Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah 

 

6.1  Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah 
 
Ketaksamaan digunakan untuk menerangkan hubungan antara dua kuantiti yang tak sama.
 
  Contoh   
     
 

Anne ingin membeli beberapa buah buku rujukan dan buku latihan semasa pameran buku diadakan. 

Dia mendapati harga sebuah buku rujukan ialah \(\text{RM}15\) dan harga sebuah buku latihan ialah \(\text{RM}10\).

Amaun maksimum yang boleh dibelanjakan oleh Anne ialah \(\text{RM}100\).

Wakilkan situasi di atas dalam bentuk ketaksamaan linear yang sesuai

 
     
 

Penyelesaian

Katakan \(x= \text{buku rujukan}\)\(y= \text{buku latihan}\).

Maka,

\(15x + 10 y\leq100\) or \(10y \leq100-15x\)

 
 
Suatu ketaksamaan juga boleh diwakilkan pada satah Cartes dengan melorek rantau yang memuaskan ketaksamaaan tersebut. 
 
  Contoh   
     
   
     
 
Kaitan antara titik pada satah Cartes dengan ketaksamaan \(y >mx +c, y < mx+c, y \geq mx+c, \text{or}, y\leq mx+c\)
 
     
\(>,<\)  
  • Titik-titik berada di rantau bawah suatu garis lurus  \(y=mx+c\)
   
 
  • Garis lurus dilukis dengan menggunakan garis sempang 
     
\(\geq, \leq\)  
  • Titik-titik yang ada pada garis lurus \(y=mx +c\) termasuk dalam kawasan rantau atas atau rantau bawah 
   
 
  • Garis lurus dilukis dengan menggunakan garis padu