatan aidil adha rak’ataini makmuman lilla’hi ta’ala
  • Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala
 
Info
  • Terdapat amalan sunat yang boleh dilakukan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.
  • Antaranya ialah:
    • Mandi sunat hari raya.
    • Makan sebelum bersolat Aidilfitri dan selepas bersolat bagi Aidiladha.
 
Cara Melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri dan Aidiladha
Solat Sunat Aidilfitri
  • Bermula dengan takbiratul ihram serta niat.
  • Membaca doa iftitah.
  • Melafazkan takbir sebanyak 7 kali dan diselangi dengan bacaan tasbih: 
    • سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

  • Membaca surah Al-Fatihah.
  • Membaca surah (disunatkan membaca surah al-A'la).
  • Menyempurnakan rakaat pertama sehinggan selesai.
Solat Sunat Aidiladha
  1. Dimulai dengan takbir Intiqalat (takbir dipermulaan takbir kedua).
  2. Melafazkan takbir sebanyak 5 kali dan diselangi dengan bacaan tasbih.
  3. Membaca surah Al-Fatihah.
  4. Membaca surah (disunatkan membaca surah Al-Ghasyiyah).
  5. Menyempurnakan rakaat kedua sehinggan selesai.
 
Gambar ini menunjukkan infografik mengenai hikmah solat sunat hari raya. Di tengah-tengah gambar terdapat teks ‘HIKMAH SOLAT SUNAT HARI RAYA’ dalam kotak. Di sekeliling kotak tersebut terdapat tujuh poin yang menerangkan manfaat solat sunat hari raya: 1. Menunjukkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan umat Islam. 2. Mengagungkan kebesaran Allah. 3. Mengeratkan silaturrahim. 4. Mendidik diri supaya berdisiplin. 5. Menegakkan syiar Islam. 6. Menambah ilmu pengetahuan. 7. Melahirkan rasa syukur atas nikmat kurniaan Allah.
 
Rumusan
  • Solat sunat dua hari raya mengandungi banyak hikmah dan sangat dituntut dalam Islam sehingga Rasullulah S.A.W. tidak pernah meninggalkannya.