|
5.1 |
Pengenalan Kepada Syarikat Berhad Menurut Syer
|
|
|
|
Syarikat Berhad Menurut Syer |
|
|
Entiti perniagaan yang dimiliki oleh individu-individu yang menyumbang modal dan diberi syer dalam syarikat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
Akta Syarikat 2016 |
|
|
Suatu badan korporat yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat 2016 atau mana-mana enakmen sebelumnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Syarikat baharu perlu berdaftar dengan Pendaftar Syarikat menggunakan Portal MyCoID dengan memberikan maklumat berikut:
- Membuat carian nama dan permohonan nama
- Menyerah simpan permohonan pemerbadanan syarikat
- Membayar fi pendaftaran
- Menerima Notis Pemerbadanan
|
|
|
Perlembagaan Syarikat |
|
|
Dokumen yang mengikat syarikat, pengarah dan pemegang syer. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika syarikat tidak mewujudkan Perlembagaan Syarikat, sebarang perselisihan perlu diselesaikan dengan merujuk Akta Syarikat 2016. |
|
Kandungan Perlembagaan Syarikat |
- Tujuan syarikat
- Keupayaan, hak, kuasa atau keistimewaan syarikat jika berbeza dengan peruntukan yang terkandung dalam Akta Syarikat 2016 seperti kuasa dan tanggungjawab Lembaga Pengarah
- Perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh Akta ini untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan seperti cara pembayaran dividen
- Apa-apa perkara lain yang hendak dimasukkan oleh syarikat ke dalam perlembagaan seperti pengurusan dan pentadbiran syarikat
|
|
Ciri-ciri Syarikat |
- Entiti berasingan
- Pemilik dan organisasi perniagaan terasing dari segi perundangan
- Liabiliti terhad
- Tannggungan setiap ahli syarikat terhad kepada jumlah syer yang dimiliki.
- Hayat berterusan
- Perniagaan diandaikan terus beroperasi meskipun terdapat salah seorang daripada pemegang syer meninggal dunia atau menarik diri.
- Pengasingan Fungsi Pemilikan dan Fungsi Pengurusan
- Pemegang syer tiada hak mengawal secara langsung operasi syarikat.
|
|
Dua jenis Syarikat Berhad Menurut Syer :
- Syarikat Persendirian
- Syarikat Awam
|
|
Syarikat Persendirian
-
Bilangan ahli adalah minimum seorang dan maksimum 50 orang.
-
Bilangan pengarah adalah minimum seorang.
-
Pemilikan syer terbuka kepada individu, persatuan dan entiti perniagaan.
-
Syer tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada pemegang syer yang lain.
-
Syer tidak boleh disenaraikan atau diurus niaga di Bursa Malaysia.
-
Penyata kewangan perlu diedarkan kepada pemegang syer.
- Nama syarikat diakhiri perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd.
Contoh: Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. dan Syarikat Warisan Maju Sdn. Bhd
|
|
Syarikat Awam
-
Bilangan ahli adalah minimum seorang dan maksimum tiada had.
-
Bilangan pengarah adalah minimum 2 orang.
-
Pemilikan syer terbuka kepada individu, persatuan dan entiti perniagaan.
-
Syer boleh dipindah milik dan mudah dijual beli melalui broker syer di bursa saham.
-
Syer boleh disenaraikan dan diniagakan secara bebas di Bursa Malaysia.
-
Penyata kewangan perlu dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat.
- Nama syarikat diakhiri perkataan Berhad atau Bhd. Syarikat Awam boleh tersenarai di Bursa Malaysia
Contoh: Syarikat Proton Berhad dan Syarikat Telekom Malaysia Berhad
|
|